Kunjungan Tokoh Dunia

December 8, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

29 November 2009: Sekolah Sains Sosial sungguh bertuah kerana mendapat kunjungan seorang sarjana terkemuka dan tokoh hak asasi sedunia, Prof. Richard Falk. Beliau kini memegang portfolio sebagai Rapporteur Khas kepada PBB khusus untuk isu-isu bersabit hak asasi penduduk Palestine. Tokoh ini telah berdiskusi secara tertutup dengan beberapa orang tenaga akademik di UMS, bersabit hal-ehwal hak asasi dalam konteks akademik. Kedatangan beliau bersama isterinya adalah inisiatif Prof. Dr. Sabihah Osman dan Program Hubungan Antarabangsa, menerusi jalinan usahasama dengan Dr. Chandra Muzaffar.


Kejayaan Berganda

November 27, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Dr. Bilcher Bala (Program Sejarah)

Tahniah diucapkan kepada Dr. Bilcher Bala (Program Sejarah) yang baru-baru mendapat dua kejayaan berganda. Pertama, kejayaan memperoleh ijazah kedoktoran daripada Universiti Malaya. Kedua, kejayaan mendapat dana FRGS bernilai RM40,000.00 bagi kajian bertajuk “Sejarah Masyarakat Lundayeh: Kajian Mengenai Asal-Usul, Migrasi dan Petempatan di Daerah Sipitang, 1945-2000″. Kejayaan Dr. Bilcher Bala ini sekaligus mencipta rekod unik Read the rest of this entry »


Mercutanda Antarabangsa

September 21, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
En. Rizal Zamani Idris, En. Azizan Morshidi dan En. Bilcher Bala

Sekolah Sains Sosial meneruskan momentum positif dalam usaha mendapatkan dana penyelidikan daripada sumber bukan konvensional (baca: selain daripada MOHI dan MOSTI). Kali ini, kumpulan penyelidik SSS yang diketuai oleh tenaga akademik muda, Rizal Zamani Idris Read the rest of this entry »


Usaha Prolifik

September 21, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
En. Zaini Othman, salah seorang sarjana paling prolifik di Sekolah Sains Sosial. Manakala, Prof. Dr. Sabihah Osman adalah sarjana berpengalaman yang telah menerajui pelbagai projek berskala mega di SSS.

Kecemerlangan penyelidikan SSS diteruskan dengan penerbitan dua buah lagi hasil akademik dalam bidang yang berkaitrapat dengan siasah Malaysia. Hasil pertama ialah sebuah buku bertajuk Read the rest of this entry »


Menoleh Sejarah Kenegaraan

August 29, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

28 Ogos 2009 (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3) — 9.30am: Di bawah inisiatif Prof. Madya Dr. Ismail Ali (Program Sejarah), sebuah lagi wacana akademik yang melibatkan tokoh sarjana luar telah diusahakan. Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam telah membicarakan secara ilmiah sebuah tajuk yang sangat kontemporari, relatif kepada senario politik semasa negara, iaitu: “Ketuanan Melayu dan Bumiputera, serta Kontrak Sosial dari perspektif Sejarah Sabah”. Majlis ilmu ini yang mendapat sambutan hangat daripada kalangan staf dan pelajar UMS, merupakan anjuran bersama Sekolah Sains Sosial dan Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa (PPIB). Pada akhir acara, Dekan PPIB, Prof. Madya Dr. Andreas Totu telah menyampaikan cenderamata kepada pewacana.


Warkah Raja-Raja

August 24, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Prof. Dr. Ahmat Adam berkongsi sebuah wacana sejarah berjudul, “Warkah Raja-Raja Melayu”. Majlis ilmu ini dihadiri kakitangan akademik daripada beberapa buah sekolah: termasuk SSS, PPIB dan SPE.

21 Ogos 2009 (Bilik Mesyuarat Utama) — 2.30pm: Di bawah penyelarasan Prof. Dr. Ismail Ali, satu program bicara ilmu dalam bidang sejarah telah diadakan. Tetamu jemputan adalah seorang tokoh akademik yang disegani di Malaysia, iaitu mantan Dekan Pusat Penataran Ilmu & Bahasa (UMS), Prof. Dr. Ahmat Adam. Beliau terkenal dengan kaedah analisis dan gaya penyampaian yang provokatif. Selepas berakhir bicara ilmu yang berlangsung hampir 2 jam, Prof. Madya Dr. Asmady Idris (Dekan, SSS) menyampaikan cenderamata kenangan kepada pembicara.


Wacana Politik

August 12, 2009

12 Ogos 2009 (Dialog Mejabulat CeRGIS) — 10am: Seminar Pascasiswazah SSS diteruskan dengan pembentangan laporan kemajuan oleh dua orang calon ijazah lanjutan, iaitu Tan Sri Abd Rahim Tamby Chik (PhD) dan Cik Narsyatika Adira (MA).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tan Sri Abd Rahim Thamby Chik sedang mengupas penyelidikan PhD beliau

Tan Sri Abd Rahim, yang diselia bersama oleh Prof. Dr. Sabihah Osman dan En. Zaini Othman, telah membentangkan Read the rest of this entry »


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.