
Dr. Mohammad Tahir Mapa (Timbalan Dekan, Akademik & Hal Ehwal Pelajar) mewakili Dekan SSS telah merasmikan majlis pembukaan Festival Jepun anjuran Kelab Hubungan Antarabangsa (SSS), di bawah seliaan Pn. Marja Azlima Omar
25hb Februari (Foyer SSS dan Sekitar Sekolah): Festival Jepun yang dianjurkan oleh Kelab Hubungan Antarabangsa (i.e. para pelajar yang mengambil Bahasa Jepun sebagai minor) telah berlangsung dengan suasana meriah. Ia menampilkan pelbagai acara, termasuk gerai jualan makanan Jepun, sesi bergambar dengan pakaian tradisional kimono serta acara-acara pertandingan dan cabutan bertuah. Aktiviti ini merupakan salah satu bentuk metod pengajaran dan pembelajaran yang diterapkan secara kreatif di Sekolah Sains Sosial.
Sakura gugur di musim semi
Tahun depan berkembang lagi,
Tapi kehilangan sekali ini
Belum tentu akan berganti.
Puisi Tradisional Jepun

Bah, dengan bangganya. Usaha yang baik utk mempraktik n mpromosikan apa yang kita belajar…he…gambate
erm syabas kpd suma stdnt ir yg tlibat dlam FSJ ini.
thniah kpda kta suma.
tahniah la geng… dapat anjurkan program yang julung2 kali diadakan..
dari club hubungan antarabngsa ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada pelajar hubungan antarabangsa yang berjaya menganjurkan festival jepun…dan kepada tetamu yang hadir…terima ksih banyak2…kepada staf pejbt am tq a lot.
perhubungn antarabngsa??? kos apa ek nih? x pnh dgr pon~~
Program Hubungan Antarabangsa (International Relations). Kursus ini banyak berkisar tentang isu-isu hubungan antarabangsa kalangan negara-negara di dunia (i.e. hubungan diplomatik, kerjasama ekonomi, hal ehwal perundangan antarabangsa, konflik dunia, etc).
Klik sini untuk lebih lanjut: http://www.ums.edu.my/appl/index.php?mod=Publication&action=undergraduateaccess&sek=sss&lang=