Fellowship di Curtin University (7 Mei – 9 Julai 2007)

  LAPORAN KEPULANGAN DARI CURTIN UNIVERSITY

Ribuan terima kasih diucapkan kerana kebenaran bercuti untuk saya menerima fellowship dari Curtin University, Perth. Seperti telah dimaklumkan sebelum saya berlepas, fellowship dari Curtin University ini membiayai sara hidup saya semasa di sana dari 7 hb. Mei hingga 9 hb. Julai.

Mengikut pihak pentadbir Curtin Universiti, pada tahun ini ada 6 orang pemohon dari dalam Australia dan antarabangsa, dan saya telah bernasib baik di pilih untuk menerima anugerah ini.

Namun, saya telah membiayai wang sendiri untuk penerbangan ke Perth. Oleh itu, fellowship ini tidak memerlukan sebarang bantuan kewangan dari pihak UMS. Berikut disenaraikan pencapaian saya semasa berada di Curtin University dan tindakan seterusnya yang boleh menimbulkan kebaikan kepada UPEP dan SSS, kalau dapat diterima dengan baik oleh SSS, insya-Allah.

PENCAPAIAN

Penulisan kertas kerja bertajuk SMALL HOLDER OIL PALM PRODUCTION: MIGRATION AND CLAIMS MAKING untuk jurnal, berasas kepada seminar yang saya beri di Curtin University.

Permohonan geran penyelidikan [1] bergabung (seed grant) dengan ahli2 RUSSIC berkenaan ‘vulnerability dan risk’ terhadap komuniti yang mengalami ‘natural/environmental hazard’ – Malaysia (Sabah, banjir di Telipuk), Indonesia (Jawa – selepas tsunami), Philippines, Timor Leste dan Jepun.

Edited volume bertajuk ‘OIL PALM CULTURES’ dengan Prof. Madya Dr. George Curry (RUSSIC); Fadzilah Majid Cooke, UPEP/UMS, dan John Foals (Copenhagen University, Denmark) – Penyelidikan saya berkenaan oil palm and community development yang telah dibiayai oleh UNESCO – tamat 2006, akan digunakan sebagai asas.

Seminar di Technology Park, Curtin University berkenaan Anthropogenic Forest

Perbincangan [2] dengan Professor Dr. Jack Carlsen, Chair, Centre for Sustainable Tourism, Curtin University

Yang ikhlas

PROF. MADYA DR. FADZILAH MAJID COOKE

Nota: Untuk melihat laporan penuh sila download sini.









[1] Sebagai kesinambungan, saya bercadang akan meminta geran UNESCO bulan Disember tahun ini untuk memperbesarkan projek ini merangkumi banjir di Kinabatangan. SPIU yang boleh di bawa bersama selain dari UPEP adalah: SSS – program Geography; IBTP research centre yang munkin di tubuhkan di Lower Kinabatangan.

[2] Prof. Carlsen menggalakkan pensyarah di UMS mencuba mendapatkan Curtin fellowship untuk masa akan datang bergantung kepada persediaan pensyarah itu sendiri. Fellowship ini adalah ‘competitive’ seperti di sebut di atas. Beliau bercadang akan menggunakan sabattical nya untuk datang ke UMS tahun depan kalau di jemput, untuk memperkenalkan metod participatory planning dalam tourism. Oleh kerana ramai penyelidek UMS dari SSS, SPE dan IBTP yang aktif dalam bidang eco tourism, saya anggap ini adalah satu peluang baik yang tidak memerlukan kos yang tinggi (sabbaticalnya di biayai oleh Curtin University).

One Response to Fellowship di Curtin University (7 Mei – 9 Julai 2007)

  1. norliza anuar says:

    congratulation prof..tahniah sekali lagi diucapkan..saya sebagai bekas pelajar prof amat berbangga dengan pencapaian prof. Teruskan usaha prof ya..i’m very proud of you..Good Luck for the future..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: