| TNC HEP/ALUMNI | Logo Festival | AJK Pelaksana |
Mesyuarat Induk Jawatankuasa Festival Filem & Video Pelajar Malaysia 2008 berlangsung daripada jam 9am hingga 2pm, bertempat di Bilik Mesyuarat Utama (SSS). Ia dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Amran Ahmed, Timbalan Naib Canselor (HEP & ALUMNI) – sebelum diambilalih oleh Dr. Rosazman Hussin (Timbalan Dekan Akademik & HEP).
Antara keputusan penting mesyuarat: semua program Sekolah Sains Sosial diwajibkan menyertai sekurang-kurangnya satu kategori dalam mana-mana bahagian pertandingan filem/video. Tarikh tutup penyertaan pada 1 Disember 2007.
| Dr. Balakrishnan | Intan & Mat Reo | En. Azman |
Seminar pascasiswazah diteruskan dengan pembentangan proposal penyelidikan dua orang calon sarjana, iaitu Sdra. Mat Reo Oredi (Geografi/ANSOS) dan Sdri. Intan Soliha Ibrahim (Komunikasi). Memandangkan mutu pembentangan proposal kalangan calon-calon sarjana Sekolah Sains Sosial belum mencapai tahap yang memuaskan[1], mulai semester depan sistem pembentangan proposal akan diadakan pada dua peringkat, iaitu Program dan Sekolah.
Tiga bulan selepas mendaftar secara rasmi, semua calon sarjana mestilah membentang proposal di peringkat Program. Selepas memasuki tempoh enam bulan, calon-calon akan membentangkan proposal di peringkat Sekolah. Usulan ini telah dikemukakan oleh Pn. Marja Azlima (Program Hubungan Antarabangsa) dan disokong oleh En. Zaini Othman, juga dari program pengajian yang sama. Amalan ini telah dipraktikkan oleh Program Hubungan Antarabangsa.
Untuk mendapatkan bahan-bahan akademik daripada pelbagai sumber, sila klik sini. Pusat sumber maya ini akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa.
[1] Hal ini telah disentuh oleh beberapa orang pensyarah; En. Paul Porodong, Cik Dayang Suria Hj. Mulia dan Pn. Marja Azlima Omar. Sila klik sini.







November 19, 2007 at 8:10 am |
Wah! cantiknya logo festival..canggih dan unik dan sangat-sangat melambangkan Sabah. Tahniah, jawatankuasa penganjur. Semoga festival ini akan berlansung dengan penuh kemeriahan.
November 19, 2007 at 8:35 am |
Marja,
Memang cantik, walaupun simple. Saya pun teruja melihatnya. Unik, simbolik dan artistik.
Logo Festival Filem ini telah direkakonsep oleh Syahruddin (dengan bantuan ‘orang rumah’ beliau); kemudian ia telah dimurnikan oleh designer dari UMTP.
November 20, 2007 at 1:19 am |
cantik dan sangat kreatif!
November 20, 2007 at 4:51 am |
bg saya, walaupun logo festival itu simple tp sangat kreatif…wah.. Tahniah En. Syah dan Isteri…