Tahniah!

April 2, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tahniah! En. Md. Saffie Abdul Rahim (Ketua Program Sejarah) baru-baru ini menerima hadiah kedua terbaik bagi penerbitan buku (Kategori Sains Sosial & Kemanusiaan). Anugerah tersebut diumumkan bersempena dengan Majlis Pelancaran Buku-Buku Terbitan UMS serta upacara perasmian Pesta Buku yang diadakan di Auditorium Perpustakaan UMS pada Mac lalu. Buku yang mengangkat reputasi Sekolah Sains Sosial tersebut berjudul, Jepun di Borneo Utara, Migrasi dan Kegiatan Ekonomi 1884-1941.


Konflik Bersenjata dan Cabaran Suratkhabar

April 2, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

1hb April 2009 (BMU, Aras 3) — 2.15pm: Seminar Pascasiswazah SSS bagi tahun 2009 bermula secara rasmi dengan pembentangan dua proposal penyelidikan MA, masing-masing daripada Program Sejarah dan Komunikasi. Abdul Rahman Mad Ali yang diselia oleh En. Baszley Bee Basrah Bee membentangkan proposal bertajuk “Konflik bersenjata di perbatasan Sabah-Kalimantan Timur dalam era konfrontasi Malaysia-Indonesia 1963-1966″ (klik sini). Manakala pelajar seliaan En. Lee Kuok Tiung, iaitu Lok Aun Kheng @ Eddy membentangkan proposal dengan judul “Economic of Publishing: A Case Study of Newspaper in Sabah” (klik sini).


Ekspedisi pelayaran dan penyelidikan perahu Barangayan Warisan Kesultanan Sulu

March 19, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Illustrasi Perahu Barangayan

Dengan berslogankan “Sejarah Mencipta Sejarah”, beberapa orang pensyarah dari Sekolah Sains Sosial, UMS iaitu Prof. Madya Dr. Ismail Ali, Dr. Ramzah Dambul, Mosli Tarsat dan Md. Saffie Abdul Rahim, Baszley Bee Basrah Bee dan Bilcher Bala akan mengadakan ekspedisi pelayaran mengelilingi perairan Sabah menggunakan perahu tradisi yang dikenali sebagai Barangayan. Ekspedisi ini diadakan Read the rest of this entry »


So, UMS is not a public university?

March 1, 2009

.

The former Universiti Malaya (UM) vice-chancellor, Datuk Rafiah Salim is quoted here saying: “But now, UM is the only public university left offering a BA in history. The swing towards the sciences, therefore, is hardly surprising. It is the whole approach taken by the education authorities.

Now, here is the one-million-dollar question: is this a genuine mistake (read: pure ignorance) from the former vice-chancellor? Or, it simply proves what we have known for years: that ‘people over there’ always reluctant to give us the credit we deserve. Instead of trying to get the fact right (i.e. what we offer and what we don’t) — they just conveniently assume. As if there is no life beyond peninsular.

Bagi yang tidak tahu, sebenarnya Program Sejarah di bawah Sekolah Sains Sosial (UMS) telah pun menawarkan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang ini atas meritnya sebagai satu disiplin tersendiri (selepas ‘berpisah’ secara rasmi daripada Progam Hubungan Antarabangsa). Kini usia Ijazah Sarjana Muda Sejarah (UMS) sudah mencecah lebihkurang sedekad!


Ke Mercu Menara

February 27, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Prof. Sabihah Osman, selaku penyelia utama dan En. Md. Saffie Abd Rahim, Ketua Program Sejarah – sama-sama tersenyum girang meraikan kejayaan melahirkan seorang lagi lulusan sarjana dalam bidang sejarah, Sdra. Subramaniam a/l Raman

20hb Februari 2009 (9am, Pusat Pengajian Pascasiswazah UMS): Seorang calon Ijazah Sarjana dari Program Sejarah, Sdra. Subramaniam Raman telah selamat menduduki peperiksaan oral (viva) bagi penyelidikan sarjana berjudul – “Sejarah Kegiatan Perisikan Jepun dan Tindakbalas British di Borneo Utara sebelum Perang Dunia Kedua (1884-1941)”. Beliau yang diseliakan oleh Prof. Dr. Sabihah Osman dan En. Baszley Bee Basrah Bee secara dasarnya telah lulus pengajian sarjana, tertakluk kepada beberapa pembetulan minor. Tahniah!


