Selamat Datang: Staf Baru

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
En. Fauzie Sarjono

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
En. Azizan Morshidi

Setelah sekian lama menunggu, Program Hubungan Industri akhirnya didatangi dua ahli baru secara rasmi pada 1 November 2007. Kehadiran dua tutor program ini menambah bilangan tenaga akademik Program Hubungan Industri kepada sembilan orang (termasuk dua ahli yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PhD, Pn. Dzurizah dan Pn. Salmie).

En. Fauzie merupakan anak jati Sabah, berkelulusan Sarjana Ekonomi (UMS) dan tidak asing kepada Sekolah Sains Sosial. Sebelum ini, beliau sudah berpengalaman menjadi pengajar sambilan dan pembantu penyelidik di SSS.

En. Azizan pula anak kelahiran Sarawak. Pernah bertugas di UNIMAS sebelum beralih ke sektor swasta selama beberapa tahun. Beliau, juga berkelulusan Sarjana, kini mendapat satu peluang untuk meneruskan semula kerjaya akademik di tempat baru — Universiti Malaysia Sabah.

Sekolah Sains Sosial mengucapkan selamat datang (serta selamat bersosial di SSS!). Buletin de’ SinggahSini berharap kehadiran mereka akan menambahkan kekuatan SSS, bukan saja dari segi kuantiti, tetapi juga kualiti.

Semoga sentiasa maju jaya.

12 Responses to Selamat Datang: Staf Baru

  1. Paul Porodong says:

    Selamat datang ke SSS? Fauzie ni macam kenal dan pernah jumpa ni…di mana ya?

  2. Latif says:

    welcome, always expect the unexpected, sss small in size big in everything…:)

  3. Zue says:

    Selamat datang kepada warga baru SSS En. Fauzi & En . Azizan. Semoga tambah menceriakan lagi tone warna SSS yang sedia ada🙂

  4. jurry says:

    Tahniah! Selamat bekerja sama….

  5. Muhadir A says:

    Congratulation! let’s go and keep going. welcome to the world of industrial relations.

  6. Fauzie Says: says:

    Terima kasih di atas “ucap selamat”atas kehadiran kami berdua…semoga kita boleh berkerjasama dalam membangunkan akademik SSS..

  7. scholastica says:

    welcome abroad… fauzi and azizan

  8. R.Dambul says:

    “SSS small in size, big in everything” — Wow, I like this one. It can easily be the catchphrase of the year! Untuk SSS tercinta.🙂

    I guess, it doesn’t hurt to be big in everything. As long as we’re willing to put (proportionally) ‘big’ effort to carry those big things around. With ease and grace.

  9. Azizan says:

    Terima kasih di atas semua dan ya…semoga kita semua dapat bekerjasama ke arah kecemerlangan sss-ums. tqvm.

  10. Dr Bala says:

    Dear Sdr Fauzie and Sdr Azizan,

    Sekian lama Program Hubungan Industri menunggu kedatangan sarjana baru. Kedatangan sdr berdua akan meriahkan lagi suasana SSS amnya dan Program Hubungan industri khasnya. Lets work hard to put IR in the world map.

    Rgds,
    Dr Bala

  11. minah says:

    en fauzi rock la….
    good in lecturing….

  12. loyar buruk says:

    selamat datang encik azizan, jgn lupak kamek di kuching.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: