Dengan dana penganjuran sejumlah RM100 ribu daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Sekolah Sains Sosial (UMS) telah ditawarkan hak penganjuran Pesta Filem Antara IPT Malaysia 2008. Saluran kolaborasi bagi projek berprestij ini ialah Program Komunikasi.
Pemilihan Tema, serta rekakonsep Logo dan Trofi
Semua warga SSS dialu-alu untuk berkongsi idea bersabit dengan dua perkara tersebut. Sila klik link ‘comment’ di bawah, dan luncurkan saranan anda. Atau, boleh diserahkan kepada Pak Hassan, Dr. Jacquie, Dr. Kntayya dan Ramzah. Tidak semestinya dalam bentuk rekaan atau lakaran. Idea secara deskriptif juga amat bermanfaat. Pihak Jawatankuasa akan mengupah pereka profesional untuk menterjemahkan idea yang kita pilih kepada bentuk ‘tampak’ (fizikal). Berikut adalah beberapa cadangan awal untuk memulakan sumbangsaran idea:
Tema
Filem: Saluran Ilmu Wajah Masyarakat
Memasyarakatkan Filem Malaysia
Mensejagatkan Filem Kita
Filem: Pertemuan Intelek dan Emosi
Logo
Raflesia sebagai ‘asas’ rekaan
Trofi
Imej artifak: Kinabalu dan raflesia sebagai imej artifak
Struktur: kombinasi manik (sebagai identiti Sabah) dan kristal (tanda eksklusiviti)
Informasi berkaitan…..
Daripada: Ramzah & Marja
Semua Program di Sekolah Sains dijemput menyertai pertandingan ini. Saya dan Marja telah menubuhkan sebuah Tenaga Produksi Indie, dengan tujuan mengambil bahagian dalam pesta ini. Ia adalah penyertaan suka-suka, menghilangkan stress daripada rutin harian. Baca sini jika berminat mahu menyertai kami, atau klik pada menu ‘ProjekFilem’ di penjuru atas, bahagian kanan anda.
Posted by WebmasterSinggahSini 

