Debat Diraja 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Pasukan Debat Diraja (BM) Jumriati, Jass & Fairuz

Pertandingan debat paling prestij di Malaysia (Debat Diraja) sedang berlangsung di UiTM Shah Alam daripada 22 hingga 29 November 2007. Acara Debat terbesar Malaysia ini disertai 18 universiti awam dan menampilkan 54 pasukan. Kontijen UMS turut diwakili oleh tiga orang pelajar Sekolah Sains Sosial, iaitu: Fairuz (Komunikasi, Tahun 3), Jass Adzlizan (Hubungan Industri, Tahun 2) dan Jumriati (Geografi, Tahun 2). Fairuz mewakili kategori utama (senior); manakala Jass dan Jumriati mewakili kategori muda (junior).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

    Jumriati (Geografi)    Aksi Suku-Akhir     Jass (Hub. Industri)

Selepas tamat pusingan kelayakan, pasukan UMS Kategori Utama hanya menduduki tangga ke-9 dan gagal memasuki peringkat suku-akhir. Bagaimanapun, pasukan UMS Kategori Muda (yang diwakili dua pelajar SSS) berjaya menjadi antara lapan pasukan terbaik tetapi tewas pada peringkat suku-akhir kepada UKM, yang muncul sebagai johan pertandingan.

Senarai di bawah menggalurkan sejarah pencapaian UMS dalam arena debat di peringkat negeri, kebangsaan dan regional sejak tahun 1998 hingga kini.

Penglibatan pelajar SSS sangat menonjol sekitar tahun 1998 hingga awal tahun 2001. Bagaimanapun, ia mula menurun secara drastik sejak enam tahun kebelakangan. Barangkali keadaan ini akan berubah setelah Sekolah Sains Sosial muncul sebagai SPIU pertama di UMS yang memperkenalkan Debat Piala Dekan berbentuk inter-program; di samping menganjurkan Debat Alam Sekitar Antara IPT Sabah (yang disokong penuh oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri, DBP dan Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri). Kedua-dua usaha ini mula dijalankan pada tahun 2007.

Peringkat Negeri
1998 – Johan Debat IPT Sabah
  Asriyah (HI), Abdullah Ali (Geografi), Mohd Shukri (ANSOS)
2000 – Johan Debat IPT Sabah
  Asriyah (HI), Mohd Shukri (ANSOS)
2001 – Johan Debat IPT Sabah *
2002 – Johan Debat IPT Sabah
  Norhayati Ag Besar (Komunikasi)
2003 – Johan Debat IPT Sabah *
2005 – Johan Debat IPT Sabah *
2007 – Naib Johan Debat Alam IPT Sabah
   Fairuz (Komunikasi)


Peringkat Nasional (Antara IPT Malaysia)

1999 – Johan Debat Alam Sekitar
  Asriyah (HI), Abdullah Ali (Geografi), Mohd Shukri (ANSOS)
2003 – Johan Debat Diraja *
2004 – Johan Debat Diraja *
2005 – Johan Debat Kemerdekaan *
2006 – Johan Debat Institut Kefahaman Islam *

Peringkat Regional
2000 – Naib Johan Debat Antara Universiti ASEAN
  Asriyah (HI), Abdullah Ali (Geografi), Mohd Shukri (ANSOS), Jurry (Geografi)

* Tiada wakil pelajar SSS dalam pasukan yang menang

Ikon-Ikon Debat Sekolah Sains Sosial
1998 – Abdullah Ali (Geografi): Pendebat Terbaik Debat IPT Sabah
1999 – Mohd Shukri Arif (ANSOS): Pendebat Terbaik Debat Alam Sekitar IPT Malaysia
2000 – Asriyah Abd Hafid (HI): Pendebat Terbaik Debat Antara Universiti ASEAN & Pendebat Terbaik Debat IPT Sabah
2007 – Fairuz (Komunikasi): Pendebat Terbaik Keseluruhan Debat Kepenggunaan Antara IPT Malaysia

9 Responses to Debat Diraja 2007

  1. jurry foo says:

    Tahniah

    apapun…yang penting mereka telah berusaha…
    BTW good luck junior

  2. Paul Porodong says:

    Saya tidak suka kalah. Tapi saya lagi tak suka mereka yang tak mahu menghasilkan yang terbaik. Tapi kalau kalah tapi telah mencuba yang terbaik, andalah JUARA!

  3. intan says:

    apa-apa pun tahniah buat pasukan debat…cakap berlapis utk sedapkan hati…kalah atau menang adat pertandingan..tp at least saya tahu mereka telah berusaha…tahniah…

  4. Rem says:

    Untuk kategori Pendebat Terbaik Keseluruhan, kita ada dua orang pendebat yang termasuk dalam Top 10 (daripada 216 pendebat).

    Fairuz (SSS, Komunikasi) berada di tangga ke-8
    Qairul (SPE) berada di tangga ke-5

    Tapi untuk Fairuz, ini boleh dikatakan satu penurunan. Dalam Debat IPT Malaysia Kepenggunaan di Bangi pada bulan Julai yang lalu, Fairuz muncul sebagai Pendebat Terbaik Keseluruhan (daripada 22 universiti yang bertanding, dan setiap pasukan ada 4 orang).

    Masalah utama UMS, tiada pelapis yang boleh diharap sangat.🙂 Yang menonjol itu semua pelajar tahun akhir…😦

  5. latif says:

    semoga usaha dr.ramzah menghidupkan debat diperingkat sss akan dapat melahirkan lebih ramai pelapis pendebat utk UMS kembali mencapai kegemilangan…sedih juga, a few years ago we manage to be on par with UIAM, UMS adalah pasukan yang mesti dikalahkan dalam mana-mana pertandingan kenapa sekarang sudah merundum? sekadar melihat dari jauh….,

  6. Paloma says:

    tapi Dr..kenapa la tiada apa2 aktiviti untuk pelajar PPLK? kami ni pun pelajar UMS juga..langsung tiada pendedahan untuk kami pun..mungkin boleh diadakan debat antara pelajar full time dengan pelajar PPLK..mesti menarik punya..

  7. Rem says:

    Tiada pendedahan? Kan sudah diberi peluang buat macam-macam. Tapi pelajar PPLK saja yang tidak mau buat…🙂

    Suruh datang tengok debat pun malas-malas.🙂 Apa lagi kalau disuruh berdebat!

  8. fikri says:

    a’kum, ader tak orang kenal faiz a.k.a za’ba?

  9. […] Kejohanan debat kali ini akan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa (Gombak) pada 29 November hingga 3 Disember 2008. Kali ini, seramai empat orang pelajar Sekolah Sains Sosial turut menggalas cabaran UMS. Dua orang pensyarah sekolah, En. Latif Lai dan Dr. Ramzah Dambul akan turut mewakili UMS sebagai hakim pertandingan. Kontijen berharap untuk sekurang-kurangnya memperbaiki pencapaian UMS dalam Debat Diraja 2007. […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: