Sebagaimana yang dimaklumi, Sekolah Sains Sosial telah dipilih sebagai penyelaras utama bagi program Hari Keluarga UMS kali ke-8, yang dijadualkan akan berlangsung pada April 2008. Dalam mesyuarat yang lalu, pihak sekolah telah bersetuju dengan ketetapan tema, iaitu: Santai Sama-Sama. Sila klik sini [Kertas Cadangan (HAKUMS 8)] untuk melihat salinan kertaskerja program ini (mengandungi rangka konsep, senarai AJK dan tarikh cadangan).
Maskot yang dicadangkan ialah ‘payau’ (dengan nama ‘Sang Payau’). Logo masih dalam proses perbincangan. Justeru, mohon buah fikir semua warga SSS untuk sama-sama menyumbang kepada perbincangan tentang ketetapan muktamad untuk maskot dan logo. Rujuk sirkulasi email yang dikirim oleh Penolong Pendaftar pada 4 Oktober 2007.
Selamat berdiskusi!
PS: Lukisan payau dalam entri ini hanya diguna untuk maksud hiasan. Ia bukan cadangan logo untuk HAKUMS 2008.
October 17, 2007 at 8:14 am |
maskot, rasanya yang bagus ialah “sang semut”. justifikasinya adalah berdasarkan sifat semut yang sentiasa “sama-sama” (sesuai dengan tema). lagipun dia pasti cantik sebab ada sesungut dan memiliki banyak tangan dan kaki.
tentang logo pula, begini ceritanya: 1) logo UMS dijadikan kepala semut, 2) angka 8 dijadikan badan semut, dan 3) huruf SSS dijadikan kaki dan ekor semut,
O
/ 8 \
s s s
HAKUMS 08
demikianlah adanya berupa cadangan dan juga idea…
October 18, 2007 at 11:18 pm |
Saya suka dengan cadangan ‘Sang Semut’ itu sebab singkatannya pun SS juga. Sama macam tema (SS), dan sama macam jenama ceria sekolah iaitu de’ SinggahSini (SS juga).
Walaupun semut sudah pernah dijadikan maskot HAKUMS — bolehkah kalau dipertimbangkan semula? Saya setuju dengan justifikasi Sdra. Mahadirin bahawa semangat semut itu selaras dengan sifat ’sama-sama’ (seperti dalam tema).
October 19, 2007 at 1:19 am |
Saya pun suka dengan cadangan “sang semut” sebagai maskot. payau tu ok juga…lukisannya pun cantik payau tidak dikenali sebagai satu binatang yang kuat dalam organisasi sosial…(belum buat penyelidikan..) Tapi semut memang terbukti makhluk yang sangat sosial. Mungkin semut tak berapa terkenal dengan aktiviti bersantailah tapi sekurang-kurangnya kita ambil sikapnya yang bekerjasama, rajin, berkerumun!
Saya cuma bimbang kita dikatakan ketandusan idea kalau rupanya semut ini pernah jadi maskot. Nanti apa pula kata pemikir-pemikir awal (read=pencetus idea maskot semut)?
Saya ada juga terfikir untuk mencadangkan binatang-binatang lain yang mula dengan ‘S’ untuk mencuri idea Mahadirin seperti Singa (suka bersantai terutama singa jantan!), Siput (sentiasa bersantai!), Siamang (suka santai juga terutama baru lepas makan!) dan Shrek (kaki santai!). Tapi saya masih suka semutlah.
October 19, 2007 at 8:19 am |
Dear all,
Idea tentang semut sebagai maskot tu ok tapi memandangkan idea tu pernah digunakan, kita perlu perah otak untuk cari idea lain. Tapi saya pun tidak ada idea sekarang ni. Kalau ramai setuju semut, kita teruskan saja dengan semut.
October 19, 2007 at 8:24 am |
yang dulu tu semut apa? kita gunakan semut merah, siap ada lagu lagi. semut hitam kah atau raja semut.
October 22, 2007 at 6:52 am |
Saya cadang lebah. Hidup bersosial macam semut, lepas tu ada bisa tapi madu pun sedap juga….baik untuk kesihatan lagi.
November 7, 2007 at 4:01 am |
Maaf agak keterlewatan post my comment ni…baru ada masa “jenguk” blog TD P&I ni…saya pun tertarik dengan idea semut tu.simple dan mudah untuk dilakarkan. tapi kalau nda silap SPE telah menjadikannya Maskot HAKUMS anjuran dorang pada tahun 2001 or 2002 g2 (Rosle Mohidin yang pakai costume semut kalau kawan2 masih ingatla)…lagi satu mau ambil kesempatan ni untuk minta idea dari semua yangtelah melihat kandungan Kertas Cadangan tersebut untuk memberikan idea bagi aktiviti dan program HAKUMS tersebut (especially kepada AJK Aktiviti & Permainan la). boleh post ur comment here or direct email kepada saya untuk saya modify kertas cadangan tersebut sebelum di finalise kan. tqvm.
November 7, 2007 at 6:33 am |
Zue, memandangkan kita nak buat acara tu di padang apa kata kita buat “mass quiz” Maksudnya kuiz besar-besaran. Caranya ialah M.C akan bertanya satu soalan dan peserta akan memilih diantara dua jawapan. Kumpulan yang salah akan terkeluar. Kumpulan yang tertinggal akan dikuiz sekali lagi sehinggalah yang tinggal hanya dua orang. kalau semua berjalan lancar acara ini boleh selesai dalam masa 20 minit.
Prosedur:
1. Umumkan nama acara dan hadiah. Satu hadiah sahaja tapi mesti menariklah.
2. Acara terbuka, so semua yang ingin menyertai sila turun ke padang.
3. M.C umumkan kawasan A (i.e. sebelah kiri) dan kawasan B (i.e. sebelah kanan dengan menggunakan garisan tengah padang sebagai pembahagi.
4. M.C kemukakan satu soalan dan peserta memilih untuk menjawab A atau B dengan bergerak ke kawasan yang telah ditetapkan.
5. Selepas peserta berada di kedudukan masing-masing, MC akan umumkan kawasan/kumpulan yang salah, iaitu A atau B. Pasukan yang salah jawapan keluar padang. Pasukan yang betul jawapannya tinggal di padang untuk soalan seterusnya.
6. Hanya ada satu pemenang sahaja, so dua peserta terakhir mesti berpisah- satu di A dan satu di B.
Jurukuiz perlu;
1. Sediakan soalan yang jawapannya diluar pengetahuan umum tapi mesti tepat.
Contohnya:
+Berapakah bilangan kaki yang terdapat pada seekor lipan?
+Berapa bilangan lif di Hospital Queen Elizabeth?
+Berapa usia menteri pengajian tinggi?
2. Masa untuk bergerak ke kawasan ditetapkan – 20 saat sahaja.
3. Placard/penanda A dan B perlu disediakan supaya tidak timbul kekeliruan.
4. Kumpulan A dan B haruslah dipisahkan sekurang-kurangnya pada jarak 10 meter untuk mengelakkan ‘lompatan’ selepas keputusan diumumkan.
cadangan saja. …
November 7, 2007 at 7:10 am |
beberapa kriteria aktiviti
i) aktiviti untuk dewasa, remaja, anak-anak
ii) aktiviti berdasarkan masa; pagi, tengahari, petang, malam
iii) aktiviti yang dapat mempromosikan sss
iv) aktiviti yang boleh menarik sponsor-sponsor dari palbagai jenama (kalau perlu lah)
dengan harapan ianya dapat memenuhi tema santai sama-sama.
November 9, 2007 at 9:55 am |
siok vtul kamu mencadang dalam blog ni… kalau kita cadang ular sawa lagi bagus…. lapas makan tidur saja kerajanya. main-main bah, kasi siok ni bloq saja. heX8