Sarjana Alam Sekitar dan Pembangunan

Kertas cadangan ini dihasilkan oleh En. Paul Porodong, dan telah dibentangkan dalam mesyuarat JK Akademik yang terdahulu (sila download atau baca secara online: Kertaskerja Cadangan). Ia bertujuan untuk memohon pertimbangan daripada pihak Senat Universiti Malaysia Sabah untuk mendapatkan kelulusan penawaran Ijazah Kursus sepenuh masa dan separuh masa Sarjana Sastera (M.A). Mohon kerjasama tuan-puan untuk memberi sumbangsaran dan pandangan.

Sarjana  Alam Sekitar dan Pembangunan
Masters in Environment and Development

8 Responses to Sarjana Alam Sekitar dan Pembangunan

  1. Paul Porodong says:

    Tuan/puan,

    Seperti yang sudah dimaklumi, kertas kerja ini masih di dalam proses peringkat pembinaan. Saya sengaja memasukkan format penuh JPT supaya sumbang saran tuan/puan boleh difokuskan kepada bahagian-bahagian tertentu.

    Kita maklum juga bahawa program sarjana ini adalah kesinambungan daripada hasrat SSS untuk muncul dengan program sarjana taught course/mix mode. Soal apa, bila dan bagaimana pelaksanaannya adalah persoalan pokok yang perlu dibincangkan bersama.

    Saya kira, perkara paling kritikal yang perlu difikirkan bersama ialah bagaimana program ini dinamakan. Idealnya, nama itu harus mengambilkira kepelbagaian program di SSS, nic penyelidikan, aspek pasaran(sumber pelajar dan peluang graduan), keselarasan dengan hasrat kerajaan dan paling penting kita ada kepakaran. Jika kita dapat melepasi fasa ini, bahagian-bahagian lain akan menyusul dengan lebih mudah.

    Saya dahului sumbangan buah fikiran anda dengan ribuan terima kasih.

    Nota: Terima kasih kepada Dr. Ramzah atas usaha beliau memasukkan perkara ini dalam blog ini.

  2. lee kuok tiung says:

    G’day,

    Kalau tidak silap saya UKM pun ada menawarkan sarjana dengan nama yang lebih kurang sama bergitu tetapi di letakkan direct di bawah Pusat pengajian Siswazah (PPS) dan bukannya di bawah Fakulti sains sosial dan kemanusiaan (FSSK) disebabkan kekaburan disiplin. End day, apakah ijazah sarjana tu under SSS atau dari sekolah lain yg lebih dekat dengan alam sekitar, pembangunan bg saya pun masih kabur-kabur sebab di ums sekolah psikologi pun ada guna istilah tu.

    Mungkin boleh justify dulu content dia sebab kalau lebih kepada geografi kandungnya, bg sarjana geografi saja pun ok bah.

    regards,
    lee

  3. Paul Porodong says:

    Sdr Lee,

    Terima kasih atas komen saudara. Soal nama tu, kalau boleh kita nakkan sesuatu yang unik untuk SSS/UMS. Jadi bolehlah juga cadangkan nama yang tidak kedengaran di tempat lain. Persoalan nak letak di SS atau Sekolah Lain tidak timbul kerana kita memang nak sesuatu dari sekolah kita dan untuk sekolah kita.

    Sebenarnya semua program di SS sudah menawarkan Ijazah Masters (Penyelidikan) cuma soalnya ada pelajar atau tidak. Isunya sekarang, kita nak tawarkan Sarjana (taught course atau Mix) selaras dengan perkembangan sekolah yang dah menjejak 13 tahun. Tapi masalahnya, bersandarkan kepada kekangan kakitangan yang ada, agak susah bagi mana-mana program untuk mengangkat satu lagi program lebih-lebih lagi melibatkan program sarjana. Jadi mungkin langkah yang pragmatik ialah menggabungkan kekuatan semua program untuk mengendong satu lagi program. Cabarannya, bagaimanakah kita nak menamakan program baru ini supaya mengambil kira sumbangan semua program? Saya pula agak susah mendahulukan kandungan dan mengemudiankan tajuk tapi kalau ada cadangan kandungan itu pun membantu juga. Ada cadangan?

