D’Arts (gugusan sastera) mencipta sejarah dalam temasya Sukan Antara Staf UMS kali ke-8 apabila muncul Naib Johan keseluruhan dengan pungutan 74 mata. Admin United (pentadbiran) mengekalkan kejuaraan dengan 115 mata. Manakala pasukan Esteem (gugusan sains) dan Beach Campus (Kampus cawangan Labuan) masing-masing mendapat 67 dan 62 mata untuk menduduki tempat ke-3 dan ke-4 keseluruhan.
D’Arts mendapat tiga pingat emas (pool, badminton veteran dan tenis), tujuh perak dan empat gangsa. Untuk keputusan lengkap bagi semua acara, sila klik sini.
Klik untuk melihat ‘wajah-wajah’ D’Arts sepanjang Sukan Staf 2007
(Kredit foto/video: Stanley, Gary & Rem)
* * *
Antara wakil-wakil Sekolah Sains Sosial yang turut menganggotai kontijen sukan D’Arts termasuklah Dr. Asmady Idris (Dekan), En. Mustapa Abd Talip (Ketua Program Geografi) dan En. Fazli Abd Hamid (Ketua Program Hubungan Industri).
|
Dr. Asmady (Badminton) |
En. Mustapa (Boling/Golf) |
En. Fazli (Bola Tampar) |
Pn. Zuraini Hamdin (Penolong Pendaftar) mengambil peranan sebagai penyelaras pasukan Bola Tampar (Wanita) yang merangkul pingat perak. Dalam acara Badminton Veteran, Dr. Kntayya Mariappan (pensyarah Program Sosiologi & Antropologi) mengekalkan rekod bersih dengan memenangi ketiga-tiga perlawanan dalam acara bergu untuk membantu D’Arts mengutip pingat emas.
Notakaki: Untuk paparan videografi dan ‘downloadable photos’, sila klik sini!









December 18, 2007 at 3:44 pm |
Tahniah Pasukan De’ Arts
December 18, 2007 at 6:44 pm |
Tahniah kepada pasukan D’ Arts….
January 14, 2008 at 2:59 pm |
[...] Sewaktu kecil suka main: Sepak takraw dan badminton. (Boleh tengok gambar Dr di Sukan Staf UMS baru-baru ini…jaguh badminton SSS [...]
January 24, 2008 at 2:52 pm |
tak tau pulak yang sekolah sains sosial selama ni ada buletin online..!!! Terharu waaaaaaaaakkkkkkk!!!