|
Sayup saujana, Sejauh mana, |
Nota: Hawksbill Turtle (Penyu Sisik) adalah salah satu imej ikonik Sabah
Bilik Mesyuarat Utama (Aras 3, SSS); 25 Julai 2008, 11.00am: Satu majlis istimewa dianjurkan oleh sekolah dengan kerjasama Kelab Kebajikan SSS untuk meraikan Prof. Madya Hasan Mat Nor yang bakal meneruskan khidmat akademik di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau, yang lebih mesra dengan panggilan Pak Hasan, telah mula bertugas di SSS sejak November 2000.
Majlis yang sederhana tetapi cukup bermakna ini telah dihadiri oleh warga kerja sekolah (akademik dan pentadbiran), serta beberapa orang pelajar pascasiswazah. Sempena majlis tersebut, Pak Hasan dan isteri (Kak Ani) turut dipersila menyempurnakan acara ‘potong kek’ sebagai satu simbolik kenangan-kenangan. Dekan SSS, Prof. Madya Dr. Asmady Idris, dalam ucapannya telah menyampaikan jutaan dan ribuan penghargaan tidak terhingga di atas khidmatbakti Pak Hasan kepada sekolah dan universiti, sepanjang tempoh selama lebihkurang 8 tahun 8 bulan.
Dalam ucapan balasnya pula, Pak Hasan menyatakan bahawa ini bukanlah pertemuan yang terakhir. Ya, semoga masih ada waktu-waktu terluang pada masa hadapan. Untuk melihat album maya majlis tersebut, sila klik sini. Selamat maju jaya!


July 28, 2008 at 1:39 pm |
Pak Hasan, yg pasti kami akan merindui jenaka spontan Pak Hassan…Allah bless u always.. Amin
July 29, 2008 at 5:36 pm |
Salam kenangan buat Pak Hasan, terima kasih atas bakti dan ilmu yang dicurahkan SSS, semoga maju jaya.
July 31, 2008 at 7:21 am |
GOOD LUCK KEPADA PROF. JGN LUPAKAN KAMI DI SINI!
August 3, 2008 at 1:45 am |
Semoga berjaya selalu…….
August 7, 2008 at 10:20 am |
salam dr. jutaan terima kasih kepada dr atas ilmu yang dr curahkan selama ini.
semoga dr sihat-sihat selalu dan semoga dr dimurahkan rezeki dan panjang umur.
jangan lupakan kami disini ya dr..
sekali lagi terima kasih..salam..
August 11, 2008 at 6:33 pm |
jasa mu tetap kami kenang…kau ibarat bapa bagi kami…seoga prof di murahkan rezeki dan sihat selalu…
August 14, 2008 at 12:02 pm |
Assalamualaikum dan salam hormat….
Ini adalah kali pertaama saya melayari laman ini, satu usaha yang baik pada saya.
Tahnia kepada semua orang yang berusaha utk membina laman web ini..
Pada puan marja, saya akan mula mengikuti perkembangan sss…
August 14, 2008 at 12:09 pm |
this is frist time i c this webite……….saya lihat sss ni mempunyai perkembangan yang sangat membanggakan…………KEEP UP THE GOOD WORK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!. TO: PN MARJA, thank you told us about this website……. ganbatte hubungan antarabangsa………..and sss……….!!!!!!!!!!!!!!
August 25, 2008 at 3:59 pm |
saya syg sss! kem waja diri 2008/2009 best…………
August 29, 2008 at 10:49 am |
terima kasih saya ucapkan kepada semua letcure sss… god bless u all…
August 29, 2008 at 10:51 am |
diharapkan semua yang diimpikan menjadi kenyataan… amin…
September 1, 2008 at 10:18 pm |
salam ramadhan dgn satu nukilan:
ramadhan menjelma lagi
terdengar keluhan moga tak ’sakit’ lagi
mari bermula sekali lagi
lahirkan insan yg tidak berbelah bagi (istiqamah)