Info semasa dari Pusat Penyelidikan & Inovasi

Permohonan Geran Penyelidikan (FRGS & Sciencefund)
• Semua permohonan mesti ada ‘back-up’ penyelidik/ketua penyelidik (i.e. sebagai langkah berjaga-jaga dalam kes kakitangan melanjut pelajaran, berhenti, bersara, tamat kontrak, etc)
• Pensyarah yang sedang cuti belajar tidak boleh memohon geran penyelidikan (KECUALI dalam kes di mana geran yang dipohon adalah untuk membiayai penyelidikan Sarjana/PhD)

Laporan Kemajuan FRGS
• Laporan kemajuan penyelidikan FRGS mestilah dihantar ke PPI (melalui JK Penyelidikan Sekolah) sebelum/pada 15 Januari 2008. Laporan tersebut mestilah memuatkan semua aktiviti/perbelanjaan/kemajuan sehingga 31 Disember 2007.
• Sekiranya perlukan bantuan peruntukan tambahan, sila kemukakan permohonan bila-bila masa (berikan justifikasi dan pastikan permohonan tersebut melalui JK Penyelidikan Sekolah).


Persidangan Tahun 2007 & 2008
• Peruntukan untuk menghadiri persidangan tahun 2007 telah habis digunakan. Peluang untuk mempertimbangkan permohonan bagi tahun 2007 sudah terlalu tipis (melainkan menggunakan perbelanjaan sendiri).
• Semua pensyarah diminta membuat perancangan untuk kehadiran ke persidangan bagi tahun 2008 (diserahkan sebelum 15 Disember 2007 kepada TD P & I). Sila rujuk menu sisi Conference Alert dan Conference Event untuk membantu Tuan-Puan membuat perancangan.

Penyeliaan Pelajar Pascasiswazah
• Pensyarah yang sedang cuti belajar tidak boleh menyelia pelajar pascasiswazah
• Pensyarah tanpa PhD boleh menyelia pelajar Sarjana dalam bentuk secara panel (lebih daripada seorang)

Penolakan Permohonan Geran Penyelidikan
• Bagi FRGS, antara sebab penolakan:
– Metodologi tidak jelas
– Belanjawan tidak tepat
– Penyelidikan tidak bersifat ‘asas’ (fundamental)
• Permohonan yang telah ditolak masih boleh diperbaiki. Untuk keterangan lanjut, sila berjumpa dengan panel penilai di peringkat UMS. Proposal FRGS yang sudah diperbaiki boleh dikemukakan semula sama ada kepada FRGS atau Sciencefund (bagi kes yang ditolak kerana ia bersifat ‘gunaan’ dan bukan ‘sains asas’).

Autonomi Penilaian Geran Penyelidikan
• Mulai tahun 2008, Sekolah akan diberi kuasa autonomi untuk membuat penilaian bagi permohonan penyelidikan. PPI hanya akan memperakukan permohonan yang telah diluluskan oleh Sekolah dan akan terus dihantar kepada KPT (FRGS) atau MOSTI (Sciencefund).
• Prof. Dr. Sabihah Osman, Prof. Madya Dr. Jacqueline Pugh-Kitingan dan Dr. Ismail Ali adalah ahli JK Penilai Proposal Penyelidikan SSS.

One Response to Info semasa dari Pusat Penyelidikan & Inovasi

  1. […] Minit penuh mesyuarat terbaru bagi JK Penyelidikan dan Inovasi (Peringkat UMS) boleh dibaca di fail khas Timbalan Dekan P & I (ruang santai pejabat am). Rumusan perkara penting bagi minit tersebut boleh dirujuk di sini. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: