Berita Kakitangan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dr. Balakrishnan Parasuraman (Program Hubungan Industri) menghadiri majlis konvokesyen untuk pengijazahan Doktor Falsafah di University of Wollongong (Australia) pada 17 Disember 2007. Beliau ditemani oleh isteri dan dua anaknya, serta beberapa orang ahli keluarga terdekat. Sila klik sini untuk melihat foto graduation beliau di laman web khas University of Wollongong. Tahniah!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Selamat kembali ke pangkuan SSS, diucapkan kepada En. Mohammad Tahir Mapa (Program Geografi). Beliau telah selamat pulang ke tanahair bersama keluarga (isteri dan anak sulung) pada pertengahan Disember 2007.

Sebelum ini, En. Tahir melanjutkan pengajian PhD di University of East Anglia (Norwich, United Kingdom). Beliau melapor diri untuk bertugas pada awal tahun 2008, dan akan kembali ke Norwich pada bulan Februari untuk peperiksaan oral (viva). Semoga berjaya!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Dr. Ramzah Dambul (Program Geografi) berlepas ke United Kingdom pada 28 Disember 2007 untuk menyempurnakan penyelidikan postdoc di Climatic Research Unit, University of East Anglia selama 4 bulan [Jan-April 2008]. Beliau ditawarkan Chevening Fellowship oleh British Council/Commonwealth Foreign Office melalui skim Royal Society.

Terdapat tiga skim Chevening Fellowship (British Council & Commonwealth Foreign Office)  yang lazim ditawarkan kepada penyelidik Malaysia setiap tahun, iaitu:
Royal Society Malaysian Fellowship (bidang sains tabii dan sains gunaan)
Wolfson Fellowship (bidang kewartawanan dan komunikasi)
Malaysian Chevening Visiting Fellowship (bidang pengajian Islam)

Sesiapa yang berminat untuk memohon hadiah penyelidikan Chevening, sila rujuk keterangan dan informasi di laman ini. Permohonan akan mula diiklankan sekitar Mac-Mei setiap tahun.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Seorang pensyarah Program Geografi melangkah ke tahun baru 2008 dengan hadiah paling istimewa. En. Oliver Valentine Eboy telah selamat menyambut kelahiran seorang lagi cahayamata pada 30 Disember 2007. Bayi perempuan tersebut merupakan anak beliau yang ketiga. Tahniah!

Pn. Armie Salapan, kakitangan pentadbiran di pejabat am Sekolah Sains Sosial, telah berjaya mendapat tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI).

Pn. Armie telah mula bertugas di SSS sejak lebihkurang tiga tahun yang lalu. Beliau akan melepaskan jawatan di SSS pada pertengahan Januari 2008 untuk mengejar impian menjadi seorang pendidik. Selamat maju jaya dengan kerjaya baru!

One Response to Berita Kakitangan

  1. stan says:

    slamat tahun baru 2008 pada semua. Tahniah Dr. Bala, tahniah Mr. oliver, tahniah kak armie, selamat kembali ke SSS En. Tahir dan selamat maju jaya Dr. R.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: