Program Pemantapan Pelajar Pascasiswazah

Mohon Tuan-Puan meneliti kertaskonsep ringkas (sila download sini) tentang program di atas. Ini adalah susulan kepada cadangan dalam mesyuarat JK Pascasiswazah yang lepas untuk mengusulkan satu program yang boleh memantapkan para pelajar pasca SSS; khususnya dari segi kemahiran penyelidikan dan kesedaran budaya ilmiah. Program ini dijangka akan dijalankan pada bulan September, dan akan melibatkan lebihkurang 30-40 pelajar pascasiswazah (sarjana/PhD) yang berada antara semester 1 hingga 3. Kertaskerja lengkap dan belanjawan hanya akan dibuat selepas mendapat sumbangsaran daripada semua ahli Sekolah Sains Sosial. Salah satu matlamat paling utama program ini adalah untuk meningkatkan kualiti pengajian pascasiswazah sekolah ini.  

Kertaskonsep ini masih tentatif. Ia terbuka kepada sebarang cadangan pengubahsuaian: sama ada dari segi pendekatan, perlaksanaan mahupun pengisian. Saya mohon Tuan-Puan memberi sumbangsaran, kritikan, cadangan dan penambahan yang difikirkan perlu.

Terima kasih,
Ramzah

5 Responses to Program Pemantapan Pelajar Pascasiswazah

  1. haryati a.karim says:

    Adakah ini program ini merangkumi pelajar pascasiswazah sepenuh masa dan separuh masa?

    My concern is, the students’ theoretical grasp of the research topic terutamanya bagi calon PhD. Apa bentuk latihan yang ada utk memantapkan penggarapan teori bagi mereka ini?

  2. Paul Porodong says:

    Dr, Ramzah,

    Pada saya, 9 modul yang yang dicadangkan sudah merangkumi kemahiran-kemahiran asas yang diperlukan untuk memulakan penyelidikan. Cuma untuk mempastikan kita tak tercicir mana-mana aspek, saya cadangkan supaya feedback daripada beberapa pelajar pasca yang ada sekarang juga dituntut. Saya secara peribadi (sebagai pelajar pasca juga!) ingin melihat satu modul tentang bagaimana pemeriksa dalam dan luar memeriksa dan begitu juga dengan pemeriksaan lisan (viva). Perkongsian mereka yang berpengalaman akan memberikan panduan yang berguna kepada pelajar untuk mempersiapkan diri dari peringkat awal lagi.

    Saya juga bersetuju dengan penanda aras yang menjadi sasaran SSS. Saya tak pasti di sekolah lain tetapi saya kira biarlah kita muncul dengan penanda aras kita sendiri. Biarlah kalau mereka nak jadi pengikut. Satu kerisauan saya ialah, matlamat penanda aras itu ialah soal “kepantasan” menyiapkan tesis. Saya tidak bermaksud untuk mengatakan yang cepat itu kurang atau yang lambat itu lebih baik. Apa yang cuba saya katakan ialah kelambatan boleh berpunca dari peringkat persediaan, pengumpulan data atau juga di peringkat analisis dan penulisan. Kalau penanda aras itu menjadi sasaran, maka tidak cukup jika kita menumpu kepada peringkat persediaan (semester 1-3) sahaja tetapi juga harus turut memberi perhatian di peringkat-peringkat lain.

    Saya mencadangkan supaya, program dibahagikan kepada dua tahap iaitu 1 dan 2. Tahap satu dikhususkan kepada pelajar baru mendaftar/ peringkat penyediaan proposal sementara tahap 2 dikhususkan kepada pelajar sedang mengumpul data hingga ke penulisan laporan akhir. Pelajar boleh memilih untuk mengikuti kedua-dua tahap ini atau pun salah satu sahaja mengikut keperluannya. Dengan cara ini tumpuan pengajaran lebih terfokus mengikut keperluan pelajar.

    Lanjutan daripada pembahagian dua tahap ini, saya juga ingin mencadangkan supaya program dibuat 2 hari untuk satu tahap. Modul-modul boleh disusun semula sesuai dengan keperluan tahap berkenaan. Mungkin empat modul sudah memadai untuk satu tahap. Dengan cara ini, pelajar lebih banyak masa untuk berinteraktif dan berpraktikal. Saya sudah muak mendengar komen penganjur seperti “masa tidak cukup, soalan terakhir, masa tak mengizinkan, pendekkan soalan etc-etc”. Kita berhadapan dengan pelajar dewasa yang semestinya akan bertanya banyak soalan. Jadi kenapa kita harus menyekat keinginan mereka untuk belajar (bertanya) dengan menyusun program yang tidak mesra pertanyaan?. Malah, saya mencadangkan supaya setiap pengajar hanya memperuntukkan 10-20% masa yang diperuntukkan untuk memberikan garis kasar pengajarannya dan masa selebihnya digunakan untuk melayan pertanyaan pelajar. Selalu berlaku soalan/pertanyaan pelajar ini adalah lebih releven kepada pelajar daripada apa yang nak di sampaikan oleh pengajar yang kadang-kadang terbawa-bawa dengan halnya sendiri. Dengan cara ini, matlamat pelajar untuk mengikuti program berkenaan betul-betul dipenuhi. Mungkin elok juga jika pelajar sendiri mengisi satu borang matlamat yang menyatakan matlamat mereka mengikuti program tersebut. Di akhir program mereka perlu memberikan penilaian keatas kecapaian matlamat mereka itu.

