
Selamat Datang Mahasiswa/i Baru SSS
1 Julai 2009 (DKP A2 & Sekitar Sekolah Sains Sosial): Sekolah Sains Sosial menyambut kedatangan seramai lebihkurang 350 orang mahasiswa/i baru, ambilan sesi 2009/2010. Acara dimulakan di DKP A2 pada jam 9.00am dengan ucapan amanat dan pengenalan SSS oleh Prof. Madya Dr. Asmady Idris, Dekan Sekolah Sains Sosial. Ia kemudian disusuli dengan tayangan video aktiviti SSS, yang diselaraskan oleh Cik Intan Soliha Ibrahim (pelajar pascasiswazah Program Komunikasi). Penamat bagi segmen pagi di DKP A2 adalah ceramah motivasi bertajuk “Bagaimana Mengharungi Kehidupan Sebagai Mahasiswa”, yang disampaikan oleh Pn. Marja Azlima Omar (Program Hubungan Antarabangsa).
Aktiviti pada sebelah petang diteruskan di Sekolah Sains Sosial dengan sesi suai-mesra intra-program dan taklimat kursus. Kemudian diteruskan dengan ‘acara treasurehunt’ berbentuk interaksi — yang dikendalikan oleh fasilitator pascasiswazah SSS. Gambar-gambar sekitar acara boleh dilihat di bawah:

Ucapan Amanat Dekan & Sesi Pengenalan Sekolah

Para pensyarah juga mengambil kesempatan ‘bersuaimesra’ sesama sendiri dalam majlis yang hanya berlangsung setahun sekali ini

Sesi taklimat dan pengenalan Program Pengajian

Interaksi Inter-Program dan Permainan ‘Treasurehunt Interaktif’
July 3, 2009 at 9:21 am |
A WARM WELCOME TO ALL THE FRESHIES!!! WELCOME TO THE BIG FAMILY OF SOCIAL SCIENCES!!!
July 3, 2009 at 2:54 pm |
WELCOME BROTHERS AND SISTERS
July 3, 2009 at 5:00 pm |
Tahniah dan selamat datang ke SSS.
Tiada yang lebih istimewa daripada mendapat sesuatu yang baru. Tiada yang lebih menarik daripada memulakan langkah pertama. Tiada yang lebih suspen daripada, mengharung alam tidak tahu. Tiada yang lebih bermakna daripada menimba ilmu. Tiada yang lebih indah daripada mendapat sahabat di negeri asing. Semuanya ada di SSS. Go and get it!!!
July 4, 2009 at 1:16 pm |
Congrats to all the Freshies!!! Good Luck!!!
July 4, 2009 at 2:45 pm |
welcome to sss “small in size but BIG in everything” kekeke
July 5, 2009 at 1:45 pm |
Latif,
Tahun ini kita dapat pelajar baru seramai lebihkurang 350 orang (masa MSM saja — belum masuk rayuan). Last year, we had only 250 students officially registered during the MSM. That is 60% of increase.
So, basically we are getting bigger in size. May be ’small’ is no longer relevant. Shall we go for ‘medium’ then? OK, we settle for medium in size — but for everything else — we keep it as BIG as ever.
Notakaki: Hantarlah gambar-gambar dan berita dari Scotland. At least we all know.. you’re still alive and kicking..
July 5, 2009 at 6:42 pm |
DR rem, probably we can still use small size considering that our building is the smallest compare to another school…,
am still alive..not only kicking but still running as well…,
July 6, 2009 at 2:18 am |
Tahniah dan selamat datang ke SSS. Anda semua akan disajikan dengan pelbagai ilmu sains sosial di SSS.
Good luck.
July 6, 2009 at 9:27 am |
Tahniah diucapkan kepada adik-adik tahun satu SSS sesi 09/10.Marilah kita semua bersama-sama dalam memperkasakan ilmu dalam bidang sains sosial bagi kebaikan bersama..
July 6, 2009 at 9:33 am |
selamat datang siswa/i sesi 2009/10 ke SSS….
congratz…!
July 8, 2009 at 9:13 am |
To…Adek2 THN 1
Tahniah N syabas…
“Ilham Orang Yang Genius Hanya Menyumbangkan Satu Peratus Kepada Kejayaan, Manakala 99% lagi adalah usaha yang gigih” Renung2 kan…
Good Luck
July 11, 2009 at 10:17 pm |
Selamat Datang Ke Universiti Malaysia Sabah, Khasnya Sekolah Sains Sosial… Selamat Maju Jaya…
1UMS, Kampus Ceria..
July 18, 2009 at 11:27 am |
Tahniah kepada adik2 yang telah berjaya mendapat tempat di SSS…….