Sejak mengambil kursus Penerbitan Radio pada tahun 2005/2006, Intan mula jatuh hati terhadap radio. Perasaan cinta terhadap radio mula bercambah dari masa ke semasa. Semua kerana berkat seorang lelaki. Ya, lelaki itu diibaratkan seperti ayah kepada Intan dan rakan-rakan.
Dalam kelas, lelaki itu mengajar dengan penuh kesabaran. Tingkah laku kami yang nakal disambut dengan senyuman. Tanpa banyak bicara, kami dihadiahi senyuman melimpah. Yea, senyuman itu yang membuat kami tenang dan selesa dalam kelasnya.
Biarpun telah bersara, namun beliau masih lagi gagah meneruskan khidmat mendidik anak-anak tanpa mengira bangsa. Beliau adalah inspirasi semua: lambang pendidik misali!
1) Nama penuh mengikut IC:
Dzulkiefli A. Binsin
2) Nama Isteri tersayang:
Noralam Hj Antis
3) Nama cucu:
Nor Natasya Fatin Mohd Azrul
Nor Natrisya Fatihah Mohd Azrul
4) Mula berkhidmat di UMS sejak tahun:
1995
5) Tahun ini merupakan tahun yang ke berapa berkhidmat di UMS:
TAHUN yang ke 13!
6) Tarikh lahir dan tempat lahir:
23 Jun 1950
Kg Pelutan Menggatal (Siapa baca ruangan ini, jangan buat-buat lupa tau)
7) Makanan kegemaran:
Kari daging
8] Minuman kegemaran:
Air limau kurang manis.
9) Hobi:
Membaca buku…pelbagai story. (Hadiahkan buku pun ok jugak kan?)
10) Kenangan manis SSS:
Semuanya manis, tiada pahit. Dapat berinteraksi dengan rakan-rakan serta anak-anak didik.
11) Kejayaan paling bermakna sepanjang bergelar pensyarah:
Senang hati dapat berkongsi pengalaman dengan anak-anak di kampus. Berbekalkan pengalaman sebagai penyiar (selama 20 tahun) dapat berkongsi pengalaman dan membantu dalam proses pembelajaran. Dalam kursus Penerbitan Radio, dengan pengalaman yang ada sewaktu bertugas di RTM serta jabatan lain dikongsi bersama anak-anak pelajar.
12) Buku terakhir dibaca:
Spies Mysteries
13) Your favourite colour is:
White & Blue (Intan kata..handsome boy!)
14) Motto hidup:
Dari ayah dan Ibu; kalau buat sesuatu teruskan dan jangan takut dengan kegagalan. Pegang bara api biar sampai jadi arang. Bak kata Jebat; membujur lalu melintang patah. (Haaa..inilah kata-kata azimat yang sering diungkapkan di kelas)
15) Perbezaan SSS dulu dan kini:
Tidak banyak beza, bertambah baik dengan adanya pemimpin yang berkaliber di SSS dan UMS. Dengan pandangan yang bernas menjadikan SSS lebih mantap dari masa ke semasa.
16) Dekan SSS:
- Prof. Madya Tn. Hj. Inon Syahruddin
- Prof. Dr. Qassim Ahmad
- Prof. Dr. Sabihah Osman
- Prof. Madya Hassan Mat Nor
- Dr. Asmady Idris (kini)
(Nanti, akan diterjah nama-nama di atas bagi memeriahkan lagi ruangan personaliti!)
17) Perasaan terhadap SSS:
Sayang SSS. Makin Sayang dengan kursus Penerbitan Radio. Idea dikongsi bersama dengan rakan-rakan bagi melahirkan lebih ramai graduan SSS yang baik.




February 16, 2008 at 10:05 am |
untuk pengetahuan semua, minat intan terhadap radio sememangnya bermula dari kelas Ayah Dzul hingga kini.
Sangat penyabar orangnya…Ayah, we always love you
February 17, 2008 at 1:38 pm |
En. Dzul, terima kasih atas segala tunjuk ajar…. minta halal ilmu dunia akhirat…. mudah-mudahan panjang umur murah rezeki.
February 19, 2008 at 12:34 pm |
Hai Abang Zul, ni kawan lama…..Yes, you are deserve to get a title of “Ayah Mithali, Pensyarah Mithali etc”, Semoga diberkati Allah hendaknya. Hmmmm…….sentiasa ingat pesanan dan semangat yang Abang Zul bagi pada saya dulu.
April 10, 2008 at 1:49 am |
kami sume doakan agar en.Zul sihat sentiasa..
untuk makluman umum, walaupun beliau kini kurang sihat, namun beliau masih tetap ingin menabur jasanya kepada mahasiswa UMS khususnya plajar Komunikasi SSS..
kami bangga memiliki lecture yG bersemangat tinggi seperti beliau.. contohilah dieee..
hehehehehhe
Thankz a loT mR Dzul!!!
April 11, 2008 at 9:23 pm |
He’s the best…
August 20, 2008 at 10:03 pm |
Terima kasih Encik Duzl, saya menjadi seorang pendidik pada hari ini atas bimbinganmu. Kata-kata Encik Dzul masih segar di ingatan saya dan sering saya gunakan untuk pelajar saya. “Wainie, setiaap orang Tuhan telah telah berikan rezeki, cuma rezeki itullambat atau cepat sahaja” Terima kasih banyak.
September 12, 2008 at 1:14 am |
I love Mr.Zul’s claSS… bravo ” ayah zul ” u r da BEST !!
September 12, 2008 at 10:47 pm |
abg zul,
sarjana makin lama semakin dihargai
semoga sentiasa ceria bersama kita