    Sebagai satu langkah jangka panjang, mungkin sudah tiba masanya kita menyusun siri seminar mengenai pelbagai isu/topik yang berkaitan dengan penyelidikan seperti yang menyentuh, pembentukan proposal, kaedah-kaedah, teknik-teknik pengumpulan data etc-etc. Seminar ini hanya mengupas isu-isu dalam menjalankan penyelidikan. Kita namakan sebagai Seminar Penyelidikan SSS. Seminar ini perlu/wajib dihadiri oleh pelajar pasca yang turut dibuka kepada pelajar pasca dari sekolah lain. Sekiranya satu staf SSS menyampaikan satu seminar, kita cukup untuk mengisi satu slot untuk hampir setiap minggu selama satu tahun!

    Sehubungan dengan kehadiran seminar, kita juga mendapati kehadiran pelajar pasca dalam seminar pasca dan seminar sekolah amat mengecewakan. Tidak pasti di mana silapnya tetapi jika masalah ini berlaku kerana sikap sambil lewa pelajar maka ini adalah sikap yang tidak dialu-alukan untuk pelajar di peringkat pasca serta memberikan gambaran negatif kepada staf akademik/penyelia. Jika ini yang menjadi tradisi, maka jelaslah para pelajar gagal melihat sesi seminar ini sebagai satu bentuk latihan dan pengajaran. Akhirnya nanti, kita hanya melahirkan graduan pasca yang berbangga dengan gelar sarjana di belakang namanya tetapi bukan di dalam dirinya. Sebaliknya jika masalah ini timbul akibat masalah komunikasi, maka kita harus memikirkan laluan komunikasi yang lebih berkesan.

    Seperkara lagi yang mungkin boleh digunakan untuk mencapai penanda aras yang ditetapkan ialah dengan menganjurkan seminar sehari kepada orang awam yang menimbang-nimbang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca di UMS atau di IPT lain. Ramai di luar sana yang termasuk dalam status ini tetapi tidak tahu di mana nak mula. Kita anjurkan seminar tentang peluang-peluang mengikuti pasca di UMS, isu pentadbiran serta kaedah penyediaan proposal. Pelajar yang akhirnya mengambil keputusan untuk mendaftar mungkin telah berjaya membentuk proposal yang mantap atau paling kurang pun separuh mantap. Sekurang-kurangnya proposal mereka lebih baik daripada proposal sesetengah pelajar pasca yang datang dengan proposal satu setengah mukasurat! Dengan cara ini, kita juga boleh membuat penapisan yang lebih tepat ke atas permohonan pelajar baru. Proposal yang tidak lengkap sepatutnya diketepikan awal-awal lagi supaya hanya pelajar yang betul-betul bersedia diterima mendaftar dan memulakan pengajian. Sementara pelajar yang diketepikan boleh menyambung penulisan proposalnya tetapi di luar kerangka masa yang ditetapkan dan hanya diterima apabila proposalnya sudah mantap. Ini sudah pasti memendekkan tempoh pengajian secara teknikalnya. Selain itu, pertemuan dalam seminar pra-pendaftaran ini juga akan memberikan maklumat kepada pelajar tentang kepakaran yang ditawarkan di SSS dan mereka boleh membina proposal yang secocok dengan kepakaran ini. Tidaklah timbul isu penyeliaan di luar bidang yang sebenarnya mungkin turut sedikit sebanyak menyumbang kepada kegagalan mencapai sasaran penanda aras tersebut.

    Sekian dulu sebelum saya mencarut lebih panjang

  3. R. Dambul says:

    Haryati,

    Terima kasih di atas response.

    Ya, ia melibatkan semua pelajar pasca — sepenuh dan separuh masa.

    Dalam modul yang saya susun itu, aspek kemahiran teknikal, konseptual dan metodologikal diberi penekanan yang sama berat. Ia akan mendedahkan pelajar kepada kemahiran teori dan juga operasi sebenar penghasilan ‘thesis’. Namun, barangkali… perlaksanaannya perlu diteliti dan dibincang dengan terperinci. Saya buka kepada semua pihak untuk memberi sumbangsaran.

    Sebenarnya modul tersebut saya ‘cuplik’ dan adaptasi sedikit daripada modul yang pernah saya ikuti semasa di University of East Anglia dulu. Saya fikir kursus dan bengkel tersebut memberi impak besar kepada saya dari segi motivasi, kemahiran dan strategi perancangan halatuju.

    Ini adalah percubaan pertama kita di SSS. Of course, we won’t (and can’t) expect it to be perfect and flawless. But through times, we hope to improve and progress. I know that starting is always difficult and painful. That’s why we need everyone to contribute — thus we can collectively ease the pain.

  4. R.Dambul says:

    Sdra Paul,

    Terima kasih di atas cadangan-cadangan yang diberi — yang saya fikir amat menarik dan relevan untuk diadunsemula dalam proposal yang saya cadangkan. Saya akan pastikan saranan-saranan yang diberi ini sebelum membuat kertaskerja muktamad — terutama sekali perihal ‘pembahagian fasa-fasa bengkel’ dan cadangan untuk memasukkan kumpulan pelajar di luar semester 1-3.

    Berkenaan dengan cara-cara menghadapi viva, ini juga dalam perancangan. Setakat ini, setiap penyelia sudah buat inisiatif untuk membuat simulasi viva olok-olok untuk memberi persediaan kepada pelajar masing-masing. Tapi saya fikir, kita juga boleh buta satu program yang serupa di peringkat sekolah — dengan pengisian dan kaedah yang lebih tersusun dan komprehensif.

  5. Jurry says:

    Ini sememangnya cadanga yang sangat baik. Berdasarkan pengalaman saya dalam membuat master, terutamanya full tesis, perlu ada asas teori yang cukup dan kebolehan untuk menghujahkan dapatan kajian barulah tidak tersekat-sekat….
    selamat maju jaya

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: