Penyelidikan Kemiskinan di Sabah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Asalamualaikum dan salam sejahtera semua rakan penyelidik di Universiti Malaysia Sabah;

Mesyuarat bagi membincangkan cadangan penyelidikan Kemiskinan di Sabah akan diadakan seperti berikut:

Tarikh   : 22 November 2007 (Khamis)
Tempat : BMU, SSS (Tingkat 3)
Masa     : 9.30 am

Semua yang berminat untuk turut serta dalam penyelidikan dijemput hadir. Kehadiran anda semua sangatlah dihargai.

Sila klik sini untuk membaca cadangan awal bagi penyelidikan tersebut.

Mesej daripada:
Dr Rosazman Hussin
Penyelaras Penyelidikan Kemiskinan

Jemputan ini terbuka kepada semua warga Universiti Malaysia Sabah tanpa mengira bidang kepakaran. Harap maklum.

About these ads

6 Responses to Penyelidikan Kemiskinan di Sabah

  1. [...] Dialog ini juga adalah lanjutan gerak-kerja dalam untuk mencari potensi kolaborasi bagi penyelidikan tentang kemiskinan di Sabah (sila klik sini). [...]

  2. Anak jati Sabah says:

    Saya baru terbaca satu artikel dalam satu majalah tempatan yang membuat saya sedikit terkilan. Apakah saya patut tegur ataupun saya memang kurang faham tentang perkara ini. Ariket itu berbunyi begini

    “Populasi rakyat Laos tidaklah Begitu ramai, sekitar 6.7juta orang. Negaranya miskin, jika di bandingkan dengan negara kita, ianya sama seperti negeri Sabah 15 tahun lepas”

    soalan saya adakah faktor kadar kemiskinan rakyat kawasan luar bandar membolehkan negeri itu digelar miskin sedangkan jika melihat kepada pembangunan 3 bandar utama Sabah pada masa itu adalah baik?

  3. Paul says:

    Kemiskinan ada di bandar dan luar bandar. Jika pembangunan di tiga bandar ‘baik’, itu tidak bermakna tidak ada kemiskinan di luatr bandar dan juga di bandar. Ada banyak contoh di mana ‘pembangunan’ itu sendiri menyebabkan kemiskinan berlaku. Peningkatan ekonomi misalnya sering dikaitkan dengan peningkatan jurang pendapatan yang bermaksud, miskin semakin miskin dan kaya semakin kaya. Satu contoh lagi, peningkatan pendapatan perkapita sama hampir tidak boleh digunakan untuk menunjukkan agihan kekayaan sebenar. Peningkatan GNP/KNK juga didapati bukanlah ukuran sebenar untuk menilai agihan kemakmuran/pendapatan.

    Saya kira, apa yang lebih menarik dalam artikel itu ialah, Kenapa Sabah dijadikan sebagai contoh?

    15 tahun dahulu (dengan andaian artikel itu ditulis 2008) ialah pada 1993.

    Soalan saya kenapa Sabah dijadikan contoh ialah;
    1. Apa kriteria yang digunakan untuk membuat perbandingan dengan Sabah?
    2. Adakah penulis berasal dari Sabah dan tidak pernah keluar dari Sabah untuk melihat contoh ditempat lain
    3. Lebih kurang 30 tahun (1970an) yang lalu, Sabah adalah negeri terkaya di Malaysia selepas Selangor tapi 1990an, Sabah adalah negeri yang sangat baik untuk dijadikan contoh-contoh kawasan yang miskin yang ‘setanding’ dengan negara yang baru selesai daripada perang saudara. (hebat kita ni….)
    4. Selepas 45 tahun merdeka, kenapa Sabah semakin sesuai dijadikan contoh negeri miskin di Malaysia??

  4. ar-rijal says:

    rakyat perlu laklukan pertubahan pada pilihanraya akan datang jika inginkan perubahan…..

  5. eliza hayati says:

    ive been doing a research regarding the contribution of zakat in enhancing the economy in kota kinabalu sabah.
    so i need to see the performance of household consumption and the poverty rate in sabah. where can i get it?since it was for study purpose.
    really need to get the data in order to see the correlation regarding my findings…thank you…

  6. eliza hayati says:

    i just wanna see the performance of household income and poverty rate either it will be increase o decrease.
    ive already search it from jabatn perangkaan, unit perancang ekonomi, jabatan kebajikan and lastly industrial development study..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: