gEgAr UmS! GeGaR saBaH! geGAR borNEO!

December 26, 2007

Buat pertama kali di Borneo Utara, Sekolah Sains Sosial (UMS) dengan megah membawakan:

Festival Filem & Video Pelajar Malaysia

……yang akan berlangsung daripada 29 Disember 2007 hingga 6 Januari 2008. Pengisian menarik termasuklah bengkel FINAS, tayangan dan diskusi filem, pameran serta ujibakat filem (oleh FINAS). Acara kemuncak Malam Anugerah akan diadakan di Dewan Canselor bermula jam 7.30pm pada 6 Januari 2008.

Selebriti dan karyawan tersohor tanahair akan menggegarkan UMS sepanjang minggu festival. Siapakah mereka? That is for everyone to find out. 🙂 But here are some obvious clues:

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tayangan perdana sebuah filem istimewa juga sudah diaturkan sempena festival ini. Sebuah filem yang wajib ditonton dan anda pasti teruja!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Persiapan Jawatankuasa Pengelola sedang meniti hari-hari terakhir. Ia adalah gandingan tenaga pelbagai pihak: kakitangan akademik, staf sokongan, pelajar pascasiswazah dan prasiswazah.

Semua warga universiti khususnya, dan warga Sabah umumnya: anda dialu-alu untuk sama-sama memeriahkan festival yang julung-julung kali berlangsung di Sabah ini.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
En. Saat & TNC HEP

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Mesyuarat JK Induk pada 17 Disember 2007

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 088-320000 ext 1811/1820/1778.

Advertisements

Ke Arah Pengantarabangsaan

December 25, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Mesyuarat Sekolah Sains Sosial bil 3/2007 diadakan pada petang 17 Disember 2007. Menerusi portfolio penyelidikan dan inovasi, mesyuarat kali ini telah menerima cadangan penubuhan Jawatankuasa Pengantarabangsaan di peringkat sekolah yang akan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid-Cooke.

Jawatankuasa ini berfungsi untuk membantu SSS meningkatkan aktiviti yang boleh mempromosikan proses pengantarabangsaan (sebagaimana yang termaktub dalam salah satu teras Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara). Antaranya:

  • Mencari biaya fellowship dan geran penyelidikan luar (i.e. UNESCO, British Council, etc)
  • Menjalin kolaborasi dengan institusi luar negara dalam bentuk:
    – Penerbitan
    – Penyelidikan
    – Penganjuran persidangan/seminar
    – Kongsi kepakaran (penyeliaan, pembentukan kurikulum)
  • Menyusun program pertukaran pelajar dan lawatan luar negara

Sejajar dengan itu, Sekolah Sains Sosial telah merintis beberapa langkah awal ke arah pengantarabangsaan dengan program-program berikut:
Read the rest of this entry »


Salam dari Australia

December 24, 2007

Dari kejauhan di benua Australia, sdra. Gaim Lunkapis menitip salam perayaan (Qurban, Natal & Tahun Baru). Sebagai halwa mata dan telinga, beliau mencadangkan link ini. Klip menarik tentang GIS, dalam bentuk nyanyian ala komedi. 🙂

GIS Day 2007

Mademoiselles and Monsieurs, it is with deepest pride
and greatest pleasure that we welcome you today
And now we invite you to relax, let us pull up some
chairs as the city staff proudly presents –
your maps
G – I – Yes! G – I – Yes!

Read the rest of this entry »


Salam Idul Adha

December 20, 2007

Sila klik untuk menonton videografi!

Selalu saja kita mengira
tentang sumbangan siapa
yang lebih bermakna.

Kita berduka setiap hari
mengenang peranan diri
yang tak pernah jarang dihargai.

Setiap kali menghitung begitu
kita sebetulnya sengaja
melukakan diri sendiri.
Perlukah?

Mari hargai nikmat tuhan
kerana kita masih diberi kudrat
dapat terus memberi dan menyumbang.

Kita syukuri
keupayaan untuk memberi,
bukan menanti
diberi dan dihargai.

Untuk sekali ini
kita lupakan tentang penghargaan
kita hayati makna pengorbanan.

