Sesi temuramah paling eksklusif wartawan de SinggahSini (Cik Intan Soliha) bersama dengan pakar analisis politik, En. Zaini Othman (Program Hubungan Antarabangsa).
Delegasi RILCAA, Tokyo University
February 27, 2008Pada 26 Februari 2008, delegasi Reseach Institute for Languages and Cultures of Asia and Africa (RILCAA) dari Tokyo University of Foreign Studies Jepun telah melawat Sekolah Sains Sosial (sambil bertukar pandangan tentang pelbagai kerjasama berbentuk akademik dan penyelidikan). Rombongan yang terdiri daripada Prof. Ohtsuka Kazuo, Assc. Prof. Ikuya Tokoro, Dr. Yasuhiro Fukushima dan Miss Takasaka Kaori — telah disambut oleh Dr. Asmady Idris (Dekan SSS) bersama beberapa orang kakitangan akademik Sekolah Sains Sosial.
.
.
Laporan dan gambar oleh Stanley Suab
Seminar Prof Burdett A. Loomis dari Kansas University
February 26, 2008Lawatan Program Geografi ke JUPEM
February 25, 2008Pada hari Isnin (18 Februari 2008) dan Jumaat (22 Februari 2008), para pelajar Geografi (Tahun 1) telah melawat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Cawangan Kota Kinabalu. Pensyarah pengiring yang terlibat adalah En. Oliver V. Eboy. Lawatan ini merupakan salah satu pendedahan awal terhadap dunia sebenar ilmu Geografi dan alam perkerjaan. Mereka telah diberi taklimat tentang latar belakang JUPEM, proses pemetaan peta topografi, pengurusan pangkalan data spatial, dan beberapa informasi berkaitan yang lain.
Laporan dan gambar oleh: Stanley Suab
Seminar Berkala SS 2/2008
February 22, 2008Sosiologi dan Antropologi sekali lagi menjadi disiplin tumpuan dalam seminar berkala Sekolah Sains Sosial (2/2008) pada petang 20 Februari 2008. Jika pada minggu sebelumnya (13 Februari 2008), Dr. Jojo mengupas tentang ’Bobohizan Penampang’; kali ini giliran Prof. Madya Hasan Mat pula membicarakan satu kertaskerja berjudul, “Masyarakat Orang Asli di Malaysia”.
| View Show | Create Your Own
Kredit Foto: Stanley Suab (Jurugambar de SinggahSini @ Pelajar Pascasiswazah SS)
Sekitar Dunia Pascasiswazah
February 20, 2008Berdasarkan rekod terkini, terdapat tidak kurang daripada 85 orang pelajar pascasiswazah (sarjana dan PhD) yang mendaftar di Sekolah Sains Sosial, merangkumi pelbagai bidang — Antroplogi, Sosiologi, Geografi, Sejarah, Hubungan Antarabangsa, Komunikasi, Linguistik dan Hubungan Industri. Baru-baru ini, sebahagian besar pelajar pascasiswazah SS telah menghadiri bengkel “Publishing for Postgraduates” (oleh: Dr. Vijay Kumar, UPM) anjuran Pusat Pengajian Pascasiswazah (UMS). Sila saksikan gambar-gambar sekitar bengkel tersebut, dan suasana lazim di Bilik Pascasiswazah (Aras 2, Sekolah Sains Sosial).
| View Show | Create Your Own
Kredit Foto: Intan Soliha & Stanley Suab (Wartawan/Jurugambar de SinggahSini @ Pelajar Pascasiswazah SS)
MSC6: Invitation to Form a Panel
February 18, 2008Dear Colleagues
The 6th Malaysian Social Science Association Conference will be held in Kuching from 5-7 August 2008, this year organised by UNIMAS (More info on MSC6: click here). I am thinking of forming a panel or two to put our scholarship on the map. Would you like to suggest a panel theme or themes (can be more than one). The themes can be based on your areas of research interest but should have a title that appears to be inclusive, namely that it is attractive to people of different disciplines.
To start the ball rolling I suggest a panel:
Tentative Title: Modernity, livelihood and Changing Identities
Tentative description: with the fast paced change experienced by Sabah communities, livelihoods and identities are changing, as are ideas about the future. How sustainable are current livelihoods; to what extent are identities a hybrid of cultures, tradition and change; and what ideas about alternative futures do people hold?
Papers in both Bahasa Melayu and English are welcomed. Any more ideas about panels, please let’s hear from you, so we can all join and show them who we are at MSC6. Kindly contact me at my email below, or at extension 1826.
Fadzilah
Email: fadzilah@ums.edu.my
Personaliti: Senyumnya sumber inspirasi…
February 16, 2008Sejak mengambil kursus Penerbitan Radio pada tahun 2005/2006, Intan mula jatuh hati terhadap radio. Perasaan cinta terhadap radio mula bercambah dari masa ke semasa. Semua kerana berkat seorang lelaki. Ya, lelaki itu diibaratkan seperti ayah kepada Intan dan rakan-rakan.
Dalam kelas, lelaki itu mengajar dengan penuh kesabaran. Tingkah laku kami yang nakal disambut dengan senyuman. Tanpa banyak bicara, kami dihadiahi senyuman melimpah. Yea, senyuman itu yang membuat kami tenang dan selesa dalam kelasnya.
Biarpun telah bersara, namun beliau masih lagi gagah meneruskan khidmat mendidik anak-anak tanpa mengira bangsa. Beliau adalah inspirasi semua: lambang pendidik misali!
Web Pilihan: Blog Komen:tari @ Organised Chaos
February 15, 2008Penulis blog ini seorang pensyarah/penyelidik muda, yang sedang menyelesaikan kajian PhD di United Kingdom. Beliau memiliki bakat yang paling dituntut dalam dunia akademik: daya ekspresi dalam penulisan. Ukuran kepada ‘daya ekspresi’ bukan sekadar pada soal tatabahasa dan pemilihan semantik. Dalam wacana ilmu, itu hanya aspek sekundari. Yang lebih penting, keupayaan untuk mengupas isu dan persoalan dengan gaya penulisan penuh membujuk. Serta kebolehan memberi perspektif yang provokatif, tetapi mudah dihayati.
Dalam entri terbaru, Idlan Zakaria menulis:
Kenapakah ini terjadi? Sudah pasti, jawapan yang pertama, soal budaya. Keduanya, soal sistem pendidikan. Sedikit terganggu juga, bila memikirkan sistem pendidikan negara yang masih terlalu bersifat latih tubi. Walaupun pada dasarnya, latih tubi itu sebenarnya bukan masalah, tetapi lebih berbentuk simptom.
Beliau merujuk pada sikap mahasiswa sekarang (dan, juga kebanyakan pensyarah penyelidik muda!) yang malas mempersoalkan informasi. Lebih suka menerima apa jua yang disogok. Tiada kemahuan untuk membuat verifikasi, jarang ada keinginan mahu mengolah-semula perspektif asal.
Sila lawati: Komen:tari dan Organised Chaos
Pesona Batik SS
February 15, 2008Batik, bukan sekadar industri tekstil yang boleh menjana ekonomi tempatan. Lebih dari itu, ia merupakan khazanah tradisi yang mencerminkan daya kreativiti, dan penonjolan budaya halus masyarakat Malaysia. Sekolah Sains Sosial (UMS) menyambut baik usaha Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mengangkat batik sebagai busana ikonik seantero negara.
Rumah papan pintu bersegi,
Pulau Angsa tanah berpaya;
Cantik tampan kerana budi,
Tinggi bangsa kerana budaya.
|
Pn. Ermalisa |
Prof. Madya Hasan |
Pn. Zuraini |
|
Sdri. Fadilah |
Sdri. Nurasnie |
Sdri. Leonie |
Sebahagian lagi peragaan fesyen batik di Sekolah Sains Sosial, dengan pelbagai bentuk potongan dan corak. Digayakan oleh generasi tua dan muda, wanita dan lelaki. Bukan saja dalam kalangan kakitangan SS, bahkan juga para pelajar pascasiswazah. Pesona batik — menjana citra baru warga SSS yang lebih ceria!

Posted by WebmasterSinggahSini 





















