Khidmat Komuniti Program Geografi

Universiti Malaysia Sabah: universiti rakyat. Inilah manifesto teras yang menjadi asas kelahiran UMS. Ia menuntut pengisian, bukan sekadar kefahaman.

Apa arahtuju? Untuk meningkatkan akses dan ekuiti, dalam konteks komuniti tempatan Sabah. Bagaimana pelan tindakan? Salah satu cara, menerusi aktiviti yang dapat menjalin hubungan di antara komuniti kampus dan masyarakat luar. Bukan saja diterapkan dalam ko-kurikulum, bahkan juga menerusi kurikulum akademik. Secara tegar, secara berterusan.

[rockyou id=90903411&w=450&h=350]

Inilah semangat yang didokong oleh Sekolah Sains Sosial dengan cara mengintegrasikan projek khidmat komuniti ke dalam kursus-kursus yang ditawarkan. Selain untuk menyediakan ruang akses kepada universiti (seterusnya menggalakkan peningkatan ekuiti pribumi Sabah); projek khidmat komuniti juga bertujuan menerapkan kemahiran insaniah dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini dicapai menerusi pendedahan aspek kepimpinan dan pengurusan, latihan komunikasi, sinergi oragnisasi secara kolektif, serta pengukuhan nilai-nilai tanggungjawab sosial.

Program Geografi (SSS) melalui kursus Pengurusan Ekosistem & Persekitaran; serta kursus Klimatologi — telah menjalankan dua projek Khidmat Komuniti secara berasingan pada 12 dan 13 November 2007.

Photo

Photo

Photo

Acara Sukaneka

YB Datuk Karim Hj Bujang

Pertandingan Lukisan

Khidmat Komuniti Mesra Alam
Tema: Alam Sekitar Tanggungjawab Kita Bersama
Anjuran Bersama: Kursus Pengurusan Ekosistem & Persekitaran, Jabatan Alam Sekitar Sabah dan Hotel Shangri-la’s Tanjung Aru
Tarikh: 12 November 2007 (Isnin)
Klik sini dan klik sini untuk laporan dalam Sabah Times Online

Photo

Photo

Photo

Bermain Warna

Menuai Budi

Hijaukan Bumi

Khidmat Komuniti Kesedaran Pemanasan Global
Tema:  3R: Reduce, Reuse, Recycle
Anjuran Bersama: Kursus Klimatologi dan SK Mutiara Kota Kinabalu
Tarikh: 13 November 2007 (Selasa)

8 Responses to Khidmat Komuniti Program Geografi

  1. jurry says:

    Tahniah Dr. Satu langkah baik dan perlu diaplikasikan oleh semua saintis sosial.

  2. Marja says:

    Setinggi-tinggi tahniah untuk program Geografi!

  3. Mussimar Berto, MRSMKK says:

    Tahniah Dr. Ramzah :- )… Program Geografi tetap di hati saya….

  4. R. Dambul says:

    Mussimar, buatlah program lawatan ke UMS. Lawat makmal GIS Program Geografi. Jangan simpan di hati saja. Kaki pun mesti datang jalan sini juga.🙂

    PS: Mussimar Berto adalah Pelajar SSS 1998/2000 (satu batch dengan Jurry Foo).

  5. jurry foo says:

    Mussimar…nanti kita buat program pelajar MRSM dan Kelan Geo UMS…kita kasi tengok dorang apa ada di SSS UMS….

  6. Salam…
    Dr. Ramzah, Jurry n pensyarah di Program Geografi SSS….Insyaallah saya dalam perancangan nak bawa student MRSM melawat SSS esp Makmal Geografi SSS….

  7. Rem says:

    Mussimar,
    Ya.. sila. Dialu-alukan selalu. Pada bila-bila masa.

  8. Salam di bawah bayu…
    Esp pensyarah2 Geografi…
    Saya handle program Hari Bumi Sedunia peringkat MRSM Kota Kinabalu & MARA yg akan di adakan pd 22hb April ni..Saya mengalu2kan cadangan dari semua berkenaan dgn pengisian program trsbut.TQ…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: