Voter Opinion Poll 2007

Satu tinjauan umum telah dibuat oleh Merdeka Centre for Opinion Research tentang persepsi bakal pengundi Malaysia berhubung dengan situasi negara terkini — merangkumi kesedaran dan perspektif terhadap demonstrasi, serta isu-isu kepimpinan dan sosio-ekonomi. Bagi kumpulan penyelidik yang berminat membuat kajilidikan pos-pilihanraya, survei umum ini boleh dijadikan rujukan awal yang berguna (sila baca atau muat-turun di sini).

Namun begitu, sebagai seorang ahli akademik, taakulan yang lebih perseptif harus diberi kepada interpretasi-interpretasi asal (sebagaimana yang terpapar dalam dokumen tersebut). Margin of error dinyatakan secara umum sebagai ±3.10% (dengan sampel responden sejumlah 1026). Kemusykilan — berapakah darjah keyakinan (99%, 95%, 90% atau lebih rendah daripada ini?) yang diguna untuk menyukat margin of error tersebut?

Kesimpulan juga dihasilkan secara eksklusif untuk setiap kaum utama di Malaysia. Masalahnya: ia tidak menyatakan jumlah responden mengikut kaum, dan tidak juga disebut margin of error secara spesifik bagi setiap kaum. Persoalan statistikal begini harus difahami kerana ia akan membantu menghasilkan rumusan yang lebih objektif.

Salah satu kesimpulan utama survei tersebut (mengikut dokumen) adalah:

 Approval rating of the Prime Minister has decreased from 71% to 61% (kemudian dipetik bulat-bulat oleh Jeff Ooi sebagai satu nilai jatuhan sebanyak 10%).

Jika kedua-dua survei (iaitu, 71% pada Nov 2006 dan 61% pada Dis 2007) mempunyai margin of error SETINGGI ±3.10%; maka nilai jatuhan populariti PM sebenarnya tidaklah sebesar 10%. (Secara pasti) ia hanyalah sekitar 3.8% i.e. 10% (nilai survei) ditolak dengan 6.20% (jumlah nilai sisihan kedua-dua survei).

Statistik kadang-kadang boleh menjadi satu bentuk pembohongan yang paling elegan. Sebab itu, setiap penyelidik harus menguasai statistik, bukan membiarkan statistik menguasai penyelidikan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: