Public Speaking: Build Your Confidence!

Pn. Marja Azlima Omar, pensyarah Hubungan Antarabangsa, memulakan rentak aktiviti pelajar pada sesi 2007/2008 dengan program “Public Speaking” — yang berjalan dalam suasana yang sungguh menguja dan menyeronokkan. Aktiviti yang bertujuan mengasah kemahiran pengucapan awam di kalangan pelajar ini terbuka kepada semua program pengajian. Tidak terhad kepada pelajar Hubungan Antarabangsa sahaja.

[rockyou id=78341369&w=500&h=230]

4 Responses to Public Speaking: Build Your Confidence!

  1. Marja says:

    Salam dan Selamat Sejahtera,

    Terima-kasih Dr Ramzah kerana memuatkan berita tentang aktiviti public speaking di bog ini. Saya ingin mengalu-alukan rakan-rakan pensyarah untuk memberikan sokongan kepada aktiviti yang diharapkan akan meningkatkan “soft-skill” siswa dan siswi kita. Galakkan mereka untuk sertai acara yang akan diadakan setiap minggu ini. Foyer SSS dan aktiviti ini adalah untuk semua.

  2. R.Dambul says:

    Pn. Marja, saya rasa tidak ramai yang maklum tentang masa dan hari bagi program tersebut. Kalau boleh dimaklumkan, saya fikir lebih bagus. Saya tidak pasti, adakah masa dan harinya sama setiap minggu?

  3. Marja says:

    Ya, masa dan tempat yang sama setiap minggu. Di foyer SSS, setiap rabu, jam 4 petang. Pada awal setiap minggu, selalunya bermula dari hari isnin, kumpulan pelajar yang bertugas menganjurkan public speaking pada mingu tersebut akan menampal notis di sekitar sekolah. Minggu ini saya dapati notis ditampal berhampiran lif di setiap tingkat dan juga di beberapa papan kenyataan.Jangan ketingalan untuk menyertainya pada setiap minggu🙂

  4. CHIN LIN HIONG says:

    Pada pendapat saya, program “Public Speaking” ini akan membawa banyak manfaat kepada pelajar yang menyertainya. Program ini bukan sahaja dapat mengasah serta mencungkil bakat-bakat pelajar, malah dapat membentuk keberanian serta keyakinan seseorang pelajar tersebut. Saya percaya semua yang dipelajari dalam prgram ini semestinya akan dapat dimanfaatkan pada masa yang akan datang. Tahun ini, kami sebagai pelajar hubungan antarabangsa akan menganjur serta menyertainya. Diharap kami akan dapat buat yang terbaik sekali. Yeah…!!!Gambatei!!!Di samping itu, juga diharap semua pelajar akan memberi sokongan yang sepenuhnya terhadap program yang amat bermanfaat ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: