Diskusi: Maskot dan Logo HAKUMS ke-8

October 6, 2007

Sang Payau

Sebagaimana yang dimaklumi, Sekolah Sains Sosial telah dipilih sebagai penyelaras utama bagi program Hari Keluarga UMS kali ke-8, yang dijadualkan akan berlangsung pada April 2008. Dalam mesyuarat yang lalu, pihak sekolah telah bersetuju dengan ketetapan tema, iaitu: Santai Sama-Sama. Sila klik sini [Kertas Cadangan (HAKUMS 8)] untuk melihat salinan kertaskerja program ini (mengandungi rangka konsep, senarai AJK dan tarikh cadangan). 

Maskot yang dicadangkan ialah ‘payau’ (dengan nama ‘Sang Payau’). Logo masih dalam proses perbincangan. Justeru, mohon buah fikir semua warga SSS untuk sama-sama menyumbang kepada perbincangan tentang ketetapan muktamad untuk maskot dan logo. Rujuk sirkulasi email yang dikirim oleh Penolong Pendaftar pada 4 Oktober 2007.

Selamat berdiskusi!

PS: Lukisan payau dalam entri ini hanya diguna untuk maksud hiasan. Ia bukan cadangan logo untuk HAKUMS 2008. 🙂

Advertisements