16 Julai 2008 (2.30am, Bilik Mesyuarat Utama): Buat pertama kali sejak sekian lama, Seminar Bersiri SSS mempersembahkan kelainan. Ya, sesuatu yang melangkah keluar dari budaya ilmu yang lazim. Dr. Kntayya Mariappan (Program Sosiologi & Antroplogi) menyampaikan sebuah kertaskerja bertajuk: “Rasionaliti dan Etnisiti: Meninjau Keupayaan Model Pilihan Rasional dalam Memahami Hubungan Etnik di Malaysia”.
Tumpuan diskusi ini bukanlah kepada isu etnik secara khusus. Dalam konteks ini, etnisiti hanyalah satu kes pilihan yang dijadikan sandaran kepada fokus utama wacana, iaitu perbahasan epistemologi. Kertaskerja ini membincangkan secara kritikal aplikasi teori ‘pilihan rasional’, salah satu dogma berciri positivisme. Dr. Kntayya merincikan apakah kekuatan, kelemahan dan limitasi teori ‘pilihan rasional’ dalam memahami hubungan etnik di Malaysia.
Sekolah Sains Sosial mengalu-alukan lebih banyak perbahasan dengan pendekatan serupa ini. Kerana ia bertepatan dengan langkah pragmatik SSS mahu memberi nafas baru kepada buku ‘Dialog Sains Sosial’ menjadi sebuah jurnal pemikiran: yang akan menumpukan penulisan kepada aspek falsafah, teori dan metodologi. Klik sini untuk membaca sebuah kertaskerja berbentuk epistemologi. Satu cubaan kecil-kecilan seorang lagi tenaga akademik SSS.

July 23, 2008 at 12:43 pm |
Tahniah atas permulaan yang baik
saya sangat berminat dengan dialog sains sosial ini
dan saya rasa ia langkah baik untuk melihat kembali
tanggungjawab kita sebagai ahli akademik aliran sains sosial
barulah kita dapat menjawab
mengapa bidang kita berada di sekolah Sains Sosial
bukan di sst. apta, IBTP atau di Sekolah pengajian seni etc…