Pesta Filem Antara IPT Malaysia

August 31, 2007


Dengan dana penganjuran sejumlah RM100 ribu daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Sekolah Sains Sosial (UMS) telah ditawarkan hak penganjuran Pesta Filem Antara IPT Malaysia 2008. Saluran kolaborasi bagi projek berprestij ini ialah Program Komunikasi.

Pemilihan Tema, serta rekakonsep Logo dan Trofi

Semua warga SSS dialu-alu untuk berkongsi idea bersabit dengan dua perkara tersebut. Sila klik link ‘comment’ di bawah, dan luncurkan saranan anda. Atau, boleh diserahkan kepada Pak Hassan, Dr. Jacquie, Dr. Kntayya dan Ramzah. Tidak semestinya dalam bentuk rekaan atau lakaran. Idea secara deskriptif juga amat bermanfaat. Pihak Jawatankuasa akan mengupah pereka profesional untuk menterjemahkan idea yang kita pilih kepada bentuk ‘tampak’ (fizikal). Berikut adalah beberapa cadangan awal untuk memulakan sumbangsaran idea:

Tema
Filem: Saluran Ilmu Wajah Masyarakat
Memasyarakatkan Filem Malaysia
Mensejagatkan Filem Kita
Filem: Pertemuan Intelek dan Emosi

Logo
Raflesia sebagai ‘asas’ rekaan

Trofi
Imej artifak: Kinabalu dan raflesia sebagai imej artifak
Struktur: kombinasi manik (sebagai identiti Sabah) dan kristal (tanda eksklusiviti)

Informasi berkaitan…..

Daripada: Ramzah & Marja
Semua Program di Sekolah Sains dijemput menyertai pertandingan ini. Saya dan Marja telah menubuhkan sebuah Tenaga Produksi Indie, dengan tujuan mengambil bahagian dalam pesta ini. Ia adalah penyertaan suka-suka, menghilangkan stress daripada rutin harian.
Baca sini jika berminat mahu menyertai kami, atau klik pada menu ‘ProjekFilem’ di penjuru atas, bahagian kanan anda.

Advertisements

International Fellowship Awards For SSS Researchers

August 31, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

At a time when an aspect of Malaysian higher education aims at gaining recognition for its scholarship internationally, UMS is contributing to this effort in a variety of ways. One good indicator of this recognition is the winning of international fellowships. The School of Social Sciences at UMS is proud to have been awarded fellowships to two of its staff members this year, namely Dr. Ramzah Dambul and Associate Prof. Dr. Fadzilah Majid Cooke.

Read the rest of this entry »


Dua Pekan Sekitar SSS

August 31, 2007

Entri ini mempamerkan dua album gambar maya bagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh warga Sekolah Sains Sosial semenjak dua minggu yang lalu.

Album SSS

  • Mesyuarat, seminar staf dan pembentangan pascasiswazah
  • Gerai pameran konvo
  • Aktiviti pelajar — Public Speaking & Apresiasi Merdeka

[rockyou id=82239559&w=400&h=300]

Album Geografi

  • Hari Keluarga Program Geografi
  • Kerjalapangan di Kundasang & Tawau
  • Lawatan ‘terkejut’ SMK Sepagaya

[rockyou id=82416248&w=400&h=300]

Mesej: Kepada semua pensyarah, Tuan-Puan dialu-alukan menghantar gambar aktiviti-aktiviti staf/pelajar untuk dikongsi bersama dan diarkibkan dalam laman maya ini. Sila email kepada – rdambul at gmail dot com. Atau, serahan secara peribadi — dalam format digital. Please.

