Seminar Pascasiswazah 07/2007

September 29, 2007

Pada 26 September 2007, dua orang calon Sarjana dalam bidang Hubungan Antarabangsa telah membentangkan proposal penyelidikan. Cik Leonie Alcina Joseph membentangkan kajian berjudul “Peranan Malaysia dalam OIC terhadap isu-isu di Timur Tengah”; manakala Cik Suzineh Shamdin mempersembahkan proposal dengan tajuk “Dasar luar Malaysia terhadap pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas Iraq 2003”.

Kedua-dua proposal telah diberi reaksi positif yang agak hangat semasa sesi pembentangan, terutamanya daripada En. Zaini Othman yang banyak memberi input dari segi pembinaan kerangka teoritikal kajian. Saksikan ‘ekspresi’ En. Zaini (dalam album foto) yang penuh penghayatan semasa seminar tersebut!

[rockyou id=85566187&w=430&h=320]

Advertisements

Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar 2007/2008

September 29, 2007


Penamaan calon telah diadakan pada 26 September 2007 (9-11am) di Bangunan Hal Ehwal Pelajar (One Stop Centre). Petugas kaunter Sekolah Sains Sosial ialah kedua-dua Timbalan Dekan dan Penolong Pendaftar. Bagi kerusi Sekolah Sains Sosial, seramai empat calon telah bertanding yang terdiri daripada pelajar Program Sejarah, Hubungan Industri, Geografi dan Komunikasi. Majlis pengenalan calon pula diadakan pada 28 September 2007 (2.30pm) di Foyer Sekolah Sains Sosial.

[rockyou id=85563499&w=430&h=320]


Persidangan Geografi Kebangsaan

September 26, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Bersama Prof. Dr. Katiman Rostam, tokoh Geografi Pembangunan

Baru-baru ini (10-11 September 2007), saya telah menghadiri Persidangan Geografi Kebangsaan 2007 anjuran Universiti Perguruan Sultan Idris. Persidangan selama dua hari ini menampilkan lebih 40 buah kertaskerja yang meliputi pelbagai bidang: hidrologi, klimatologi, geomorfologi, geografi teknik, perbandaran, kependudukan, pengurusan alam sekitar, pendidikan dan pelancongan.

Persidangan yang bertema ‘Dunia Tanpa Sempadan’ ini telah diperkuatkan dengan ucaptama yang disampaikan oleh tokoh geografi pembangunan Malaysia, Prof. Dr. Katiman Rostam, yang berjudul ‘Globalisasi Ekonomi dan Ketaksamaan: Implikasi Kepada Pendidikan Geografi’ (klik sini untuk download).

Sila klik sini untuk mendapatkan kertaskerja penuh beberapa artikel terpilih dan senarai lengkap abstrak. Isu-isu yang dikupas tidak hanya relevan kepada disiplin Geografi, bahkan meliputi aspek-aspek Sains Sosial yang lain.

Laporan oleh: Ramzah Dambul (Program Geografi)

 

….


Lawatan MacQuarie University

September 26, 2007

Seramai sembilan orang (kakitangan dan pelajar Geografi) ahli delegasi MacQuarie University (Sidney, Australia) telah membuat kunjungan muhibbah ke Sekolah Sains Sosial pada 24 September 2007. Rombongan antarabangsa ini diketuai oleh Dr. Robyn Dowling dan Dr. Kate Llyod, kedua-duanya merupakan pensyarah di Human Geography Department, MacQuarie University. Pertemuan ini diisi dengan sesi dialog antara kedua-dua universiti: khususnya membincangkan tentang peluang kerjasama dan kolaborasi antarabangsa dari segi penyelidikan, penerbitan, penyeliaan pelajar pasca, pengajaran dan perkongsian kurikulum pengajian. Program ini turut disertai oleh pelajar-pelajar Geografi dan Read the rest of this entry »


Debat Alam Sekitar IPT Sabah

September 24, 2007

Pertandingan Debat Alam Sekitar Antara IPT Sabah 2007 telah berlangsung pada 21-23 September 2007, anjuran Kelab Geografi (kombinasi Sekolah Sains Sosial dan Sekolah Pendidikan & Pembangunan Sosial). Ia bertemakan “Kesejahteraan Bumi, Tanggungjawab Bersama“.

Pertandingan ini yang menggunakan format ‘ala parlimen’ telah disertai oleh 7 buah IPT, iaitu: UiTM, UMS, UNITER, Institusi Perguruan Gaya, Institusi Perguruan Kent, PTPL dan Politeknik. Pertandingan akhir mempertemukan UMS (Kerajaan) dan UiTM (Pembangkang) dengan usul “Teknologi Mesra Alam: Untung Secupak, Rugi Segantang”. UiTM menewaskan UMS buat pertama kali sejak tahun 1998.

Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Karim Hj. Bujang, Pembantu Menteri, Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, negeri Sabah.

[rockyou id=85123239&w=430&h=320]

 

Videografi Montaj Pertandingan Akhir


Majlis Berbuka Puasa SSS

September 23, 2007

Santai dan mesra. Tiga ungkapan paling tepat untuk menggambarkan suasana majlis berbuka puasa Sekolah Sains Sosial yang telah diadakan pada Jumaat, 21 September 2007. Kanak-kanak girang berlarian di sana-sini. Bapa-bapa dan ibu-ibu pula asyik bergebang tentang seribu satu perkara di luar tugasan rasmi.

Tahniah kepada Kelab Kebajikan SSS yang diketuai oleh Pn. Irma Wani Othman (bersama AJK Pelaksana) yang telah berjaya mempertemukan hampir seluruh kakitangan SSS (bersama ahli keluarga masing-masing) dalam suasana yang sungguh hening dan meriah.

[rockyou id=85038658&w=430&h=320]


Diskusi: Penyelidikan Tentang Kemiskinan

September 20, 2007

Sekolah Sains Sosial sedang mengusahakan satu proposal penyelidikan tentang isu ‘kemiskinan’. Dana untuk projek ini akan dipohon melalui Pusat Penyelidikan & Inovasi (UMS). Kumpulan penyelidik di bawah naungan Sekolah Sains Sosial ini akan diketuai oleh Dr. Rosazman Hussin. Penyelidikan ini bersifat multi-disiplin (menggabungkan pelbagai disiplin Sains Sosial). Para pensyarah SSS yang berminat untuk menyertai kumpulan penyelidik ini boleh berhubung dengan Dr. Rosazman Hussin untuk maklumat lanjut.

Marilah semua berganding bahu ke arah menjadikan SSS sebuah pusat kecemerlangan penyelidikan berkualiti!