Seminar Kaedah Penyelidikan ARKIB

February 18, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

13hb Februari (Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3): Program Sejarah di bawah Kursus AJ 20403 Tatacara Penyelidikan dan Penulisan Sejarah telah mengadakan Seminar Kaedah Penyelidikan Arkib. Seminar ini bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai penyelidikan di Arkib. Sesi ceramah disampaikan oleh Puan Margaret Edmund (ARKIB Negeri Sabah), dan Puan Roseline Mapong Sabai (ARKIB Negara Malaysia, Cawangan Sabah). Seminar ini dihadiri Read the rest of this entry »


Refleksi Awal Tahun

February 7, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

4hb Februari 2009 (9.30am, Bilik Mesyuarat Utama, Aras 3, SSS): Bagi memenuhi keperluan piawai ISO, satu pembentangan bagi analisis maklumbalas kursus bagi subjek-subjek Semester I 2008/2009 telah diadakan. Untuk memudahkan logistik, sesi pembentangan akan digilir-gilirkan kalangan enam program yang terdapat di SSS. Program Sejarah diamanahkan untuk mengendalikan analisis penilaian pada kali ini — dan, pembentangan disempurnakan oleh Ketua Program, En. Md. Saffie Abd Rahim. Secara keseluruhan, maklumbalas Read the rest of this entry »


Kembara di Kuala Seguntur

January 26, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Jelajah bot di sekitar Teluk Utara dan Kuala Sungai Seguntur, iaitu domain utama penyelidikan

20-25hb Januari 2009 (Sandakan): Satu rombongan penyelidikan EIA telah berkunjung ke koridor timur Sabah baru-baru ini, yang terdiri daripada: Dr. Ramzah Dambul (Ketua Projek), Dr. Mohammad Tahir Mapa (Penyelidik Komponen Gunatanah), serta Madihah Jaffar Sidik dan Audrey Daning Tuzan (Penyelidik Komponen Marin & Perikanan). Turut serta dalam kerjalapangan ini adalah sepuluh orang enumerator Read the rest of this entry »


EKPEDISI PELAYARAN PERAHU BARANGAYAN (OUTRIGGER) DI PERAIRAN NEGERI SABAH

January 5, 2009

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Tinjauan di tempat pembinaan perahu

2-3 Januari, Pulau Bum-Bum, Semporna: Satu tinjauan awal dibuat di tapak pembinaan perahu yang diketua oleh P.M Dr Ismail Ali (ketua pelayaran) dan En. Mosli Tarsat dari program sejarah SSS di Pulau Bum-Bum, Sabah. Tinjauan bertujuan untuk mempastikan proses perkembangan pembinaan perahu berjalan dengan lancar seperti mana yang telah ditetapkan. Pembinaan ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan Mac dan akan dilayarkan pada bulan April sempana pesta reggatta di Semporna bergantung kepada perubahan semasa.

Sebagai pembuka bicara secara umum, sejarah pembudayaan kapal Read the rest of this entry »


Memurnikan Penghayatan Tatanegara

November 28, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
TYT Yang Dipertua Negeri Sabah: adakah hanya satu simbolik atau ianya sebuah institusi yang memegang mandat lebih besar? Inilah antara persoalan yang dikupas semasa Majlis Bicara Sejarah anjuran bersama Arkib Negara Malaysia (Cawangan Sabah) dan Universiti Malaysia Sabah.

28 November 2008 [8.30am], Galeri, Bangunan Canselori: Tiga orang tokoh dalam pelbagai bidang telah membicarakan tentang peranan dan fungsi institusi TYT Yang Dipertua Negeri Sabah dalam konteks pentadbiran, perlembagaan, perundangan dan nilai-nilai kedaulatan negeri. Tokoh-tokoh tersebut adalah Read the rest of this entry »


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.