Rabu yang meriah!

July 30, 2007

Hari Rabu pada minggu ini adalah hari yang padat dan meriah. Tiga program akan berjalan di Sekolah Sains Sosial secara berturut-turut.

MESYUARAT PERSIDANGAN BRC 2008

Masa             : 12.30 pm
Tempat         : Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3

SEMINAR BERKALA CeRGIS 2/2007

The evolution of GIS into an essential multidisciplinary tool for research and development

Oleh: Dr. Robert Barr CGeo (University of Manchester)

Masa             : 2.30 pm
Tempat         : Bilik Mesyuarat Utama, Tingkat 3

WEEKLY PUBLIC SPEAKING

Aktiviti pengucapan awam anjuran Program Hubungan Antarabangsa, khusus untuk para pelajar SSS — semua program pengajian! Aktiviti ini juga dijalankan setiap minggu. Semua pensyarah patut menggalakkan pelajarnya terlibat. Peluang terbaik untuk mengasah kemahiran insaniah.

Masa             : 4.00pm
Tempat         : Lobi, Sekolah Sains Sosial

Advertisements

Nostalgia Minggu Suaimesra 2007

July 27, 2007

[rockyou id=78540095&w=400&h=300]


Sarjana Alam Sekitar dan Pembangunan

July 26, 2007

Kertas cadangan ini dihasilkan oleh En. Paul Porodong, dan telah dibentangkan dalam mesyuarat JK Akademik yang terdahulu (sila download atau baca secara online: Kertaskerja Cadangan). Ia bertujuan untuk memohon pertimbangan daripada pihak Senat Universiti Malaysia Sabah untuk mendapatkan kelulusan penawaran Ijazah Kursus sepenuh masa dan separuh masa Sarjana Sastera (M.A). Mohon kerjasama tuan-puan untuk memberi sumbangsaran dan pandangan.

Sarjana  Alam Sekitar dan Pembangunan
Masters in Environment and Development


Public Speaking: Build Your Confidence!

July 25, 2007

Pn. Marja Azlima Omar, pensyarah Hubungan Antarabangsa, memulakan rentak aktiviti pelajar pada sesi 2007/2008 dengan program “Public Speaking” — yang berjalan dalam suasana yang sungguh menguja dan menyeronokkan. Aktiviti yang bertujuan mengasah kemahiran pengucapan awam di kalangan pelajar ini terbuka kepada semua program pengajian. Tidak terhad kepada pelajar Hubungan Antarabangsa sahaja.

[rockyou id=78341369&w=500&h=230]


Seminar Berkala & Seminar Pasca

July 25, 2007

JK Persidangan (yang diketuai oleh Dr. Kntayya Mariappan) mengambil langkah proaktif pada permulaan sesi 2007/2008 dari segi penganjuran wacana ilmiah. Sepanjang minggu lepas dan minggu ini, sudah diadakan tiga sesi pembentangan kertaskerja dan kertas penyelidikan — yang melibatkan para pensyarah SS, tenaga akademik jemputan luar dan para pelajar pascasiswazah.

[rockyou id=78341887&w=480&h=280]


Kerjalapangan Program Geografi 2007

July 25, 2007

Satu kerjalapangan Program Geografi telah dijalankan di koridor Pantai Timur Sabah (Tawau-Kunak-Semporna) pada 14-21 Mei 2007. Ia diselaraskan oleh En. Nordin Sakke (Penyelaras Kerjalapangan), dan telah dijayakan oleh semua pensyarah Program Geografi: iaitu En. Mustapa Abd Talip (Ketua Program), En. Oliver Valentine Eboy (Penyelaras Gugusan Kemanusiaan), Pn. Jurry Foo (Penyelaras Gugusan Fizikal), En. Aliakbar Gulasan, En. Abd Munir Ladoni dan Dr. Ramzah Dambul.

[rockyou id=78339824&w=480&h=250]

PS: Ketika ini, Pn. Harifah Mohd Noor belum lagi melapor diri untuk bertugas.


Bengkel Penerbitan Buku

July 25, 2007

Dimajukan email daripada wakil KL Bookhouse Publishing berhubung dengan perkara yang dirujuk. Tuan-puan boleh berhubung terus dengan pihak penganjur sekiranya berminat untuk menyertai.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bersama-sama ini dilampirkan brosur tentang BENGKEL MEMAHAMI PENERBITAN BUKU yang kami anjurkan untuk tindakan dan perhatian tuan-tuan.

Sekian terima kasih.

Nor Azmin Omar Jamli
Pengarah Urusan
KL Bookhouse Publishing

Brosur yang dimaksudkan boleh didownload di bawah:
Brosur Bengkel Penerbitan Buku