Personaliti: The ‘Hole-in-One’ Hunter

November 30, 2007

“Wahh, lori sampah!” Kata kanak-kanak itu dengan penuh rasa takjub. Itulah kerjaya idola dan cita-cita beliau ketika kecil. Ya, ingin menjadi driver lori sampah! :)  

Daripada cita-cita mahu menjadi driver lori sampah di Ranau, kini beliau bergelar pensyarah di UMS. Dulu-dulu, hanya duduk di kaki tangga melihat lori sampah limpas. Penuh girang dan kagum. Sekarang ini, ligat memacu kerjaya di gedung ilmu tersohor Sabah. Penuh minat dan dedikasi.

Beliau adalah mantan Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar. Beliau juga merupakan graduan pertama SSS yang kembali ke sekolah ini sebagai tenaga akademik. Perhubungan Korporat adalah bidang kepakaran, dan beliau memperolehi ijazah Sarjana di sebuah universiti di Scotland.

Wartawan de’ SinggahSini, Cik Intan Soliha berjaya menyingkap beberapa lagi rahsia pensyarah muda berjiwa-raga besar ini dalam satu temuramah eksklusif.

Read the rest of this entry »


Debat Diraja 2007

November 26, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pasukan Debat Diraja (BM) Jumriati, Jass & Fairuz

Pertandingan debat paling prestij di Malaysia (Debat Diraja) sedang berlangsung di UiTM Shah Alam daripada 22 hingga 29 November 2007. Acara Debat terbesar Malaysia ini disertai 18 universiti awam dan menampilkan 54 pasukan. Kontijen UMS turut diwakili oleh tiga orang pelajar Sekolah Sains Sosial, iaitu: Fairuz (Komunikasi, Tahun 3), Jass Adzlizan (Hubungan Industri, Tahun 2) dan Jumriati (Geografi, Tahun 2). Fairuz mewakili kategori utama (senior); manakala Jass dan Jumriati mewakili kategori muda (junior).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Jumriati (Geografi)    Aksi Suku-Akhir     Jass (Hub. Industri)

Selepas tamat pusingan kelayakan, pasukan UMS Kategori Utama hanya menduduki tangga ke-9 dan gagal memasuki peringkat suku-akhir. Bagaimanapun, pasukan UMS Kategori Muda (yang diwakili dua pelajar SSS) berjaya menjadi antara lapan pasukan terbaik tetapi tewas pada peringkat suku-akhir kepada UKM, yang muncul sebagai johan pertandingan.

Senarai di bawah menggalurkan sejarah pencapaian UMS dalam arena debat di peringkat negeri, kebangsaan dan regional sejak tahun 1998 hingga kini.

Read the rest of this entry »


Hari Bertemu Pelanggan

November 26, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Persiapan Sedang Bertugas AJK Pascasiswazah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sesi Konsultasi I Sesi Konsultasi II Hari Terakhir

Sempena Hari Bertemu Pelanggan Pusat Pascasiswazah UMS, Sekolah Sains Sosial turut membuka kaunter promosi di DKP A1 daripada 23 hingga 25 November 2007. Program ini dijayakan oleh gabungan tenaga kakitangan akademik dan para pelajar pascasiswazah Sekolah Sains Sosial, di bawah penyelarasan Dr. Rosazman Hussin (Timbalan Dekan Akademik & HEP). Selain memberi konsultasi kepada bakal pelajar pascasiswazah, kaunter SSS juga membuka jualan cenderamata dan pameran poster akademik.

Tahniah kepada semua warga SSS yang telah menjayakan aktiviti ini, sekaligus mengangkat imej kaunter SSS sebagai poin bertemu pelanggan paling meriah!


Penyelidikan Kemiskinan di Sabah

November 20, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan penyelidik di Universiti Malaysia Sabah;

Mesyuarat bagi membincangkan cadangan penyelidikan Kemiskinan di Sabah akan diadakan seperti berikut:

Tarikh   : 22 November 2007 (Khamis)
Tempat : BMU, SSS (Tingkat 3)
Masa     : 9.30 am

Semua yang berminat untuk turut serta dalam penyelidikan dijemput hadir. Kehadiran anda semua sangatlah dihargai.

Sila klik sini untuk membaca cadangan awal bagi penyelidikan tersebut.

Mesej daripada:
Dr Rosazman Hussin
Penyelaras Penyelidikan Kemiskinan

Jemputan ini terbuka kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah tanpa mengira bidang kepakaran. Harap maklum.


Personaliti: Kembar Maya Karin?

November 20, 2007

Sewaktu kecil dulu beliau sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Macam-macam mahu dibuat. Riang ria main pondok-pondok, sambil makan aiskrim. Itu bertahun-tahun dulu!

Beliau merupakan anak ketiga daripada enam adik-beradik. Siapa sangka, dulu hanya makan aiskrim sambil main pondok-pondok. Sekarang beliau mengasah intelek di menara gading. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi; dan kini sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana di UMS. Memang tepat ungkapan ini; All great deeds and all great thoughts have a ridiculous beginning.

Beliau merupakan salah seorang kakitangan Sekolah Sains Sosial yang paling bergaya. Pernah dinobatkan sebagai Staf Paling Bergaya pada tahun 2006 (sempena Makan Malam Tahunan SSS) dan itu adalah kenangan manis yang pertama di Sekolah Sains Sosial.

Kenali warga Sekolah Sains Sosial yang dimaksudkan ini dengan lebih intim, menerusi temuramah eksklusif yang telah diatur khas oleh wartawan de’ SinggahSini, Cik Intan Soliha Ibrahim.

Read the rest of this entry »


D’ Arts Siap Siaga!

November 19, 2007

DArts: Together We Conquer!

Tagline rasmi pasukan D’ Arts (kombinasi Librari dan semua SPIU aliran sastera/kemanusiaan).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Logo Muktamad D’Arts 2007: Klik untuk imej besar

Sukan Staf UMS 08-16 Disember 2007

Sila klik sini untuk info lanjut

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


Festival Filem & Seminar Pasca

November 16, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    TNC HEP/ALUMNI     Logo Festival     AJK Pelaksana

Mesyuarat Induk Jawatankuasa Festival Filem & Video Pelajar Malaysia 2008 berlangsung daripada jam 9am hingga 2pm, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (SSS). Ia dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Amran Ahmed, Timbalan Naib Canselor (HEP & ALUMNI) – sebelum diambilalih oleh Dr. Rosazman Hussin (Timbalan Dekan Akademik & HEP).

Antara keputusan penting mesyuarat: semua program Sekolah Sains Sosial diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu kategori dalam mana-mana bahagian pertandingan filem/video. Tarikh tutup penyertaan pada 1 Disember 2007.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Dr. Balakrishnan     Intan & Mat Reo     En. Azman

Seminar pascasiswazah diteruskan dengan pembentangan proposal penyelidikan dua orang calon sarjana, iaitu Sdra. Mat Reo Oredi (Geografi/ANSOS) dan Sdri. Intan Soliha Ibrahim (Komunikasi). Memandangkan mutu pembentangan proposal kalangan calon-calon sarjana Sekolah Sains Sosial belum mencapai tahap yang memuaskan[1], mulai semester depan sistem pembentangan proposal akan diadakan pada dua peringkat, iaitu Program dan Sekolah.

Tiga bulan selepas mendaftar secara rasmi, semua calon sarjana mestilah membentang proposal di peringkat Program. Selepas memasuki tempoh enam bulan, calon-calon akan membentangkan proposal di peringkat Sekolah. Usulan ini telah dikemukakan oleh Pn. Marja Azlima (Program Hubungan Antarabangsa) dan disokong oleh En. Zaini Othman, juga dari program pengajian yang sama. Amalan ini telah dipraktikkan oleh Program Hubungan Antarabangsa.

Untuk mendapatkan bahan-bahan akademik daripada pelbagai sumber, sila klik sini. Pusat sumber maya ini akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.


| View Show | Create Your Own


[1] Hal ini telah disentuh oleh beberapa orang pensyarah; En. Paul Porodong, Cik Dayang Suria Hj. Mulia dan Pn. Marja Azlima Omar. Sila klik sini.


Khidmat Komuniti Program Geografi

November 13, 2007

Universiti Malaysia Sabah: universiti rakyat. Inilah manifesto teras yang menjadi asas kelahiran UMS. Ia menuntut pengisian, bukan sekadar kefahaman.

Apa arahtuju? Untuk meningkatkan akses dan ekuiti, dalam konteks komuniti tempatan Sabah. Bagaimana pelan tindakan? Salah satu cara, menerusi aktiviti yang dapat menjalin hubungan di antara komuniti kampus dan masyarakat luar. Bukan saja diterapkan dalam ko-kurikulum, bahkan juga menerusi kurikulum akademik. Secara tegar, secara berterusan.


| View Show | Create Your Own

Inilah semangat yang didokong oleh Sekolah Sains Sosial dengan cara mengintegrasikan projek khidmat komuniti ke dalam kursus-kursus yang ditawarkan. Selain untuk menyediakan ruang akses kepada universiti (seterusnya menggalakkan peningkatan ekuiti pribumi Sabah); projek khidmat komuniti juga bertujuan menerapkan kemahiran insaniah dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dicapai menerusi pendedahan aspek kepimpinan dan pengurusan, latihan komunikasi, sinergi oragnisasi secara kolektif, serta pengukuhan nilai-nilai tanggungjawab sosial.

Program Geografi (SSS) melalui kursus Pengurusan Ekosistem & Persekitaran; serta kursus Klimatologi — telah menjalankan dua projek Khidmat Komuniti secara berasingan pada 12 dan 13 November 2007.

Read the rest of this entry »


Seminar Pascasiswazah 15/2007

November 9, 2007

Pada 7 November 2007, dua orang calon sarjana sastera di bawah seliaan bersama Dr. Ismail Ali dan En. Baszley Bee Basrah Bee (Program Sejarah) telah membentang proposal penyelidikan. Sdri. Suriati Hj Biru dengan usulan “Pencerobohan nelayan asing di kawasan perairan Sabah”; dan Sdri. Sumarni Tahir dengan proposal “Penggunaan pukat tunda dan pukat jerut dan kesannya kepada sosio-ekonomi penduduk”.

Seperti biasa, masalah utama calon-calon sarjana Sekolah Sains Sosial ialah kelemahan yang sangat ketara dari segi:

• Memilih sorotan literatur dan menghubungkannya dengan konteks kajian
• Memahami pendekatan teori dan aplikasinya dalam kajian akademik
• Menjalin perkaitan di antara isu kajian, kerangka teori dan metodologi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Sdri. Suriati

Para Hadirin

Sdri. Sumarni

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Mesej Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi

Pertemuan saya dengan para pelajar sarjana SSS mendapati bahawa majoriti (bahkan, boleh dikata semua!) tidak memahami konteks aplikasi teori dalam penyelidikan. Malah, sesetengah mereka tidak pun memahami sebarang teori (atau, apa yang dirujuk sebagai kerangka teoritis).

Puncanya? Salah satu, terlalu sedikit (bahkan hampir tiada) bahan-bahan akademik berorientasikan wacana epistemologi yang ditulis dalam Bahasa Melayu. Justeru, para pensyarah SSS yang mempunyai sebarang bahan berbentuk ‘apliksi teori tulen’ (atau hampir tulen) yang menggunakan media Bahasa Melayu — mohon agar dapat dikongsi bersama para pelajar sarjana SSS.

Buat permulaan, saya ingin berkongsi sebuah kertaskerja yang saya bentangkan dalam Persidangan Geografi Kebangsaan 2001 di Universiti Malaya — sila klik sini. Ia sebuah wacana epistemologi khusus untuk disiplin Geografi, tetapi saya fikir relevan untuk semua bidang Sains Sosial (sebagai rujukan umum).

Calon-calon sarjana SSS juga diminta merujuk dan mengambil inisiatif yang wajar terhadap teguran-teguran dan cadangan-cadangan yang telah diberi oleh para pensyarah berhubung pembentangan proposal penyelidikan. Sila klik sini untuk membaca komen-komen para pensyarah.


Selamat Datang: Staf Baru

November 6, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
En. Fauzie Sarjono

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
En. Azizan Morshidi

Setelah sekian lama menunggu, Program Hubungan Industri akhirnya didatangi dua ahli baru secara rasmi pada 1 November 2007. Kehadiran dua tutor program ini menambah bilangan tenaga akademik Program Hubungan Industri kepada sembilan orang (termasuk dua ahli yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD, Pn. Dzurizah dan Pn. Salmie).

En. Fauzie merupakan anak jati Sabah, berkelulusan Sarjana Ekonomi (UMS) dan tidak asing kepada Sekolah Sains Sosial. Sebelum ini, beliau sudah berpengalaman menjadi pengajar sambilan dan pembantu penyelidik di SSS.

En. Azizan pula anak kelahiran Sarawak. Pernah bertugas di UNIMAS sebelum beralih ke sektor swasta selama beberapa tahun. Beliau, juga berkelulusan Sarjana, kini mendapat satu peluang untuk meneruskan semula kerjaya akademik di tempat baru — Universiti Malaysia Sabah.

Sekolah Sains Sosial mengucapkan selamat datang (serta selamat bersosial di SSS!). Buletin de’ SinggahSini berharap kehadiran mereka akan menambahkan kekuatan SSS, bukan saja dari segi kuantiti, tetapi juga kualiti.

Semoga sentiasa maju jaya.


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.