Tahniah, Perunding EIA!

Sebanyak 111 permohonan telah dikemukakan untuk menjadi perunding profesional alam sekitar di bawah naungan Jabatan Alam Sekitar Malaysia bagi pengambilan batch ke-4 (Nov 2007), dan 54 calon telah diterima. Tahniah diucapkan kepada tiga ahli akademik Sekolah Sains Sosial yang turut berjaya dalam saringan tersebut (klik sini), iaitu:

En. Paul Porodong
Subjek Kepakaran: Social Studies

Cik Dayang Suria Hj Mulia
Subjek Kepakaran: Social Studies

Dr. Ramzah Dambul
Subjek Kepakaran: Climate (Synoptic & Local), Atmospheric Pollution

Tiga lagi penyelidik UMS yang turut berjaya dalam permohonan kali ini adalah: Prof. Dr. Sanudin Tahir (Geological Studies), Prof. Madya Dr. Baba Musta (Environmental Geotechnics, Soil Geochemistry) dan Dr. Saifullah Arifin Jaaman @ Sharman (Marine Mammal Studies).

Pihak SSS ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Prof. Madya Hasan Mat Nor kerana telah memberi bimbingan dan galakan kepada ketiga-tiga pemohon dari Sekolah Sains Sosial. Keanggotaan secara rasmi dalam badan perunding profesional EIA membolehkan tenaga akademik universiti terlibat dalam penyelidikan yang dapat mengorientasikan polisi dan arahtuju pembangunan negara. Penyelidikan berasaskan ‘perundingan’ juga boleh meningkatkan kemahiran empirik dan daya taakul –- keupayaan untuk meletakkan nilai kajian akademik kepada konteks realiti semasa.

Sekolah Sains Sosial menggalakkan semua ahli akademik supaya memohon untuk menganggotai badan perunding EIA. Rujuk sini untuk maklumat lanjut. Ia terbuka kepada semua bidang kepakaran bersifat sains tabii mahupun sains kemanusiaan.

2 Responses to Tahniah, Perunding EIA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: