Diskusi: Penyelidikan BBEC

MEMO DARIPADA: Pn. Jurry Foo

SEMUA WARGA SSS DIJEMPUT MENYERTAI TEAM PENYELIDIKAN BBEC 2 (Bornean Biodiversity and Ecosystem Conservation)

TEMA KAJIAN

Secara am, tema-tema yang dipilih boleh memberi peluang kepada semua ahli program di Sekolah Sains Sosial, tanpa mengira disiplin. Tema-tema kajian merangkumi:

1. Sejarah dan latar belakang budaya penduduk di kawasan kajian – merujuk kepada identifikasi kebudayaan, amalan, kebiasaan dan apa yang membentuk budaya (kerana budaya adalah pembentuk corak hidup manusia).

2. Peranan migrasi dalam pembentukan identiti budaya komuniti – merujuk kepada kepentingan dan pengaruh migrasi kepada pembentukan budaya, kebiasaan dan amalan masyarakat di kawasan kajian. Bagaimana sosialisasi migran dengan penduduk tempatan membentuk satu identiti kaum. Mungkin juga perangkaan pendudukan mengikut tren mobiliti penduduk.

3. Pengaruh unsur persekitaran [fizikal dan manusia] terhadap pembangunan sosial khusunya pendidikan [formal dan tidak formal] di kawasan kajian – merujuk kepada bagaimana unsur fizikal seperti cuaca, iklim, bencana, tumbuhan dan haiwan, bentuk muka bumi; serta unsur manusia seperti budaya, bahasa, kepercayaan dan seumpamanya mempengaruhi tahap pendidikan formal dan tidak formal penduduk di kawasan kajian.

4. Penjanaan sumber manusia dalam pembangunan kawasan kajian – merujuk kepada bagaimana manusia sebagai menggerakkan pembangunan pelancongan dan perladangan. Siapa tenaga kerja dan semua yang berkaitan dengan sumber manusia.

5. Aktiviti komuniti berdasarkan tren iklim mikro – pemilihan aktiviti berdasarkan ciri-ciri iklim tempatan dan sinoptik. Contohnya perubahan aktiviti sosial dan ekonomi mengikut musim [kering dan basah] dan sebagainya yang berkaitan.

6. Transformasi sosial melalui media – Peranan media dalam membentuk identiti sosial atau unsur sosial; mungkin juga kesan media kepada sosial penduduk atau pembangunan di kawasan kajian.

7.  Sumber dan penggunaan air – sumber air, bagaimana air digunakan dan pengurusannya.

8. Pemanfaatan sumber semulajadi oleh komuniti tanah bencah – penggunaan sumber semulajadi untuk kegunaan pelbagai aktiviti.

9. Pengaruh persekitaran tumbuhan tanah bencah terhadap budaya perubatan tradisi komuniti tempatan- bagaimana manusia memanfaatkan persekitaran sebagai ubat tradisional [mungkin berkait dengan 7].

10. Isu pengurusan tanah di kawasan kajian – Pengurusan tanah, pemilikan dll.

11. Pemetaan dan analisis gunatanah kawasan kajian – klasifikasi dan ciri-ciri guna tanah.


BAGI MAKLUMAN SEMUA, DATIN SANGAT TERTARIK DAN GEMBIRA DENGAN TEMA KAJIAN INI DAN BERHARAP IA DAPAT DILAKSANAKAN.

2. PERKARA PENTING BBEC 2:

BBEC II ADALAH PROJEK PENYELIDIKAN IAITU SAMBUNGAN BBEC I YANG SANGAT ASAS DAN TERHAD. DOKUMENTASI HASIL KAJIAN BBEC I ADA PADA IBTP DAN BOLEH DIRUJUK SEKIRANYA PERLU.

