Mencanai Minda

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

27 Oktober 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3): Wacana ilmu diteruskan dengan sesi Seminar Pascasiswazah, dan Seminar Berkala SSS. Pembentang pertama ialah untuk mengisi slot Seminar Pascasiswazah SSS. Sdra. Ali Maksum (calon MA di bawah seliaan PM Dr. Mohd Noor Mat Yazid) berkongsi kemajuan penyelidikan sarjana beliau yang berjudul, “Perubahan Struktur Politik Antarabangsa dan Kesannya Terhadap Hubungan Malaysia-Indonesia”.

Pembentang kedua pula ialah Pn. Harifah Mohd Noor yang membentangkan kertaskerja berjudul “Bandaraya Selamat di Kota Kinabalu: Strategi Ke Arah Kewujudan Persekitaran Bandaraya Yang Lebih Selamat”. Sebuah kertaskerja yang memberikan overview perspektif terhadap usaha-usaha dan pelan perancangan Bandaraya Kota Kinabalu dalam konteks meningkatkan aspek keselamatan.

Leave a Reply