
Penyertaan pertama kali dalam PEREKA (dari atas kiri, ikut pusingan jam): PM Dr. Fadzilah, PM Dr. Mohd Noor, Dr. Mohammad Tahir, PM Dr. Jaqueline, Dr. Aliakbar, En. Roslee, En. Nordin, En. Mosli, En. Azizan dan En. Mustapa (Tiada dalam gambar: Cik Maine Suadik)
15 Jun 2009 (11.00am — Bilik Mesyuarat CeRGIS, Aras 1): Satu perjumpaan dan taklimat telah diadakan oleh Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) bersama dengan semua peserta PEREKA Sekolah Sains Sosial bagi pertandingan tahun 2009. Sebanyak 23 projek dari SSS akan menyertai pertandingan penyelidikan dan inovasi paling prestij di UMS ini. Semua Program dan Unit di SSS telah diwakili, dengan jumlah penyertaan tertinggi daripada Program Geografi dan Unit Penyelidikan Etnografi dan Pembangunan (UPEP) — dengan masing-masing menyenaraikan 4 projek.
Penyertaan tertinggi berikutnya diikuti oleh Pusat Remote Sensing dan GIS (3 projek), Program Sosiologi & Antropologi Sosial (3 projek), Program Hubungan Industri (3 projek), Program Komunikasi (2 projek), Program Hubungan Antarabangsa (2 projek); manakala Program Sejarah dan Kursi Kadazandusun masing-masing dengan sebuah projek. Seramai 17 tenaga akademik dan 3 orang pelajar pascasiswazah terlibat sebagai ketua projek.
Kontijen SSS pada tahun ini amat unik dan menarik kerana ia adalah kombinasi peserta berpengalaman dan peserta baru (pertama kali). 14 adalah ‘muka baru’ (seperti dalam gambar di atas) — termasuk 3 orang pelajar pascasiswazah, iaitu Intan Solihah Ibrahim, Yusten Karulus dan Pauline Yong Pau Lin. Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid-Cooke dan En. Mustapa Abd Talip mendahului peserta-peserta baru dengan penyertaan dua buah projek setiap seorang.
Peserta lama yang berpengalaman didahului oleh ‘veteren’ PEREKA, En. Munir Ladoni yang pernah memenangi pingat dalam PEREKA 2007 dan 2008. Seorang lagi peserta yang telah mengambil bahagian sejak 2007 ialah Prof. Madya Dr. Balakrishnan Parasuraman — yang telah menggondol dua pingat pada tahun lepas (Emas dan Perak). Kali ini juga beliau menghantar dua penyertaan. Peserta-peserta senior yang lain adalah seperti dalam senarai gambar di bawah.

Peserta-peserta ’senior’ PEREKA (dari atas kiri, ikut pusingan jam): En. Munir, PM Dr. Balakrishnan, PM Dr. Rosazman, Pn. Jalihah, En. Lee dan En. Oliver
Pada tahun ini, tiga peserta ‘veteren’ PEREKA SSS yang telah mula bertanding sejak tahun 2007, iaitu En. Baszley Bee Basrah Bee (2 Gangsa, 2007 & 1 Perak, 2008), Dr. Ramzah Dambul (1 Emas, 2008) dan En. Zaini Othman (1 Perak, 2008) — tidak menghantar sebarang penyertaan (atas kapasiti ketua projek). Namun begitu, peserta-peserta ‘baru’ kontijen SSS tahun ini dipercayai cukup mantap — dan mempunyai sandaran yang kuat untuk membawa pulang beberapa pingat. Warna pingat? Kita tunggu dan lihat — 10-11 Julai 2009 nanti!
June 18, 2009 at 5:06 pm |
Good Luck!
June 19, 2009 at 9:25 am |
Salam,
berdebar-debar pulak intan baca artikel yang satu nie. Buat semua kontinjen, selamat maju jaya. Terima kasih kepada semua yang banyak memberi tunjuk ajar
June 21, 2009 at 6:52 pm |
Good luck kpd semua peserta pereka SSS….
June 23, 2009 at 3:28 pm |
Salam. I am very optismistic about our entries this year. Good luck to all. This could be the beginning of something glorious
June 29, 2009 at 11:46 am |
selamat Berjaya
July 3, 2009 at 12:14 pm |
Good luck to all of you. May God bless.