26 Oktober 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3): Langkah pertama bermula. Mesyuarat sulung bersama semua ahli kumpulan penyelidik projek CENSUS-PATRON 2009 berlangsung dengan satu taklimat ringkas daripada Penyelaras Logistik (Dr. Ramzah Dambul) dan Ketua Projek (En. Mokhtarrudin Ahmad). Projek ini dianggotai oleh 26 penyelidik, 3 orang GRA serta 20 orang enumerator. Skop spatial kajian meliputi seluruh Sabah — dengan 11 pusat lokasi utama (Kota Kinabalu, Kudat, Ranau, Tenom, Beufort, Keningau, Sandakan, Beluran, Tawau, Lahad Datu, Semporna). Seiring dengan CENSUS-PATRON 2009, projek penerbitan buku dengan judul tentatif, “Ketersampaian dan Kecelikan Informasi (Isu-isu Kontemporari di Sabah)”, turut dirancang. Selamat maju jaya kepada semua penyelidik!

October 28, 2009 at 9:08 pm |
A’kum,
Ini research mengenai apa? Kecelikan informasi? Untuk mengukur tahap pengetahuan masyarakat atau ini berkait dengan ICT? Siapa responden dalam kajian ni?
October 28, 2009 at 9:28 pm |
Observer,
Secara umum, ini adalah projek berkaitan dengan informasi. Perincian secara detail, terpaksa dirahsiakan atas permintaan pihak penaja dana. Ia dikategori sebagai “highly confidential”. Harap maaf.