  4. R.Dambul says:

    Saya setuju bahawa program pengajian sarjana (secara kursus) — jika mahu diwujudkan di SS, ia haruslah mencerminkan ciri multi-disiplin. Supaya kita boleh manfaatkan tenaga akademik yang ada di sekolah ini (yang mempunyai pelbagai kepakaran dan pengkhususan).

    Ya, saya nampak poin yang cuba dibangkitkan oleh Sdra. Lee. Kalau program ini spesifik dan menjurus — barangkali ia lebih unik dan marketable (assuming that postgrad students normally seek for specific skills/knowledge, not the generic ones). Tapi saya fikir, kursus yang diusulkan ini, walau bersifat multi-disiplin, ia mempunyai tujahan dan fokus yang jelas. Ia bukanlah terlalu umum dan terbuka. Dalam masa yang sama, ia juga tidak terlalu ‘spesifik’ (dari segi disiplin — tapi niche ya!) — hingga harus diasosiasi dengan hanya satu-satu disiplin tertentu di Sekolah Sains Sosial.

    Dari segi pandangan jauh, saya fikir — memang tiada salahnya kalau setiap program pengajian di SS mahu mengusulkan program sarjana secara berkursus yang tersendiri. Ini barangkali kursus yang lebih spesfiik dan unik. Namun begitu, kerana kapasiti kepakaran sekarang yang agak terhad — dalam tempoh 4-5 tahun ini, menggubal pengajian sarjana kursus untuk setiap program — barangkali tidak cukup realistik.

    Justeru, buat permulaan — kita harus bermula dengan penawaran program yang begini. Supaya kita boleh optimumkan kepakaran tenaga akademik di SS (hasil gandingan semua program).

  5. Paul Porodong says:

    Penceramah jemputan CERgis esok (Hari rabu 1 Ogos) rupanya dari School of Environment and Development Univ. of Mancehester. Kita datang beramai-ramai. Mungkin kita boleh tanya sesuatu tentang program sarjana yang kita sedang bangunkan.

  6. Paul Porodong says:

    Saya berkesempatan bertanya dan meminta pendapat Dr. Robert Barr tentang kursus ini dalam kontext SSS (6 program), UMS, Sabah dan isu semasa . Beliau berpendapat, keadaan ledakan industri pelancongan dan pembangunan pertanian yang sedang berlaku di Sabah menyediakan potensi besar untuk membina sebuah program yang berkaitan dengan pembangunan dan alam sekitar. Beliau secara khusus menimbulkan persoalan tentang produk eco-pelancongan yang pada luarannya memberikan penekanan kepada pemuliharaan alam sekitar tetapi dalam masa yang sama, beliau membayangkan masalah sustainability. Beliau mencadangkan keperluan untuk mengkaji impak pesekitaran dan impak sosial. Beliau juga bersetuju dengan cadangan memasukkan Risk Assessment sebagai pelengkap kepada domain persekitaran dan pembangunan.

    Saya berpendapat, kekuatan SSS khususnya dalam bidang GIS harus dioptimumkan sepenuhnya menjadi komponen saintifik kursus ini dan dalam masa yang sama program-program lain membekalkan komponen kemanusiaan.

    Berikutan perbincangan ini saya mencadangkan nama Program ini
    Sarjana Alam Sekitar, Pembangunan dan Penilaian Risiko (Masters in Environment, Development and Risk Assessment)

  7. R.Dambul says:

    Saya secara peribadi bersetuju dengan cadangan nama tersebut. Elemen ‘penilaian risiko’ itu merupakan kunci pertemuan untuk semua disiplin yang bernaung di bawah SS.

    Risk Assessment sebetulnya adalah satu ‘niche kajian’ yang dikembangkan daripada idea asal seperti EIA dan SIA (yang lebih menjurus kepada disiplin pengajian alam sekitar dan geografi). RA lebih generik sifatnya dan tidak diasoisasi secara eksklusif dengan mana-mana disiplin SS yang khusus.

  8. Kalai Presa says:

    wow… i like it very much…. selaku bekas student sss or ums… saya tau apa keperluan sebenar dunia pekerjaan. andaian semasa jadi student agak tidak benar… kalau ini barang jadi…. sya pasti akan apply… i support this thing..

    Catatan Webmaster: Sdra Kalai Presa merupakan graduan SSS (Program Geografi) bagi kemasukan 2003-2006 (satu batch dengan Sdra Stanley — calon Sarjana SSS).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: