Beliau pernah bertugas sebagai guru di salah sebuah Sekolah Menengah di Alor Setar Kedah. Mula berkhidmat sebagai pensyarah pada tahun 1979. Beliau sering dianggap sebagai pensyarah yang paling senang didekati oleh para pelajar. Kuliah dan tutorial beliau sering dipenuhi dengan gelak tawa. Ternyata, kelas beliau memang tidak pernah membosankan.
Inilah antara beberapa perkara yang telah diselidiki oleh Intan sendiri. Biarpun usia kini menjangkau 61 tahun, namun beliau masih kelihatan gagah. Berusaha mendidik anak bangsa tanpa jemu. Nama responden biarlah rahsia dulu. Nah, ikuti wawancara Intan bersama beliau.
Nama:
Hasan Mat Nor (Professor Madya)
Tarikh Lahir dan Tempat Lahir:
10 April 1947 di Slim River, Perak
Bidang Kemahiran:
Antropologi dan Sosial (etnografi). Mengkaji masyarakat orang asli dan masyarakat terpinggir.
Kenapa minat bidang Antropologi dan Sosiologi:
Pertamanya, sewaktu terdedah dengan masyarakat ini (masyarakat asli dan masyarakat terpinggir) saya dapat rasakan, masyarakat ini simple, jujur dan ikhlas. Hati saya tersentuh. Biarpun mundur, tapi kemurahan hati, mesra dapat dirasakan.
Keduanya, negara kita pesat membangun kita masih mempunyai masyarakat yang terpinggir. Saya fikir, sebagai penyelidik, saya boleh membantu dari segi mengenengahkan isu-isu berkaitan di peringkat seminar agar orang luar tahu dan boleh membantu dan membaiki kualiti kehidupan masyarakat ini.
This is just a small contribution to all man kind. Latar belakang minat mengkaji ini bermula kerana masyarakat ini simple, jujur dan ikhlas. Apa yang mereka katakan itu yang mereka maksudkan.
Mula Berkhidmat di SSS sejak tahun:
Tahun 2000
Tahun ini merupakan tahun yang ke-berapa berkhidmat di SSS:
Tahun ke-8
Perubahan paling ketara di bidang pendidikan di IPT:
Pendidikan kini telah menjadi satu komoditi, sebab dah banyak terdapat IPT diswastakan. Dulu tidak begini. Kebanyakan orang belajar bukan kerana kepentingan ilmu tetapi kerana kepentingan sekeping kertas yang dipanggil degree.
Kedua ialah luasnya pengaruh pasaran dalam menentukan jenis-jenis produk yang bakal dihasilkan oleh universiti. Kita belajar untuk diri kita; untuk menjadi manusia sempurna. Saya tak sure pelajar sekarang belajar untuk apa? Untuk diri atau apa.
Aktiviti hujung minggu:
Tak ada sangat, basically. Umur dah 61 tahun. Bawa wife keluar. We have to spend our time together because we are living on borrowed days now. Selain itu, menonton tv.
Makanan kegemaran:
Mee Kari Laksa
Minuman kegemaran:
Coffee
My favourite colour is:
Saya tidak mempunyai warna kegemaran. Tetapi saya suka warna yang lembut, merah jambu bukan warna kegemaran saya.



April 16, 2008 at 11:32 am |
say amt bbnga dgn tuan…
pda masa yg sama sy turut bmint dgn krjya ini..
sbg seorng plajr d slh sbuah mrsm d negara ini..sy dberi tgasan untk mndptkn mklmt bknan kerjya masa hdapn…
kjasama dpd phak tuan,amt dhargai…
sekian…
April 16, 2008 at 10:22 pm |
Sdri. Anis, untuk mendapatkan maklumat kerjaya sebagai seorang antropologist atau sosiologist, sila lawati laman ini:
http://www.princetonreview.com/cte/profiles/dayInLife.asp?careerID=144 (Ahli sosiologi)
http://www.princetonreview.com/cte/profiles/dayInLife.asp?careerID=8 (Ahli antropologi)
http://en.wikipedia.org/wiki/Sociology (Kajian sosiologi)
http://en.wikipedia.org/wiki/Anthropology (Kajian antropologi)
Ruangan personaliti dalam blog ini bersifat berita. Tetamu-tetamu personaliti tidak semestinya akan membalas pertanyaan dalam ruangan ini, kerana laman ini bukan dikendalikan oleh mereka.
July 26, 2008 at 4:09 am |
[...] Hasan Mat Nor yang bakal meneruskan khidmat akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau, yang lebih mesra dengan panggilan Pak Hasan, telah mula bertugas di SSS sejak November [...]