Personaliti: Jejaka Dengan Tagline “Biarlah Rahsia”

Pada hari Jumaat lepas (11 Januari), seawal pagi lagi hati dah mendendangkan lagu resah. Apa taknya, petang nanti Intan nak temuramah seseorang yang sangat penting di Sekolah Sains Sosial. Namun begitu, setelah bertemu dan berbual dengan beliau, sempat Intan berbisik kepada Abang Stanley (jurugambar): “Mesra, kan…”

Serta merta, hilang rasa tidak sedap hati.

Rupanya, beliau adalah seorang yang sangat peramah, dan juga perahsia. Tapi yang lebih penting lagi, beliau merupakan seorang jejaka yang mempunyai semangat dan cita-cita yang tinggi.

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Toh Puan Hajah Rahmah di Sembulan daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Selepas itu, beliau mendapat tawaran ke matrikulasi UIA. Pelajar cemerlang ini terus mengorak langkah ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (UIA), Ijazah Sarjana dan PhD di United Kingdom. Beliau merupakan pensyarah Hubungan Antarabangsa.

Siapa agaknya jejaka yang perahsia ini? Ikuti temuramah eksklusif wartawan de’ Singgah Sini.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
Wartawan de SinggahSini sedang menemuramah Dr. Asmady Idris,
BA (Universiti Islam Antarabangsa); MA & PhD (Newcastle University)

1. Azam tahun baru:
Untuk menjadikan SSS sebagai sebuah sekolah yang Cemerlang, Gemilang, Terbilang bukan sahaja di peringkat domestik tetapi sehingga ke peringkat antarabangsa.

2. Azam yang belum tercapai:
Azam untuk menjadikan SSS sebagai sebuah sekolah yang harmoni, muhibbah yang tidak ada titik nokhtahnya.

3. Sentiasa kata yes pada:
Tuhan. Perkara yang tidak bertentangan dengan ajaran Tuhan.

4. Nama Isteri tercinta:
Rahsia. Kalau nak tahu, cari sendiri, macam Rosyam Nor.

5. Nama anak-anak mengikut susunan:
Sama juga, rahsia!

6. Tahun ini merupakan ulang tahun perkahwinan yang ke:
11 tahun. (Kami doakan semoga bahagia sentiasa)

7. Bulan madu kedua di:
Biarlah rahsia macam Datuk Siti Nurhaliza (Wah, Siti Nurhaliza pula! Ni nak kena bertarik rambut dengan Timbalan Dekan satu lagi!)

8. Rakan kata Dr Romantik, Dr kata:
Agresif.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

9. Sewaktu kecil suka main:
Sepak takraw dan badminton. (Boleh tengok gambar Dr di Sukan Staf UMS baru-baru ini…jaguh badminton SSS!)

10. Kenangan manis zaman persekolahan:
Jadi Pelajar Terbaik SPM. (Siap masuk Sabah Times lagi!)

11. Kenangan pahit:
Selama 3 hari tak makan nasi sewaktu minggu orientasi matrikulasi UIA. Tinggal di Subang Jaya. (Kesian, kan?)

12. Cabaran menjadi Dekan SSS:
Bottom of my heart, amat bahagia. (Semangat yang ditonjolkan oleh nakhoda SSS yang tidak pernah luntur)

13. Kenangan manis di SSS:
Sangat banyak. Namun semangat rakan-rakan yang sentiasa simpati dan sentiasa bersedia untuk membantu dan semangat itu tidak pernah luntur. (Hidup SSS!)

14. Tempat paling menarik yang pernah dilawati:
Melawat pusat seksaan masyarakat England terhadap masyarakat Scotland.

15. Sukan yang paling diminati:
Golf & badminton.

16. Andai sukan yang diminati kalah, Dr akan rasa:
Frust, tapi tetap cintakan Malaysia! 🙂

17. Bagaimana menghabiskan masa lapang?
Watching television.

18. You’ll be shocked to know that I’m afraid of:
Apa yang diimpikan tidak tercapai.

19. Perancangan masa hadapan:
Become a professor. (Semoga berjaya!)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


CCCCCCCCCCC
CCCCCCCCCCC

Catatan Webmaster: Siri ‘Personaliti de SinggahSini’ adalah ruangan kelolaan Cik Intan Soliha Ibrahim (Wartawan Buletin Online) yang memaparkan temuramah eksklusif bersama warga kerja Sekolah Sains Sosial (akademik & pentadbiran). Ruangan ini merupakan entri paling popular (most read and most commented) di Buletin Online de SinggahSini. Klik sini untuk membaca temuramah personaliti-personaliti lain.

13 Responses to Personaliti: Jejaka Dengan Tagline “Biarlah Rahsia”

  1. Rem says:

    Wah, dekan kita pun rupa-rupanya meminati Siti secara diam-diam. Lepas ini bolehlah buat Siti Fan Club cawangan SSS, sebab pengerusi seumur hidup bagi kelab memang sudah lama ada!

  2. intan says:

    Fan Club? no komen…siapa la pengerusi tue?

  3. Min says:

    Tahniah Dr Asmady, Lama tak jumpa, masih belum terserempak dimana-mana seminar atau konferens.

  4. latif says:

    pengerusi siti nurhaliza fan club tu dr rem lah..never say something bad about siti nurhaliza on front of dr rem..or he’ll kill u brutally..:).dont believe me..try it yourself.
    am i right dr rem?

  5. latif says:

    keke pembetulan, typo error..in front of him..hehehee

  6. intan says:

    En Latif, intan sokong tue.. betul sangat… 🙂

  7. Rem says:

    Latif,
    No comment. 🙂

    Min,
    Selamat datang ke dunia maya SSS. Kalau turun KK, datanglah tempat lama. 🙂

  8. Min says:

    Dr R,

    SSS dah nampak ada pembaharuan dalam pelbagai aspek. bagus la tu……mentaliti lama kena tukar….tambahan pula teraju yang memerintah sekarang tergolong dalam kategori orang-orang yang energetic and bersemangat kental….. Hope to see you and the rest in Kuching, Ogos ni. End of this month pun I ke sana bentang paper.

  9. Emmy says:

    Nmpknya dekan kita mmg betul2 nak memajukan SSSni…I suspectlh kt Dr. Ismady..syabas betta..’anak2′ Dr. kt SSS ni sntiasa m’beri skgn spnhnya kpd Dr. & jg sklh…x kn ada lgi siulan Sklh Syok Sndri tp bak kata Dr. Santai Sama-Sama.

  10. anis says:

    amboi….terujanya…..

  11. cah says:

    SALAM?? CAYALAH DR..MAIN BADMINTON KAN LAIN MASA KITA LAWAN BAH… BOLEH KE ….HEHE

  12. Sepatu Eagle says:

    Hallo rekan-rekan…. salam hormat, sekaligus salam kenal… kami dari sepatu eagle dari Indonesia… terima kasih semuanya….

  13. Best10 says:

    Oh my goodness! Impressive article dude! Many thanks, However I am having problems with your RSS. I don’t understand the reason why I cannot join it. Is there anybody else having the same RSS issues? Anybody who knows the answer can you kindly respond? Thanx!!Best10

Leave a reply to latif Cancel reply