Ke Arah Pengantarabangsaan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Mesyuarat Sekolah Sains Sosial bil 3/2007 diadakan pada petang 17 Disember 2007. Menerusi portfolio penyelidikan dan inovasi, mesyuarat kali ini telah menerima cadangan penubuhan Jawatankuasa Pengantarabangsaan di peringkat sekolah yang akan diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fadzilah Majid-Cooke.

Jawatankuasa ini berfungsi untuk membantu SSS meningkatkan aktiviti yang boleh mempromosikan proses pengantarabangsaan (sebagaimana yang termaktub dalam salah satu teras Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara). Antaranya:

  • Mencari biaya fellowship dan geran penyelidikan luar (i.e. UNESCO, British Council, etc)
  • Menjalin kolaborasi dengan institusi luar negara dalam bentuk:
    – Penerbitan
    – Penyelidikan
    – Penganjuran persidangan/seminar
    – Kongsi kepakaran (penyeliaan, pembentukan kurikulum)
  • Menyusun program pertukaran pelajar dan lawatan luar negara

Sejajar dengan itu, Sekolah Sains Sosial telah merintis beberapa langkah awal ke arah pengantarabangsaan dengan program-program berikut:

Program Key Person Status

Kolaborasi antarabangsa ‘OP3 Danum Project: Aerosol Climate Coupling’ bersama University of Manchester

Ramzah Dambul (Dr.)

Sedang maju

Memorandum persefahaman penerbitan jurnal bersama Universiti Pendidikan Indonesia

Ismail Ali (Dr.)

Sedang maju

International Workshop on Cultural Diversity bersama Tokyo University

Jalihah Md. Shah

Sedang maju

Lawatan siswa/i HA sambil belajar (ke Switzerland)

Program Hubungan Antarabangsa

Sudah dalam perancangan

Lawatan kakitangan akademik dan pentadbiran ke MacQuarie University (berkongsi metod penggubalan kurikulum merentas disiplin)

Sekolah Sains Sosial

Sudah dalam perancangan

Kolaborasi antarabangsa penyelidikan impak industri perhutanan terhadap sosio-ekonomi Borneo bersama Montreal University (Kanada)

Fadzilah Majid-Cooke (Prof. Madya Dr.)

Dalam proses rundingan

Eksplorasi Australia (Siri Jelajah Sosio-budaya)

Program ANSOS & Geografi

Dalam proses rundingan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: