Pada 28 Julai 2008, Sekolah Sains Sosial dimeriahkan dengan wacana ilmu yang istimewa. Pada sebelah pagi, mantan Dekan SSS iaitu Prof. Datuk Dr. Qasim Ahmad (yang kini bertugas di UiTM) telah diundang khas untuk memberi syarahan bersabit perkembangan semasa disiplin Sejarah. Pada sesi petang pula, seorang calon PhD bidang Hubungan Antarabangsa membentangkan kertas seminar berkaitan dengan penyelidikan doktoral beliau.
Bilik Mesyuarat Utama (Aras 3, SSS); 28 Julai 2008, 9.00am: Prof. Datuk Dr. Qasim Ahmad menyampaikan sebuah syarahan khas berjudul “Unsur Kekinian dalam Sejarah”. Seminar ini dihadiri oleh para pensyarah dan pelajar Program Sejarah.
Bilik Mesyuarat Utama (Aras 3, SSS); 28 Julai 2008, 3.00pm: En. Mohd Azhari Karim, calon PhD Sekolah Sains Sosial, telah membentangkan projek penyelidikan pascasiswazah yang bertajuk: “Push Factors in Building Sustainable Bilteral Relationships: Malaysia-Germany Cooperation 1975-2003″. Pelajar ini diselia secara bersama oleh Prof. Datuk Dr. Qasim Ahmad dan Prof. Dr. Sabihah Osman.


August 15, 2008 at 5:19 pm |
Prof. Q, Prof. Q…those were the good old days…..
January 29, 2009 at 8:15 am |
[...] bukan pertama kali beliau berkongsi wacana di SSS. Beliau turut membentangkan sebuah kertaskerja pada Julai 2008. Possibly related posts: (automatically generated)Perkongsian Ilmu Rentas SempadanKERJA MB [...]
January 29, 2009 at 8:49 am |
Satu wacana ilmu yang boleh membantu meningkatkan ilmu mengenai polisi luar malaysia..