Festival Filem: Kejutan oleh Sekolah Sains Sosial (UMS)!

09 January 2008 : Harian Metro
SAMBUTAN FESTIVAL DI LUAR DUGAAN

Oleh: Mohd Nasif Badruddin

Disifatkan sebagai platform terbaik untuk mencungkil bakat baru di kalangan pelajar, FFVPM5 yang bermula 29 Disember hingga 6 Januari lalu dianjurkan bersama Sekolah Sains Sosial UMS dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (Finas).

Penganjuran yang menjadi acara tahunan Finas ini diadakan bagi memberi pengiktirafan dan penganugerahan karya pelajar dalam bidang perfileman, video dan animasi. Tema penganjuran kali ini, Misi Karyawan Wawasan Gemilang itu hanya membuka penyertaan kepada pelajar IPTA/IPTS seluruh Malaysia di mana karya yang bertanding dihasilkan pada 2006 hingga 2007 dan belum pernah bertanding di mana-mana pertandingan.

Malam Anugerah FFVPM5 yang diadakan di Dewan Canselor UMS menyaksikan 13 kategori yang menjadi rebutan peserta diumumkan pada malam kemuncak itu. Majlis pelancarannya disempurnakan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Ahmad Shah Abdullah selaku Canselor UMS.

Berita lanjut: sila klik sini

 

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Pn. Jalihah (Pensyarah ANSOS, penasihat produksi) &
Tenaga Produksi ‘Budak Sampah’ (Anugerah Khas Juri)

Selain kejayaan dari segi penganjuran festival bertaraf kebangsaan ini, Sekolah Sains Sosial (UMS) juga turut membuat kejutan dengan menggondol tiga anugerah — menerusi penyertaan julung-julung kali. Anugerah yang digondol oleh SSS merangkumi:

  • Satu anugerah utama (Video Dokumentari Terbaik: Sabah Tea, yang dihasilkan oleh Norlaji Hamid — Program Komunikasi); dan
  • Dua anugerah khas juri (Anugerah Khas Memaparkan Makanan Tradisional — Norlaji Hamid dari Program Komunikasi; dan Anugerah Khas Memaparkan Keprihatinan Manusia — Suhiana Muhd Sutki dari Program Antropologi & Sosiologi).

Untuk keputusan penuh, sila klik sini

One Response to Festival Filem: Kejutan oleh Sekolah Sains Sosial (UMS)!

  1. suzenn86 says:

    huhuuu..i love it.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: