
Sebuah lagi Program Khidmat Komuniti yang dibawakan oleh Kelab Geografi (PERMASES) untuk membina hubungan dalam kalangan masyarakat setempat dan institusi ilmu tersohor Negeri Sabah — UMS
27-29hb Mac 2009 (Kg. Sabandar, Tuaran): Sekumpulan 29 mahasiswa Program Geografi telah mengadakan projek khidmat komuniti (dan outreach programme) di sebuah perkampungan nelayan di daerah Tuaran, iaitu Kg. Sabandar. Aktiviti ini juga bersempena dengan kerjalapangan kursus Pengurusan Pinggir Pantai di bawah seliaan Dr. Ramzah Dambul. Antara aktiviti yang berlangsung termasuklah: karnival bolasepak pantai, sukaneka, gotong royong membersihkan pantai serta upacara simbolik penanaman pokok kelapa di sekitar kawasan pantai. Objektif utama program ini adalah untuk menanamkan kesedaran tentang peri pentingnya menjaga dan memelihara pantai sebagai salah satu aset penting negara.

Program ini turut mendapat kerjasama erat daripada JKK Kampung Sabandar dan disertai oleh kira-kira 150 orang penduduk.

April 1, 2009 at 11:07 am |
Setinggi-tinggi tahniah untuk Dr Ramzah dan mahasiswa program geografi. Sesungguhnya aktiviti yang telah dijalankan amat bersesuaian dengan motto UMS sebagai ‘Universiti Rakyat’. Kewujudan kita di Menara Gading bukan untuk mendongak ke atas menggapai langit tetapi untuk tunduk ke bumi, berbudi pada masyarakat. Semoga program-program sedemikian akan melahirkan modal insan yang berkualiti pemangkin kepada kesejahteraan negara.
April 2, 2009 at 10:47 am |
Budi yang baik dikenang jua.
April 2, 2009 at 6:26 pm |
bagusnya…macam best ja aktiviti tu…