FOKUS UTAMA KAJIAN BBEC 2:

– INTERGRATED WATER MANAGEMENT KINABATANGAN

– RAMSAR [WETLAND] SITE

– CONSERVATION FRAME WORK AND COUNCIL MANAGEMENT

– COMMUNITY USE ZONE

– TOURISM POLICY

– ANYTHING ABOUT HUMAN AND ENVIRONMENT

– [APA SAHAJA TEMA BERKAITAN]

JANGKA MASA BBEC II INI IALAH 5 TAHUN [2007-20012]

KAWASAN KAJIAN: 1. KINABATANGAN

2. BANJARAN CROCKER [KIMANIS HINGGA TENOM]

[KEDUA-DUA KAWASAN PERLU DIJALANKAN PENYELIDIKAN…JADI MUNGKIN SSS GUNA TEMA YANG SAMA TAPI TEAM BERLAINAN…PERLU DIFIKIRKAN]

DANA PENYELIDIKAN : TIDAK DISEDIAKAN OLEH JICA [Japanese International Cooperation Agency], NAMUN AKAN DIPOHON MELALUI SATU KERTAS KERJA GABUNGAN SEMUA TEMA. MAKNANYA DANA AKAN DICARI OLEH IBTP, TAPI KITA SEDIAKAN PROPOSAL YANG AKAN SAYA LAMPIRKAN DALAM EMEL FORMATNYA.

PIHAK JICA HANYA AKAN MENYEDIAKAN PERALATAN KAJIAN, LATIHAN DAN KURSUS OPERASI

3. PROPOSAL

PROPOSAL HENDAKLAH DISERAHKAN PADA NOVEMBER [JIKA BOLEH SEBAB MEETING AKAN DATANG IALAH 6/11/2007-FORMAT ADALAH SPT PROPOSAL FUNDEMENTAL]

5 Responses to Diskusi: Penyelidikan BBEC

  1. James Wong says:

    hi Jurry,

    Bolehkah saya tahu apakah peranan SSS dalam BBEC Two? Ini kerana saya bekerja rapat dengan Taman-Taman Sabah dan berkemungkinan akan berhadapan dengan BBEC punya orang.

    Thanks for your kind information.

    Happy Raya.

    Regards,
    James

  2. Jurry says:

    James….apa khabar….bagi saya emel ko dan saya akan bagi detail tantang BBEC 2. Since you are our SSS master student, I think you boleh juga joint penyelidikan ini melalui penyelia you….

  3. R.Dambul says:

    Jurry, ini email si James: kirabas at gmail.com (at = @). Sengaja tidak tulis alamat penuh sebab takut nanti email dia kena serang spam.

    Dalam komen dia tu, si James ada tinggalkan alamat email, tapi hanya moderator saja yang boleh akses email yang ditinggalkan.

    Jurry, nanti boleh buat ka buat satu perjumpaan dengan semua ketua program dan para pensyarah yang berminat dengan projek penyelidikan ini? Kalau perlu, saya boleh buat panggilan tersebut. Cuma… inform pada saya dari segi masa dan tarikh. Agenda — untuk memberi taklimat (plus diskusi) dengan lebih lanjut tentang BBEC. Lepas exam adalah masa yang sesuai.

  4. jurry says:

    Ok juga, memang mau buat perjumpaan tu, tapi tidak tahu pyula masa yang sesuai bila. Sekarang adalah time sibuk semua orang jaga exam, marking paper and so on
    Tapi pihak IBTP mahu proposal secepat mungkin. Dilema saya.
    Tapi Hari ini ada meeting. Kalu boleh saya minta sedikit masa lagi untuk kita buat perjumpaan BBEC ini. Saya kira minggu depan saya mahu buat satu perjumpaan mengenai BBEC 2 ini. NAnti saya inform balik. OK kah dalam musin exam ni? Apa pendapat Dr?

  5. R.Dambul says:

    OK. Seperti yang telah kita bincang, perjumpaan boleh dibuat pada hari Isnin. Pagi atau tengahari sikit.

    Boleh email semua tenaga akademik dan maklumkan tentang perjumpaan tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: