Wacana Filem

September 10, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

9hb September 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3) 10am: Satu wacana filem berjudul “Antara Isu dan Cabaran” telah disampaikan oleh Sdr. Jurey Latiff Rosli, iaitu pengarah dan produser filem. Pewacana merupakan pengarah kepada filem ‘Libas’ yang bakal ditayangkan pada tahun 2010. Majlis ini telah dipengerusikan oleh En. Syahruddin Awg Ahmad dan merupakan anjuran Program Komunikasi. Ia dihadiri oleh para pelajar Program Komunikasi dan beberapa orang pensyarah Sekolah Sains Sosial.


Personaliti: Living on Borrowed Days

March 22, 2008

Beliau pernah bertugas sebagai guru di salah sebuah Sekolah Menengah di Alor Setar Kedah. Mula berkhidmat sebagai pensyarah pada tahun 1979. Beliau sering dianggap sebagai pensyarah yang paling senang didekati oleh para pelajar. Kuliah dan tutorial beliau sering dipenuhi dengan gelak tawa. Ternyata, kelas beliau memang tidak pernah membosankan.

Inilah antara beberapa perkara yang telah diselidiki oleh Intan sendiri. Biarpun usia kini menjangkau 61 tahun, namun beliau masih kelihatan gagah. Berusaha mendidik anak bangsa tanpa jemu. Nama responden biarlah rahsia dulu. Nah, ikuti wawancara Intan bersama beliau.

Read the rest of this entry »


Personaliti: Senyumnya sumber inspirasi…

February 16, 2008

Sejak mengambil kursus Penerbitan Radio pada tahun 2005/2006, Intan mula jatuh hati terhadap radio. Perasaan cinta terhadap radio mula bercambah dari masa ke semasa. Semua kerana berkat seorang lelaki. Ya, lelaki itu diibaratkan seperti ayah kepada Intan dan rakan-rakan.

Dalam kelas, lelaki itu mengajar dengan penuh kesabaran. Tingkah laku kami yang nakal disambut dengan senyuman. Tanpa banyak bicara, kami dihadiahi senyuman melimpah. Yea, senyuman itu yang membuat kami tenang dan selesa dalam kelasnya.

Biarpun telah bersara, namun beliau masih lagi gagah meneruskan khidmat mendidik anak-anak tanpa mengira bangsa. Beliau adalah inspirasi semua: lambang pendidik misali!

Read the rest of this entry »


Personaliti: Jejaka Dengan Tagline “Biarlah Rahsia”

January 14, 2008

Pada hari Jumaat lepas (11 Januari), seawal pagi lagi hati dah mendendangkan lagu resah. Apa taknya, petang nanti Intan nak temuramah seseorang yang sangat penting di Sekolah Sains Sosial. Namun begitu, setelah bertemu dan berbual dengan beliau, sempat Intan berbisik kepada Abang Stanley (jurugambar): “Mesra, kan…”

Serta merta, hilang rasa tidak sedap hati.

Rupanya, beliau adalah seorang yang sangat peramah, dan juga perahsia. Tapi yang lebih penting lagi, beliau merupakan seorang jejaka yang mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Toh Puan Hajah Rahmah di Sembulan daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Selepas itu, beliau mendapat tawaran ke matrikulasi UIA. Pelajar cemerlang ini terus mengorak langkah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (UIA), Ijazah Sarjana dan PhD di United Kingdom. Beliau merupakan pensyarah Hubungan Antarabangsa.

Siapa agaknya jejaka yang perahsia ini? Ikuti temuramah eksklusif wartawan de’ Singgah Sini.

Read the rest of this entry »


Personaliti: Lelaki Paling Cool di SSS?

December 11, 2007

Kenali personaliti-personaliti Sekolah Sains Sosial: klik sini (the most read category in de’ SinggahSini)

Fadhilah (calon sarjana Geografi) terang-terang mengaku, kalau ‘beliau’ mula bersuara sewaktu pembentangan pascasiswazah, dia akan takut. Sememangnya ‘beliau’ yang dimaksudkan ini sangat aktif dalam sesi sumbang-saran seminar Sekolah Sains Sosial.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tapi menurut wartawan de’ SinggahSini, beliau sebenarnya seorang lelaki cool dan agak lucu. Apa taknya, bila isteri merajuk, tindakan beliau hanya ‘let it be’. Wah, memang cool!

Lagi cool, bila beliau ajak isterinya sekarang berkahwin. Bermula dengan adegan jeling-menjeling, kemudian terus straight to the point. Memang benar-benar gentlemen. Kalau mahu tahu lebih detail, boleh tanya beliau sendiri. :)

Lihat gambar yang ‘berjerebu’ di atas. Boleh teka siapa? Beliau adalah pensyarah Program Hubungan Antarabangsa. Pembayang seterusnya, beliau merupakan pakar dalam bidang Teori Hubungan Antarabangsa (Moden dan Klasik) dan mendapat Ijazah Sarjana dari universiti ini.

Siapa agaknya jejaka yang sungguh gentlemen ini? Ikuti temuramah eksklusif wartawan de’ SinggahSini, Cik Intan Soliha Ibrahim, yang bakal merungkai segala rahsia dan tanda-tanya.

Read the rest of this entry »


Personaliti: The ‘Hole-in-One’ Hunter

November 30, 2007

“Wahh, lori sampah!” Kata kanak-kanak itu dengan penuh rasa takjub. Itulah kerjaya idola dan cita-cita beliau ketika kecil. Ya, ingin menjadi driver lori sampah! :) 

Daripada cita-cita mahu menjadi driver lori sampah di Ranau, kini beliau bergelar pensyarah di UMS. Dulu-dulu, hanya duduk di kaki tangga melihat lori sampah limpas. Penuh girang dan kagum. Sekarang ini, ligat memacu kerjaya di gedung ilmu tersohor Sabah. Penuh minat dan dedikasi.

Beliau adalah mantan Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar. Beliau juga merupakan graduan pertama SSS yang kembali ke sekolah ini sebagai tenaga akademik. Perhubungan Korporat adalah bidang kepakaran, dan beliau memperolehi ijazah Sarjana di sebuah universiti di Scotland.

Wartawan de’ SinggahSini, Cik Intan Soliha berjaya menyingkap beberapa lagi rahsia pensyarah muda berjiwa-raga besar ini dalam satu temuramah eksklusif.

Read the rest of this entry »


Personaliti: Kembar Maya Karin?

November 20, 2007

Sewaktu kecil dulu beliau sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Macam-macam mahu dibuat. Riang ria main pondok-pondok, sambil makan aiskrim. Itu bertahun-tahun dulu!

Beliau merupakan anak ketiga daripada enam adik-beradik. Siapa sangka, dulu hanya makan aiskrim sambil main pondok-pondok. Sekarang beliau mengasah intelek di menara gading. Beliau adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang komunikasi; dan kini sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana di UMS. Memang tepat ungkapan ini; All great deeds and all great thoughts have a ridiculous beginning.

Beliau merupakan salah seorang kakitangan Sekolah Sains Sosial yang paling bergaya. Pernah dinobatkan sebagai Staf Paling Bergaya pada tahun 2006 (sempena Makan Malam Tahunan SSS) dan itu adalah kenangan manis yang pertama di Sekolah Sains Sosial.

Kenali warga Sekolah Sains Sosial yang dimaksudkan ini dengan lebih intim, menerusi temuramah eksklusif yang telah diatur khas oleh wartawan de’ SinggahSini, Cik Intan Soliha Ibrahim.

Read the rest of this entry »


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.