Perbendaharaan kata: pekan = minggu (i.e. Pekan Teater Sabah sedang berlangsung antara 1-7 October 2003; Minggu Teater Sabah…… October 2003)


Seminar Sekolah Sains Sosial

August 28, 2007

Tarikh   :       29 Ogos 2007
Masa      :       2.30 pm
Tempat   :      Bilik Mesyuarat Utama (BMU)

Pembentangan Pra-Viva Siri 02/2007 Pembentangan

Pencapaian Rendah Dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah di Kalangan Murid Luar Bandar: Kajian Kes Daerah Tenom, Sabah
Oleh: Aloysius Bin Polius

Pembentangan Kertaskerja (Seminar Berkala SSS 13/2007)

Sejarah Penyiaran Radio Etnik Sabah

Oleh: Saat Ag. Damit

Pemerintah & Pendatang Tanpa Izin
Oleh: W.Shawaluddin W.Hassan & Zaini Othman

Pekerja Seks di Sabah :  Isu Transmigrasi, Ekonomi dan Keselamatan
Oleh: Fazli A.Hamid, W. Shawaluddin W. Hassan & Marja Azlima Omar


PascaSiswazah

August 24, 2007

Pembentangan pra-viva untuk pelajar-pelajar sarjana Sekolah Sains Sosial akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat berikut:

Oleh: Intan Azirah Abdul Rahman & Soon Lii Chyi

Masa: 2.30pm

Tarikh: 24 Ogos 2007 (Jumaat)

Tempat: Bilik Mesyuarat Dekan, Aras 1

Oleh: Aloysius Polius

Masa: 2.30pm

Tarikh: 28 Ogos 2007 (Selasa) 29 Ogos 2007 (Rabu)

Tempat: Bilik Mesyuarat Dekan, Aras 1


Kolaborasi Antarabangsa

August 24, 2007

MEMO DALAMAN

Daripada:                Dr. Ramzah Dambul dan

                                 Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid Cooke

Kepada:                  Kakitangan Akademik Sains Sosial

Tarikh:                   23 August 2007

Melalui dan Salinan kepada:  Dr. Asmady Idris, Dekan, SSS

PERHUBUNGAN SEKOLAH DENGAN MACQUARIE UNIVERSITI, SYDNEY, AUSTRALIA

Isu lawatan pelajar dan pensyarah dari MacQuarie Universiti telah di bincangkan dalam mesyuarat sekolah pada 15hb. Ogos minggu lepas. Dengan ringkas, disenaraikan beberapa idea dan saranan yang mungkin perlu dipertimbangkan bersama MacQuarie apabila mereka mengunjungi Sekolah pada 25 September kelak.  Idea ini merangkumi pelan jangkamasa panjang yang diharap dapat memberi faedah kepada sekolah dan ditulis dalam bahasa Inggeris.

Setakat ini idea adalah dalam bentuk cadangan sahaja dan perlu input yang lebih jelas dan spesifik daripada semua kakitangan. Kami perlukan sokongan anda, dan sila berhubung melalui telfon, bertemu secara peribadi atau emel: rdambul@gmail.com, fadzilah@ums.edu.my. Oleh kerana masa agak suntuk, kami perlukan idea anda sebelum konvokosyen bermula.

Isu yang perlu di pertimbangkan adalah:

  • Capacity building in research and writing (especially for international journals)
  • Joint teaching – devising joint curriculums/programs – especially postgraduate
  • Student exchange
  • Staff exchange and fellowships (hosting and sending)
  • Co-organising international conference

Apabila kami menerima cadangan dari anda, sekaligus anda boleh juga boleh, secara sukarela, menawarkan diri untuk menjadi ahli dalam J/K kecil yang akan ditubuhkan untuk mengendali perkara ini.

Sekian, terima kasih.


Tahniah!

August 17, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Klik gambar untuk paparan optima

 

Sdra. Musli Tarsat selamat menjalani viva untuk pengajian sarjana (secara penyelidikan) pada 15 Ogos 2007. Beliau yang diselia oleh Prof. Dr. Sabihah Osman (penyelia utama) dan En. Mohamad Shaukhi Md. Radzi (penyelia bersama) telah lulus dengan pembetulan minor dan dijangka akan bergraduat pada September 2007.

Seluruh warga Sekolah Sains Sosial ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Sdra. Musli Tarsat dan kedua-kedua penyelia.