20 Julai 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3: 2.00-4.00 pm): Sekolah Sains Sosial sangat beruntung kerana berpeluang berkongsi pemikiran dengan seorang sarjana tersohor Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar. Beliau diundang khas oleh Program Hubungan Antarabangsa (di bawah penyelarasan En. Zaini Othman) untuk membicarakan sebuah wacana yang menarik — “Ilmu Sains Sosial dalam Era Globalsasi”. Aktiviti ilmiah tersebut mendapat sambutan memberangsangkan daripada kalangan tenaga akademik UMS serta para pelajar Sekolah Sains Sosial. Ianya turut dihadiri oleh Dekan SSS sendiri, Prof. Madya Dr. Asmady Idris. Tahniah kepada Program Hubungan Antarabangsa atas usaha yang sungguh bermakna ini!


[...] sebuah projek susulan, iaitu ‘Sabah: OneMalaysia’. Ilham projek ini dicetuskan oleh kunjungan Dr. Chandra Muzaffar (yang juga merupakan Pengarah Yayasan OneMalaysia) ke Sekolah Sains Sosial baru-baru ini. Kedua-dua [...]
Dr. Chandra memang best.. Rugi rasanya tak p.. Hope jumpa lagi dia masa akan datang.. :]
[...] isterinya adalah inisiatif Prof. Dr. Sabihah Osman dan Program Hubungan Antarabangsa, menerusi jalinan usahasama dengan Dr. Chandra [...]
Tahniah Sekolah Sains Sosial, UMS dgn inisiatif mengadakan penemuan dgn sarjana tersohor Malaysia, Dr. Chandra Muzaffar melalui Program Hubungan Antarabangsa, SSS, UMS – walaupun saya tidak dapat hadir, kerana masa yg sama ada tugas rasmi UMS. Tahniah SSS !
Fauziah Aziz