Takwim/Berita pasca-Aidilfitri

Konvo Komemoratif Diraja
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Majlis Konvokesyen Komemoratif Diraja
25 Oktober 2007 (Khamis)
8.00 am
Dewan Canselor

Ini adalah majlis penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Hubungan Antarabangsa) kepada KDYMM Tuanku Al-Sultan Kelantan. Kumpulan penyelidik yang terlibat dalam projek ini adalah Dr. Asmady Idris, Pn. Marja Azlima Omar dan En. Rizal Zamani Idris. Penyampaian ijazah kehormat dalam bidang Hubungan Antarabangsa ini sekaligus akan merintis jalan kepada penubuhan sebuah lagi pusat kecemerlangan penyelidikan di SSS, iaitu Pusat Kajian Sempadan Antarabangsa.

Semua tenaga akademik diwajibkan menyertai perarakan akademik (sila rujuk sirkulasi surat internal daripada TNC Akademik & Pengantarabangsaan).

Selamat Menimang Cahayamata
Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tahniah diucapkan kepada En. Mahadirin dan Pn. Kee Sabariah yang baru-baru ini (06.10.2007) menjadi ibubapa muda kepada seorang bayi lelaki. Semoga kehadiran cahayamata pertama itu akan menjadikan dunia mereka bertambah cahaya (dan seri)!

Seminar Pascasiswazah

Tempat: Bilik Mesyuarat Utama (Aras 3)
Tarikh: 24 Oktober 2007
Masa: 2.30-5.00pm

– Norlizawati Saidi (MA): proposal
Isu pertikaian Malaysia-Singapura (1981-2003)

– Christine Francis (MA): proposal
Isu Timor Timur dalam hubungan Australia dan Indonesia

– Abdul Baasith Imam Goy (MA): proposal
Penglibatan dalam aktiviti sukan: kajian ke atas pengaruh etnik, gender dan kelas sosial dalam kalangan pelajar sekolah

Bertugas Luar Pejabat

Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) akan bertugas di luar pejabat selama 10 hari (24 Oktober – 3 November 2007). Hanya akan kembali ke pejabat pada 5 November 2007 (Isnin). Tuan-Puan boleh berhubung dengan Cik Scholastica untuk sebarang urusan yang berkaitan. Bagi aspek kemudahan dan peralatan, seperti biasa — sila berhubung dengan Cik Rashidah, En. Ramlee atau En. Rahman. Klik sini untuk info lanjut.

Bagi hal-hal yang sangat urgent, berikut adalah mod perhubungan Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi) sepanjang tempoh tersebut:

24-30 Oktober: Mewakili Dekan SSS ke persidangan UNESCO di Paris (hanya boleh dihubungi dengan email rdambul at gmail dot com).

31 Oktober-3 November: Bengkel Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara peringkat UMS di Shang-ri La Rasa Ria Resort Tuaran (boleh dihubungi menerusi telefon bimbit — sila rujuk pada Cik Scholastica untuk mendapatkan nombor).

2 Responses to Takwim/Berita pasca-Aidilfitri

  1. Mahadirin Ahmad says:

    Thank’s for all the warm regards, yes it’s true dunia bertambah seri with all the new things (tangisan si kecil dan kepenatan si ibu). any advise of ‘parential guide’ are highly appreciated.

    open for discussion: Small or Big Family: which better?

    a little poem for all:

    Today and Tomorrow

    Today
    smooth, softh and sweetie
    crying for the milk and the uncomfortable
    smiling with the eyes closed
    everything was beutiful
    that’s the baby world

    Tommorow
    strong, emotional and good looking
    struggle for the food and the ‘pocket’
    hardworking with all the responsibility
    everything was adventureable
    that’s the human life

    that was the journey
    during a period of time
    with a willing of the God,

    If today’s ‘negara membangun’
    tomorrow will be ‘negara maju’
    if today highly ‘problem’
    tomorrow will be double problem
    or tomorrow a much peacefull.

    Today and tomorrow
    what u give
    u get back.

    -dir-

  2. Marja says:

    Tahniah untuk Kee dan Dir. Baby memang attach sangat dengan ibu tapi…Ayahnya boleh membantu apa saja untuk meringankan beban ibu. Young and new mother needs support, not just material but the most vital is ‘moral support’.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: