“Saya menerima anugerah ini kerana
adanya sokongan anda semua.”
Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Ampon,
Mesyuarat Pagi UMS, 23 Oktober 2009
Seluruh warga Sekolah Sains Sosial ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Prof. Datuk Seri Panglima Dr. Kamaruzaman Ampon kerana telah dikurniakan darjah kebesaran tertinggi dalam hierarki Negeri Sabah, iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran Datuk Seri Panglima. Majlis penganugerahan rasmi berlangsung pada 24 Oktober 2009 (Sabtu), bertempat di Istana Negeri. Pengiktirafan untuk Datuk Seri Panglima adalah kebanggaan kita semua.
Semoga bintang kebesaraan ini bakal menjadi simbol yang dapat mengukuhkan lagi imej dan reputasi UMS sebagai sebuah gedung ilmu tersohor di Negeri di Bawah Bayu.

October 24, 2009 at 5:00 pm |
Tahniah utk Datuk Seri Panglima VC! Sbg pelajar sabah, kami amat bangga dengan Datuk…
October 25, 2009 at 4:57 pm |
tahniah untuk vc ums!
October 25, 2009 at 10:36 pm |
setinggi-tinggi tahniah kepada ybhg datuk seri panglima dari semua warga sss.
October 30, 2009 at 10:43 pm |
Tahniah YBhg Prof Datuk Seri Panglima atas pengiktirafan anugerah ini.UMS akan menjadi universiti kelas pertama di bawah pentadbiran YBhg Datuk Seri Panglima.