Seminar Pascasiswazah Bil 4/2007

 SEMINAR PASCASISWAZAH SEKOLAH SAINS SOSIAL BIL 6/2007

Tarikh:
8 Ogos 2007 (Rabu)

Masa:
2.30 petang

Tempat:
Bilik Mesyuarat Utama (Aras 3, SSS)

Mapping and Monitoring the Changes of Land Use and Land Cover in the Southwest Coast of Sabah: Application of Remote Sensing and GIS

Oleh:
Stanley Suab
(MA, Semester 2)

Aplikasi GIS dalam Analisis Kesesuaian Gunatanah Pertanian: Kajian Kes Kalabakan

Oleh:
Samsam Abu
(MA, Semester 2)

Analisis Ruangan dan Pola Persempadanan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah

Oleh:
Fadilah Sarbi
(MA, Semester 2)

Pengaruh Jenis Gunatanah dan Kecerunan Terhadap Jumlah Bahan Angkutan Sedimen di Sungai Tuaran dengan Menggunakan Aplikasi GIS

Oleh:
Abd Hair Beddu Asis
(MA, Semester 4)

Semua dijemput hadir.

[rockyou id=79859051&w=400&h=300]

3 Responses to Seminar Pascasiswazah Bil 4/2007

  1. Paul Porodong says:

    Baguslah kalau sudah ditunda ke sebelah petang. Boleh tak kita ambil ketetapan supaya aktiviti mesyuarat dan seminar pada hari Rabu diadakan pada sebelah petang? Mungkin dari jam 12.30 onwards supaya kelas masih boleh dijalankan pada sebelah pagi.

    Selain itu, boleh tak kita tetapkan satu slot lagi sebagai slot tambahan untuk seminar (contoh petang Jumaat). Saya rasa, kita tidak memberikan keadilan kepada pelajar dengan memberikan pembentangan beramai-ramai begini. Pembentangan haruslah bukan untuk tujuan membentang semata-mata. Kita tak mahu kelihatan pembentangan ini dibuat sekadar untuk memenuhi syarat-syarat pengajian. Pembentangan beramai-ramai memberikan gambaran “asal bentang” walau mungkin bukan ini tujuan murninya.

    Idealnya, satu seminar dikhususkan untuk satu pembentangan sahaja. Tetapi mungkin dua pembentangan masih boleh diterima. Tapi empat pembentangan dalam tempoh tiga jam…that is too much! Harus diingat, itu termasuk Q and A, A and Q. Q and Q and A and A!!!. So kita perlu lebih banyak masa. Apa lagi kalau Q and Q and Q datang bertalu-talu! Kadang-kadang banyak persoalan hanya sempat ditimbulkan tanpa sempat dikupas kerana masa tidak mengizinkan. Lebih merisaukan lagi apabila persoalan yang ditimbulkan hanya sekadar membongkar lebih banyak persoalan yang mungkin dapat diselesaikan pada masa itu juga sekiranya pelajar dan audien diberikan peluang menghadamnya perlahan-lahan.

    Pembentangan pelajar pasca memerlukan perhatian yang lebih khusus sebab audien bukan sekadar belajar, tetapi juga bertindak sebagai penyelia.

    Isunya di sini ialah, sebaik sahaja kita bersetuju mengambil pelajar pasca sebagai pelajar SSS, kita sudah mempunyai kontrak dengan mereka untuk menyumbangkan sebahagian masa kita untuk kemajuan akademik pelajar. Saya percaya semua kakitangan akademik sedar akan tanggungjawab ini maka terpulanglah kepada kita untuk merekabentuk pendekatan pembentangan pelajar pasca agar kakitangan akademik dapat menunaikan tanggungjawab ini.

    Sekian dan Selamat Hari Kebangsaan!

  2. R.Dambul says:

    Terima kasih di atas saranan dan cadangan Sdra. Paul. Saya fikir itu adalah komen yang munasabah, dan akan dipertimbangkan bagi acara-acara seminar akan datang.

    Cuma sebab difikirkan semua pembentangan hari ini hanya proposal, maka, saya menjangka tidak banyak isu yang akan berbangkit. Tapi mungkin andaian saya tidak semestinya benar. Pada peringkat awal begini, adakalanya input yang lebih intensif dan padat — lebih diperlukan.

    Saya akan mengubahsuai semula format dan bentuk pembentangan pada masa akan datang.

    PS: Maaf jika ada percanggahan maklumat dengan pengumuman seminar sebelum ini. Itu adalah kesilapan saya. Sepatutnya ia pada waktu petang, 2.30pm. Tapi saya terlupa untuk memaklumkan pada JK Seminar/Persidangan masa yang tepat.

  3. Paul Porodong says:

    Terima kasih atas maklum balas yang pantas. Itu cuma cadangan saja. saya tidak pasti pula kalau ada aral di luar pengetahuan saya.

    TQ

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: