Informasi Rencam

Sukan antara staf UMS berlangsung daripada 8 hingga 16 Disember 2007. Sekolah Sains Sosial merupakan sebahagian daripada kontijen D’Arts. Untuk menghubungi wakil-wakil penyertaan sukan D’Arts, sila klik sini. Jadual penuh sukan pula boleh dilihat di sini.

Beberapa info terbaru tentang persidangan dan tawaran geran penyelidikan/fellowship boleh dibaca di notice-board dan fail khas Timbalan Dekan (P & I) di kawasan ruang santai pejabat am. Antara yang terbaru:

  • Program penyelidikan bersama National Institutes for the Humanities (Jepun) dalam Pengajian Islam — sila klik sini.

  • International Conference on Communication and Media 2008 — sila klik sini.

  • PMI2 Connect: Research Cooperation Awards 2008-2010 (ditawarkan oleh British Council) — sila klik sini.

  • Borneo Research Council Biennial Conference 2008. Sila klik sini untuk informasi lanjut. Borang penyertaan boleh diperolehi di sini (doc format — untuk kiriman secara email) atau di sini (pdf format — untuk cetakan hard-copy). 

Minit penuh mesyuarat terbaru bagi JK Penyelidikan dan Inovasi (Peringkat UMS) boleh dibaca di fail khas Timbalan Dekan P & I (ruang santai pejabat am). Rumusan perkara penting bagi minit tersebut boleh dirujuk di sini.

Para kakitangan akademik juga diminta untuk menyemak beberapa perkara yang harus dilakukan dalam tempoh terdekat:

  • Mengisi borang laporan kemajuan bagi pelajar-pelajar pascasiswazah bawah seliaan masing-masing. Dapatkan borang di rak 42.

  • Menyediakan jadual tentatif rancangan perjalanan (ke persidangan luar dan dalam negara) bagi tahun 2008. Maklumat ini perlu diberi segera kepada Timbalan Dekan P & I (sebaik-baiknya melalui Ketua Program). Bagi format borang, sila klik sini.

UMS akan menganjurkan bengkel tentang global warming (pemanasan global) dan climate change (perubahan iklim), iaitu antara dua fokus penyelidikan yang dikenalpasti oleh UNESCO sebagai paling kritikal pada dekad ini. Sila klik sini untuk bengkel global warming (18 Disember) dan klik sini untuk climate change (19 Disember).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: