29 November 2009: Sekolah Sains Sosial sungguh bertuah kerana mendapat kunjungan seorang sarjana terkemuka dan tokoh hak asasi sedunia, Prof. Richard Falk. Beliau kini memegang portfolio sebagai Rapporteur Khas kepada PBB khusus untuk isu-isu bersabit hak asasi penduduk Palestine. Tokoh ini telah berdiskusi secara tertutup dengan beberapa orang tenaga akademik di UMS, bersabit hal-ehwal hak asasi dalam konteks akademik. Kedatangan beliau bersama isterinya adalah inisiatif Prof. Dr. Sabihah Osman dan Program Hubungan Antarabangsa, menerusi jalinan usahasama dengan Dr. Chandra Muzaffar.
Advertisement