Salam Idul Adha,

buat semua.

.
Read the rest of this entry »


D’Arts cipta sejarah!

December 17, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

D’Arts (gugusan sastera) mencipta sejarah dalam temasya Sukan Antara Staf UMS kali ke-8 apabila muncul Naib Johan keseluruhan dengan pungutan 74 mata. Admin United (pentadbiran) mengekalkan kejuaraan dengan 115 mata. Manakala pasukan Esteem (gugusan sains) dan Beach Campus (Kampus cawangan Labuan) masing-masing mendapat 67 dan 62 mata untuk menduduki tempat ke-3 dan ke-4 keseluruhan.

D’Arts mendapat tiga pingat emas (pool, badminton veteran dan tenis), tujuh perak dan empat gangsa. Untuk keputusan lengkap bagi semua acara, sila klik sini.

Klik untuk melihat ‘wajah-wajah’ D’Arts sepanjang Sukan Staf 2007
(Kredit foto/video: Stanley, Gary & Rem)


* * *

Antara wakil-wakil Sekolah Sains Sosial yang turut menganggotai kontijen sukan D’Arts termasuklah Dr. Asmady Idris (Dekan), En. Mustapa Abd Talip (Ketua Program Geografi) dan En. Fazli Abd Hamid (Ketua Program Hubungan Industri).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dr. Asmady (Badminton)

En. Mustapa (Boling/Golf)

En. Fazli (Bola Tampar)

Pn. Zuraini Hamdin (Penolong Pendaftar) mengambil peranan sebagai penyelaras pasukan Bola Tampar (Wanita) yang merangkul pingat perak. Dalam acara Badminton Veteran, Dr. Kntayya Mariappan (pensyarah Program Sosiologi & Antropologi) mengekalkan rekod bersih dengan memenangi ketiga-tiga perlawanan dalam acara bergu untuk membantu D’Arts mengutip pingat emas.

Notakaki: Untuk paparan videografi dan ‘downloadable photos’, sila klik sini!


Tahniah, Perunding EIA!

December 13, 2007

Sebanyak 111 permohonan telah dikemukakan untuk menjadi perunding profesional alam sekitar di bawah naungan Jabatan Alam Sekitar Malaysia bagi pengambilan batch ke-4 (Nov 2007), dan 54 calon telah diterima. Tahniah diucapkan kepada tiga ahli akademik Sekolah Sains Sosial yang turut berjaya dalam saringan tersebut (klik sini), iaitu:

En. Paul Porodong
Subjek Kepakaran: Social Studies

Cik Dayang Suria Hj Mulia
Subjek Kepakaran: Social Studies

Dr. Ramzah Dambul
Subjek Kepakaran: Climate (Synoptic & Local), Atmospheric Pollution

Read the rest of this entry »


Web Pilihan Minggu Ini

December 12, 2007

Ini adalah ruangan baru — “Web Pilihan Minggu Ini“.

Ruangan ini menampilkan hompej atau laman web spesifik yang ingin dikongsi oleh mana-mana warga SSS (sama ada staf atau pelajar). Laman-laman yang dicadangkan tidak semestinya berciri akademik. Sebarang konsep web boleh diterima asalkan ia satu perkongsian bijak untuk semua warga SSS. Tidak kira sama ada manfaat dalam bentuk ilmu, wacana, hiburan, jenaka atau informasi umum. Anda ada cadangan? Sila email — rdambul @  gmail . com

Web Pilihan Mingguan Ini (Disember 2007)
Dicadangkan oleh Rem

Fun Trivia & Quizzes for Social Sciences
Laman ini menampilkan soalan-soalan kuiz berkaitan dengan pelbagai bidang dan sub-disiplin Sains Sosial.

Ulasan Pencadang: Laman ini sangat interaktif dan informatif. Saya telah mencuba dua set kuiz, iaitu Kuiz Teori Hubungan Antarabangsa (klik sini) dan Kuiz Asas Sains Sosial (klik sini). Bagi yang pertama itu, saya mendapat skor 4/10 (40%) dan yang kedua, 7/10 (70%). Ada sesiapa yang mahu memecah rekod? 🙂