18-28 Jun 2009 (Sekitar pantai Laut Sulu-Sulawesi): Fasa pertama bagi projek COASTAL ENVIRONMENTAL PROFILE OF SULU-SULAWESI SEAS telah beroperasi dengan kerjalapangan pengutipan data selama hampir dua minggu. Lima orang pembantu penyelidik terlibat, iaitu Afeq dan Haslina (graduan Program Geografi); serta Suzana, James dan Intan (pelajar Program Sosiologi dan Antropologi Sosial). Sebanyak lebihkurang 490 orang responden berjaya ditemubual (untuk teknik kuantitatif). Cik Maine Suadik (pensyarah Program Sosiologi dan Antropologi Sosial) bertindak sebagai pemantau kerja-kerja di lapangan, di samping membuat temuduga dengan penduduk terpilih berasaskan pendekatan etnografi.

August 1, 2009 at 2:01 pm |
congrate 2 aLL of u…