Koridor Pembangunan Sabah

January 30, 2008

Ia dilancarkan betul-betul pada ‘detik dan situasi’ yang boleh mencetuskan pelbagai spekulasi. Justeru, (seperti yang dijangka) ia mengundang perbahasan yang sangat hangat di mana-mana. Adakah ia benar-benar satu agenda sosio-ekonomi semantap siri-siri Rancangan Malaysia? Atau hanya satu retorik pembangunan? Bahkan, ada yang menghujahkan bahawa ia hanya satu provokasi politik, sebab itu ia dilancarkan sejurus sebelum pembubaran parlimen. Sekadar satu umpan pilihanraya, begitu?

Itu semua adalah persoalan-persoalan subjektif, yang barangkali sukar untuk menemukan sebarang jawapan pasti. Kerana ia dibauri motif dan sentimen politik.

Bagi komuniti akademik, Koridor Pembangunan Sabah (KPS) menjanjikan pelbagai sudut kajian yang menarik. Sama ada bersifat pra-operasi atau pasca-operasi. Sila lawati laman rasmi Koridor Pembangunan Sabah di sini. Untuk men-download dokumen KPS, sila klik sini (brosur) dan klik sini (blue-print lengkap).

Advertisements

Voter Opinion Poll 2007

January 29, 2008

Satu tinjauan umum telah dibuat oleh Merdeka Centre for Opinion Research tentang persepsi bakal pengundi Malaysia berhubung dengan situasi negara terkini — merangkumi kesedaran dan perspektif terhadap demonstrasi, serta isu-isu kepimpinan dan sosio-ekonomi. Bagi kumpulan penyelidik yang berminat membuat kajilidikan pos-pilihanraya, survei umum ini boleh dijadikan rujukan awal yang berguna (sila baca atau muat-turun di sini).

Read the rest of this entry »


THE 6TH INTERNATIONAL MALAYSIAN STUDIES CONFERENCE (MSC6)

January 22, 2008

5-7 August 2008

5-7 August 2008
[Those interested must submit an abstract of about 150 words to the MSC6 Secretariat latest by 15 March 2008]

Theme:
Engaging Malaysian Modernity: 50 Years and Beyond

Venue:
Crowne Plaza Hotel
Kuching, Sarawak, Malaysia

Since its inception, the primary objective of the biennial Malaysian Studies Conference (MSC) is to bring together scholars, both Malaysians and Malaysianists, for the purpose of scholarly exchange and interaction based on their research findings and reflections on Malaysia. The MSC also aims to analyse issues and problems relating to contemporary Malaysia, and to compare the Malaysian experience with that of various countries in the world, especially that of Malaysia’s neighbours. For MSC6 in particular, taking advantage of it being held in Sarawak, it is hoped that special attention is given to Borneo as part of Malaysian studies.

Further details, please click here.


Web Pilihan: Situs Sains Sosial

January 21, 2008

Ini adalah sebuah lamanweb yang ditulis dalam Bahasa Indonesia dan sangat informatif. Ia mengandungi artikel-artikel bersifat akademik (dan semi-akademik) yang boleh didownload dalam bentuk pdf. Majoriti artikel adalah berkait-rapat dengan disiplin Sains Sosial (khususnya Geografi, Sosiologi dan Antropologi). Ia merangkumi wacana tentang isu (pertanian dan petempatan desa terutamanya), metodologi dan falsafah penyelidikan. Sangat menarik untuk dilayari!

Sila ke lamanweb Situs Pribadi Syahyuti bagi melihat sendiri keajaiban ilmu yang ditawarkan.


Album: Sekitar Festival Filem/Video 2008

January 16, 2008
[rockyou id=98938562&w=450&h=350] 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Kredit sumbangan foto: Pn. Zuraini, Pn. Jalihah & Cik Intan


Personaliti: Jejaka Dengan Tagline “Biarlah Rahsia”

January 14, 2008

Pada hari Jumaat lepas (11 Januari), seawal pagi lagi hati dah mendendangkan lagu resah. Apa taknya, petang nanti Intan nak temuramah seseorang yang sangat penting di Sekolah Sains Sosial. Namun begitu, setelah bertemu dan berbual dengan beliau, sempat Intan berbisik kepada Abang Stanley (jurugambar): “Mesra, kan…”

Serta merta, hilang rasa tidak sedap hati.

Rupanya, beliau adalah seorang yang sangat peramah, dan juga perahsia. Tapi yang lebih penting lagi, beliau merupakan seorang jejaka yang mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Toh Puan Hajah Rahmah di Sembulan daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Selepas itu, beliau mendapat tawaran ke matrikulasi UIA. Pelajar cemerlang ini terus mengorak langkah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (UIA), Ijazah Sarjana dan PhD di United Kingdom. Beliau merupakan pensyarah Hubungan Antarabangsa.

Siapa agaknya jejaka yang perahsia ini? Ikuti temuramah eksklusif wartawan de’ Singgah Sini.

Read the rest of this entry »


Berita Kakitangan

January 13, 2008

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dr. Balakrishnan Parasuraman (Program Hubungan Industri) menghadiri majlis konvokesyen untuk pengijazahan Doktor Falsafah di University of Wollongong (Australia) pada 17 Disember 2007. Beliau ditemani oleh isteri dan dua anaknya, serta beberapa orang ahli keluarga terdekat. Sila klik sini untuk melihat foto graduation beliau di laman web khas University of Wollongong. Tahniah!

Read the rest of this entry »