Pesta Filem Antara IPT Malaysia


Dengan dana penganjuran sejumlah RM100 ribu daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Sekolah Sains Sosial (UMS) telah ditawarkan hak penganjuran Pesta Filem Antara IPT Malaysia 2008. Saluran kolaborasi bagi projek berprestij ini ialah Program Komunikasi.

Pemilihan Tema, serta rekakonsep Logo dan Trofi

Semua warga SSS dialu-alu untuk berkongsi idea bersabit dengan dua perkara tersebut. Sila klik link ‘comment’ di bawah, dan luncurkan saranan anda. Atau, boleh diserahkan kepada Pak Hassan, Dr. Jacquie, Dr. Kntayya dan Ramzah. Tidak semestinya dalam bentuk rekaan atau lakaran. Idea secara deskriptif juga amat bermanfaat. Pihak Jawatankuasa akan mengupah pereka profesional untuk menterjemahkan idea yang kita pilih kepada bentuk ‘tampak’ (fizikal). Berikut adalah beberapa cadangan awal untuk memulakan sumbangsaran idea:

Tema
Filem: Saluran Ilmu Wajah Masyarakat
Memasyarakatkan Filem Malaysia
Mensejagatkan Filem Kita
Filem: Pertemuan Intelek dan Emosi

Logo
Raflesia sebagai ‘asas’ rekaan

Trofi
Imej artifak: Kinabalu dan raflesia sebagai imej artifak
Struktur: kombinasi manik (sebagai identiti Sabah) dan kristal (tanda eksklusiviti)

Informasi berkaitan…..

Daripada: Ramzah & Marja
Semua Program di Sekolah Sains dijemput menyertai pertandingan ini. Saya dan Marja telah menubuhkan sebuah Tenaga Produksi Indie, dengan tujuan mengambil bahagian dalam pesta ini. Ia adalah penyertaan suka-suka, menghilangkan stress daripada rutin harian.
Baca sini jika berminat mahu menyertai kami, atau klik pada menu ‘ProjekFilem’ di penjuru atas, bahagian kanan anda.

9 Responses to Pesta Filem Antara IPT Malaysia

  1. Paul Porodong says:

    Tema: OLEH KAMI, TENTANG KITA

    Oleh kami = pelajar IPT

    Tentang kita = isu-isu masyarakat Malaysia

    Oleh Kami Tentang Kita= Perspektif pelajar terhadap dinamik masyarakat Malaysia kontemporari

    Tq

  2. Suhaimi Salleh says:

    Seposen (aje) dari saya (baru hari ini PC di bilik dapat kembali merayau di Internet)😛

    Tema: FILEM – HIBURAN DAN KOMENTAR SOSIAL

    Hiburan = sesuatu yang melegakan dan meringankan tekanan (katarsis)

    Komentar sosial = mengungkap isu tentang masyarakat sambil memapar alternatif dan jalan keluar dari kebuntuan

    Objektif: Menguji kreativiti pelajar IPT dalam mengungkap isu dan penyelesaian

  3. Mahadirin Ahmad says:

    tema, Filem: Hiburan dan Intelektual

    ke arah menghasilkan wacana filem pendek yang berkualiti (mesej dari aspek pemikiran sosial) tapi tetap menghiburkan (mudah difahami dan kreatif)

    logo: gabungan imej buku dan filem

    trofi: imej Bamboo atau sompoton dalam bentuk kristal

  4. kym_shc says:

    PERSOALANNYA…

    1. Kenapa universiti yang menjadi tempat untuk dilangsungkan?

    2. Adakah ianya memberi manfaat kepada pelajar?

    3. Adakah ianya memberi nama baik kepada sesebuah universiti?

    4. Adakah pasti budaya hedonisme dapat dikurangkan daripada diri pelajar?

    5. Adakah benar universiti tempat untuk menuntut ilmu?

    Mahasiswa di luar sana, anda berhak untuk menilai.

  5. PERSOALANNYA

    Adakah Saudara kym_shc benar-benar membaca entri ini? Ini adalah Festival Filem Antara Universiti. Bukan Festival Filem Malaysia.

    “1. Kenapa universiti yang menjadi tempat untuk dilangsungkan?”

    Pertandingan pembikinan filem ini adalah di antara mahasiswa/i IPT tempatan. Tempat paling sesuai dilangsungkan tentulah universiti. Kalau tidak, habis di mana? Di kawasan gudang pelabuhan Kelang? Atau di tengah-tengah dataran KLCC?

    “2. Adakah ianya memberi manfaat kepada pelajar?”
    Ada banyak IPT awam/swasta menawarkan kursus pembikinan filem. Termasuk juga UMS, yang menawarkan kursus animasi grafik (SSIL, Labuan). Pertandingan seumpama ini memberi pendedahan kepada bakal-bakal graduan perfileman untuk mempratikkan dalam lapangan sebenar, ilmu yang diajar secara teori dalam kelas.

    “3. Adakah ianya memberi nama baik kepada sesebuah universiti?”
    Ya, sudah tentu. Kalau anda seorang pelajar universiti, sebenarnya komen seperti inilah yang merosakkan nama baik universiti di mana anda berada. Hanya taksub kepada kepercayaan diri sendiri.

    “4. Adakah pasti budaya hedonisme dapat dikurangkan daripada diri pelajar?”
    Tiada kena mengena budaya hedonisme dengan penganjuran pesta filem. Bahkan pesta filem inilah yang cuba mendidik para pembikin dan pengguna filem supaya menghasilkan karya yang lebih luhur dengan citra-citra Malaysiana. Kalau tiada festival filem seperti ini (yang penjuriannya dibuat berasaskan kepada nilai-nilai positif) — maka para pembikin filem akan selamanya hanya ghairah menghasilkan filem-filem bercorak hedonis. Yang tiada unsur-unsur kemanusiaan dan kemasyarakatan.

    “5. Adakah benar universiti tempat untuk menuntut ilmu?”

    Ilmu itu ada pelbagai dimensi dan cabang. Seni pembikinan filem juga adalah salah satu dimensi yang pelbagai itu. Untuk makluman, negara Iran adalah antara pengeluar filem bertema kemanusiaan yang tersohor di dunia. Menyebarkan syiar dakwah dan ilmu menerusi perfileman.

    Masalah bagi kebanyakan mahasiswa/i yang berfikiran jumud dan negatif, kerana mereka terlalu idealis. Dan tidak melihat kepada bumi realiti. Mahu atau tidak mahu, kita mesti menerima hakikat bahawa ‘filem’ adalah santapan ruji seluruh penduduk Malaysia, sama ada di TV atau di panggung. Kalau ia sudah jadi santapan secara rutin — usaha perlu dibuat untuk menggalakkan pembikinan filem yang bermutu, bukan saja dari segi teknikal, tetapi juga dari segi nilai dan pemikiran.

    Sebab itu, festival sebegini mesti dibuat. Kerana festival ini mengangkat ciri dan citra filem-filem yang murni dan memberi impak positif kepada masyarakat.

  6. Student UMS says:

    duiii.. pura-puralah bah kunun si kym_sch nih. padahal dia yang paling suka tengok wayang-wayang yang teda moral. pesta filem pun ada budaya dan ilmu bah.

  7. Observer says:

    Well said, to the Webmaster.

    Saya heran dengan cara kym_sch berfikir. Seni dan filem juga adalah cabang ilmu, tidak semestinya,
    perubatan, pendidikan, sains politik itu saja yang dianggap sebagai ilmu.

    Bahkan muzik juga adalah cabang ilmu dan untuk pengetahuan kym_sch, pengajian muzik adalah lebih mencabar kerana tidak semua orang boleh menuntut ilmu tersebut disebabkan mereka perlu ada dua kebolehan asas – bakat (pratikal) dan teoritikal. Tidak seperti ilmu lain seperti matematik yang boleh diajar.

  8. kym_shc says:

    hehe..itu soalan2 yang dilotarkan oleh kebanyakan student,kym cuma postkan ja..bkn kym x sokong atau menentang,dan nak ditegaskan,kym xpura2 dan mana buktinya yg kym suka tgk wayang2 xbermoral?

    lagipun,komen ini cuma ingin menaikkan lagi perbincangan,cara berfikir itu terletak pada individu tersendiri..kan semua berhak untuk menilai..

  9. fotostudio says:

    With havin sо much content do you ever run into any problems of plagorism or
    cοpyright violation? Μy website has ɑ lot of unique content ӏ’ve either wгitten myself or outsourced but it seᥱmѕ a lot of it
    iѕ popping it uⲣ all over the internet ᴡithout mʏ permission. Ⅾo you know
    ɑny methods to ɦelp protect аgainst cοntent
    from being stolen? I’Ԁ сertainly аppreciate іt.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: